Saturday, December 26, 2009

End Of HoLiDaY+StArt New SEm=HaPPy New yEar

Wah...rse cm kejap je cuti (mmg kjap pon cz x smpy sbln cuti d'sebabkan LSP) sedar-sedar da nak blk da petang ni.trime la wahai athifah yg anda da nk start sem baru so i nid to struggle more afte dis so no play2 k~:)i'Allah i will try my bes for my new sem n dont waste ur tme k.."alwaktu kalsaif".

wlpun cuti hnya skjp je btw a lots of story dlm mse skjp ni da yg happy,sedih,tired,....n byk ag la t'kate(iyer la tu):phehe.

::Happy:: hav fun ngn kwn,b'cuti ngn family...

::Tired:: byk sgt b'jln ngn family tme cuti ni sampy sakit kaki sll kuar pg blk umah je da mlm,
dasyat btul b'jln.

::SediH::ermmm.....reslt yg tidak membanggakan n yg len2 hanya Allah yg tahu.Myb ni sume
Allah nk uji hmba dye kn.mksdyer tnda Allah masih sayangkn kita n Dia tahu yg kita
mampu utk hdapi sgl ujian nie.So amik la pengajaran dari pe yg da b'laku k..caiyo2~

::Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah::^_^

............................................

~APABILA KITA DIUJI~

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut: 2-3

.........................................

SALAM MAAL HIJRAH 1431H & HAPPY NEW YEAR 2010

Monday, December 21, 2009

bUzZz.....bEe...

SubhanaAllah....hebatnya ciptaan Allah.Pagi tadi bosan sje on9 terjumpa plak artikel psl lebah ni,rse t'tarik plak nk kongsi-kongsi cite psl keajaiban bee ni.Apa yg HEBAT sgt psl bee ni???wah....tak tergambar hebatnya bee ni..Dalam al-Quran pun Allah da sebut ttg lebah ni:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: 68-69)MIRACLE BEE..BuZzZ..

Lebah menghasilkan madu yang melebihi daripada keperluannya dan menyimpannya di dalam sarang. Bentuk heksagon sarang lebah ini telah amat dikenali oleh semua orang. Pernahkah kamu terfikir, mengapa lebah membina sarang berbentuk heksagon bukannya oktagon, atau pun pentagon?

Ahli matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".

Sebuah sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya serta memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh itu, lebah menggunakan bentuk yang paling sesuai. Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan: lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah. Titik sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan.

Berhadapan dengan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri" dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah. Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain, maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah semua makhluk-makhluk kecil ini.

Jelasnya, Allah, pencipta kepada semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi" terhadap apa yang mereka lakukan

*actually...ni bru skit je nk tahu lebih lanjut ag psl honeybee ni sila la buka side HARUN YAHYA kt side ni korang akan tahu lebih byk ag miracle honeybee..so amazing!!huhu..fikir-fikirkan SELAMAT MEMBACA~

Thursday, December 3, 2009

Niat baik VS Niat buruk

Ibnu Abbas r.a. berkata,"Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: Sesungguhnya Allah mencatatkan seluruh kebaikan dan keburukan.Kemudian Allah menjelaskan,Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan,tapi ia tak sempat melakukan, maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan(pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik.Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi tak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya.Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)." (Riwayat al-Bukhari)

Thursday, November 26, 2009

salam aidil adha

Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Ia menjawab: “Hai bapakku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar”. (QS: 37: 102).

Wednesday, November 25, 2009

Berakhir sudah...WEHDAH09

Akhirnya Sekretariat Pendakwah Muda Malaysia(SPMM),USIM,telah berjaya menganjurkan Konvensyen Pendakwah Muda Peringkat Nasional(WEHDAH'09).Alhamdulillah,ana telah mengutip banyak pengalaman dan pengisian sepanjang pogram dijalankan,walaupun memerlukan kerahan mental dan fizikal yang kuat dalam menjayakan pogram nie tp. banyak benda yang ana belajar seperti UKHUWWAH,TANGGUNGJAWAB,DAKWAH,MUHASABAH DIRI dan macam-macam ag la....tp pogram ni mmg bes!!thnx kawan2 kerana telah banyak membantu,susah dan senang sama-sama sepanjang pogram ni:)

Sebelum ana cerita panjang bek ana intro skit pasal pogram ni.Actually,pogram ni telah mendapat kerjasama dan sumbangan dr KPT,so program ni telah disertai oleh seluruh IPTA diseluruh Malaysia dan beberapa buah IPTS.Seramai 639 orang telah sertai pogram ni,pelbagai pengisian telah dijalankan seperti Wacana,Bengkel,Sesi Forum,ESQ 165 dan banyak ag.Penceramah yang sampaikan pengisian tue pon alhmdulillah hebat-hebat belaka dan banyak pengalaman seperti Dato' Hj. Nakhaie Ahmad,Faisal Tehrani,Prof. Dr. Kamil,Dr. Harlina,xifu nasir dan ramai ag la.Untuk mengetahui lebih lanjut d tentang pogram dan pengisian yg telah kami laksanakan ni bole la melawat blog WEHDAH09(click n see k)+_+lalala~


Nak berkongsi sedikit beberapa picture untuk tatapan sahabat-sahabat,disebabkan laptop ana telah digunakan oleh unit dokumentasi so laptop ni penuh ngan pic sepanjang pogram: bergotong-royang beramai-ramai....saat yang paling memenatkan tp bes cz dr ctue kte dapat mengeratkan ukhuwah cz bersusah payah bersama-sama.hehe:D Sementara x de keje nak kne wat so membantu sekejap sahabat yg berniaga.
Rajin adik nadhirah n k.lina kte nie melayan pelanggan.. focus-focus....bguz~^_^
x sabar kakak nie nk bentang...:D
suasana membentangkan usul.huhu..tme ni sgt segan da la kne duk dpn menyalin sume usul yg dibentangkan peserta,tp sbb keje so ikhlaskn jg diri ni.x pe2...tue la pngalmn kn2??suasana yg ketika ni agak panas masing-masing da je bnde yg nk disampaikan menyebabkan kami makin pening di depan nk salin pe yg dorg ckp.hehe...saba je la kn asyikin biasela tue nama pon bengkel.
wah...bykyer keje!!saba ek akak-akak nty tfa tolong...kui3:p
walaupun bru je knal ngan akak2 nie tp mereka sgt mesra.sgt bes thnx to k.maya,k.hasanah n k.syaima
.

Nie sje yg dpt tfah kongsikan len masa klo tfah rajin tfah kongsi plak pe pengisian yg dapat tme pogram.Mmg igat nk letak skali td tp kne amik mse yg lme plak utk post,so juz kongsi pic ni pon da ok nk kate yg sepanjang program nie mmg bes n hapie.Semoga pe yg kte dpt sepanjang program ni dapat dipraktikkan utk terus sama-sama dijalan dakwah nie bg mensyukuri segala nikmat yg telah Allah telah berikan pada kte..Apa yag penting skrg ni tfah akan berusaha utk berubah menjadi yg lebih baik n cuba utk tidak mengulangi kisah lalu,dan tfah akan sentiasa doakan kwn2 sume k pliz tegur jika da pape slh tw.thnx kwn2 sume semoga ukhuwwah kte berkekalan selamanya~ukhuwwahfillah~

Monday, November 16, 2009

IMAN ITU INDAH

www.iluvislam.com
mahrinah
editor: azzahra_solehah

Aku wanita punya hati yang seringkali merasa,
punya akal yang seringkali berfikir
tentang kekuasaan ALLAH,
tentang kewujudan malam dan siang
juga tentang kehidupan dan kematian
yang akan bertandang buat setiap insan.

Selepas menunaikan solat asar
aku membasahkan bibir
dengan kalimah-kalimah yang indah
datangnya dari ALLAH.
Aku alunkan dengan penuh syahdu…
“subhanallah walhamdulillah walailahaillallah allahuakbar”

Tiba-tiba air jernih menitis laju
tanpa aku sedari,
buat kali pertama aku merasakan
hatiku sungguh pilu dan sebak.

Tiada tempat hendak meminta,
merayu melainkan kepadanya
lantas seperti adanya belaian lembut
yang menenangkan diriku,
kewujudannya amat terasa,
ya ALLAH nur mu aku dambakan
agar terus mekar di hati ini.

Hebatnya kuasa ALLAH
mengalahkan kehebatan cinta manusia,
dulu aku sering leka dengan mainan duniawi,
sekarang dengan adanya engkau disisi,
aku menjadi semakin berhati-hati.

Dulu aku berteman dengan manusia
dan melupakanmu seketika,
namun apa yang aku dapat
dengan berbuat begitu?
Hanya dosa.. dosa mencariku,
aku merelakannya datang.

Dulu gossip hangat menjadi bualan,
kekurangan manusia menjadi bahan permainan,
kesilapan manusia menjadi ukuran.

Kini semua itu akan berlalu,
tinggalkan lah aku jauh wahai dosa,
datang lah menjemputku wahai pahala.
Aku menanti dengan hati yang suci dan terbuka.

Semakin aku mengerti akan kehidupan ini,
semakin banyak rintangan yang datang silih berganti.
Andai aku turuti kata hati
sudah lama aku hanyut dalam arus hidup ini.

Denganmu aku semakin kuat mengharunginya,
dengan mu aku semakin tabah
dan redha menerima segalanya,
dengan mu juga aku semakin matang
dalam menilai kamus hidup manusia.

Ya ALLAH hambamu ini memerlukanmu
sentiasalah mendampingiku
agar aku tidak lalai dan taksub dengan mainan dunia


::sedikit perkongsian yang diambil dari iluvislam.com::

Sunday, November 15, 2009

Sedikit Ujian.....

Kenapa sejak akhir-akhir ada je benda yg membuat kn hati nie berfikir dan sedih sendiri??Mungkin kerana memikirkn dosa-dosa yg tidak terkira ni.Kenapa ak diberi ujian yg ak rasa sangat payah utk diterima??Ya Allah,pe dosa-dosa yg ak telah lakukan sehingga diberi ujian yg ak rse berat ni,wlpn ak tw bg org len bende ni mungkin nmpk biase je....biarla hanya ak sahaja yg tahu apa yg telah terjadi.Ya Allah,ampunkan dosa hambamu ini,ak tahu ak dah terlalu leka dan lalai dlm menunaikan tanggungjawab sebagai hambaMu.Ak memohon kekuatan drMu Ya Allah utk ak hadapi sume ni.Mungkin betul cakap seorang sahabatku "Makin banyak Allah menguji hambaNya,makin dekat hambanya itu dengan Tuhan"thnx sahabat kerana da bg sedikit semangat disaat kesedihan:) dan sahabat yang sudi mendengar segala luahan hati ni.Ak mesti terus menegakkn misi-misi dakwah dan tanggungjawab yg telah diberikan ak mesti mensibukkan diri dan tak bole kembali leka seperti dulu,kerana dr peristiwa lepas t'lalu banyak mengajar ak erti sebuah kehidupan dengan pengalaman dan liku-liku hidup ini memberi ak banyak pengajaran.Ak perlukan sahabat-sahabat yang memahami diri ini,terima ak seadanya dan sama-sama dpt harungi kehidupan yg penuh dugaan dan cabaran terutama skali sebagai seorang REMAJA.Hati ini terlalu sedih memikirkan perkara yg sudah berlaku,tp x pe hidup mesti diteruskan dan setiap yang berlaku pasti da hikmahyer dan sume tu perancangan dari Allah,ak REDHA.Cme ak harap org yg ak sayang bahagia selamanya dan dapat menerima takdir dariNya ak tak sanggup nak teruskan dan hadapi lagi,thnx utk segalanya~

*menulis blog tlh membuatkan hatiku sedikit terubat kerana dpt berkongsi bersama dan memberikan sedikit peringatan mungkin,walaupun ayat tak sehebat mne pon,hehe...:)

Sunday, September 13, 2009

f.R.i.E.n.d.s



Do you think that we will still be FRiEnDs when we are old??
That we will still get the laugh??
Do you suppose that we will still talk for hours and tell each
other anything and share problem? i do!!
i hope we will be fRiEnDs fOrEvEr~

Sunday, August 23, 2009

12 Langkah Agar Puasa Kita Sempurna

Agar puasa kita dapat sempurna ada beberapa tips yang mesti kita perhatikan. Untuk itu Al-Madina mencoba mengangkat sebuah tulisan dari Syaikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim Jarullah dalam buku beliau yang berjudul Risalah Ramadhan tentang langkah-langkah menggapai kesempurnaan ibadah puasa yang berisikan:

1. Makanlah sahur, sehingga membantu kekuatan fisikmu selama berpuasa. Rasulullah shallallahu alaihi wasallam bersabda:

"Makan sahurlah kalian, sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat berkah."
(HR. Bukhari dan muslim)

"Bantulah (kekuatan fisikmu) untuk berpuasa di siang hari dengan makan sahur, dan untuk shalat malam dengan tidur siang ". (HR. Ibnu Khuzaimah)

2. Akan lebih utama jika makan sahur itu diakhirkan waktunya, sehingga mengurangi rasa lapar dan haus. Hanya saja harus hati-hati untuk itu anda hendaknya telah berhenti dari makan dan minum beberapa menit sebelum terbit fajar, agar anda tidak ragu-ragu.

3. Segeralah berbuka jika matahari benar-benar telah tenggelam. Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam bersabda :

"Manusia ssenantiassa dalam kebaikan, selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan sahur" (HR. Al Bukhari, Muslim dan At Tirmidzi)

4. Usahakan mandi dari hadats besar sebelum terbit fajar, agar bisa melakukan ibadah dalam keadaan suci.

5. Manfaatkan bulan ramadhan dengan sesuatu yang terbaik yang pernah diturunkan di dalamnya, yakni membaca Al Quran.

"Sesungguhnya Jibril alaihis salam selalu menemui Nabi shallallahu alaihi wa salllam untuk membacakan Al Quran baginya."
(HR. Al Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas Radhiyallahu anhu)

Dan pada diri Rasulullah shallallahu alaihi wasallam ada teladan yang baik bagi kita.

6. Jagalah lisanmu dari berdusta, menggunjing, mengadu domba, mengolok-olok serta perkataan mengada-ada. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Barang siapa tidak meninggalkan perkataan dan perbuatan dusta maka Allah tidak butuh terhadap puasanya dari makan dan minum." (HR. Al Bukhari)

7. Hendaknya puasa tidak membuatmu keluar dari kebiasaan. Misalnya cepat marah dan emosi hanya karena sebab yang sepele, dengan dalih bahwa engkau sedang puasa. Sebaliknya, mestinya puasa membuat jiwamu tenang, tidak emosional. Dan jika anda diuji dengan seorang yang jahil atau pengumpat, ia jangan anda hadapi dengan perbuatan serupa. Nasehatilah dia dan tolaklah dengan cara yang lebih baik. Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda :

"Puasa adalah perisai, bila suatu hari seseorang dari kamu berpuasa, hendaknya ia tidak berkata buruk dan berteriak-teriak. Bila seseorang menghina atau mencacinya, hendaknya ia berkata: Sesungguhnya aku sedang berpuasa".
(HR. Al Bukhari, Muslim dan para penulis kitab Sunan)

Ucapan itu dimaksudkan agar ia menahan diri dan tidak melayani orang yang mengumpatnya. Disamping, juga mengingatkan agar ia menolak melakukan penghinaan dan caci-maki.

8. Hendaknya anda selesai dari puasa dengan membawa takwa kepada Allah, takut dan bersyukur kepada-Nya, serta senantiasa istiqamah dalam agama-Nya. Hasil yang baik itu hendaknya mengiringi anda sepanjang tahun. Dan buah paling utama dari puasa adalah takwa, sebab Allah berfirman: "Agar kamu bertakwa"(Al-Baqarah: 183).

9. Jagalah dirimu dari berbagai syahwat (keinginan), bahkan meskipun halal bagimu. Hal itu agar tujuan puasa tercapai, dan mematahkan nafsu dari keinginan. Jabir bin Abdillah Radhiyallahu 'Anhu berkata:

"Jika kamu berpuasa, hendaknya berpuasa pula pendengaranmu, penglihatanmu dan lisanmu dari dusta dan dosa-dosa, tinggalkan menyakiti tetangga, dan hendaknya kamu senantiasa bersikap tenang pada hari kamu berpuasa, jangan pula kamu jadikan hari berbukamu sama dengan hari kamu berpuasa".

10. Hendaknya makananmu dari yang halal. Jika kamu menahan diri dari yang haram pada selain bulan Ramadhan maka pada bulan Ramadhan lebih utama. Dan tidak ada gunanya engkau berpuasa dari yang halal, tetapi kamu berbuka dengan yang haram.

11. Perbanyaklah bersedekah dan berbuat kebajikan. Dan hendaknya kamu lebih baik dan lebih banyak berbuat kebajikan kepada keluargamu dibanding pada selain bulan Ramadhan. Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan ketika di bulan Ramadhan.

12. Ucapkanlah Bismillah ketika kamu berbuka seraya berdo'a:

"Ya Allah, karena-Mu aku berpuasa dan atas rezki-Mu aku berbuka. Ya Allah terimalah daripadaku, sesungguhnya Engkau Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui"

duGaAn

aduzz!!da abis cuti ke??seminggu??kjap je da blk hostel blk...huhu,pasni stat la dengan keje yg menimbun2 ni...assigment,exam midsem,homework...wah!!banyakyer.nampakyer terpakse la kte struggle kawan2 wat assigment TITAS,ETNIK,ICT & ENGLISH..huhu.sgt la mencabar btul da masuk degree ni assigment klo bole tiap subjek kne da.dugaan belaja x pe la...sume benda mne da yg senang kn.bak kate pepatah melayu''bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian''..hehe:) caiyo3!!all da best kawan-kawan don't give up k.

Friday, August 21, 2009

i'm here....


assalamualaikum w.b.t.....athifah dicini:)
huhu...pe nk tulis nie,masih bru kt cni???tak pe tfah boleh~hehe(support!!)
actually tak pndai sgt nk berkata-kata tp saya cuba k

sye budak bru blaja klo salah minta diajar k kawan2.Akhiryer...tanpa tfah sndri sngke tfah telah mula utk berblogging,snaye jeles ngn kwn2 sume yg da de so i should stat wif my own blog,hehe

pe yg sya nk ltk dlm blog nie ek???still thinking...??rse cm byk benda nk ltk ni..ye ke??hehe..x pe2 saya try k mne la tau kan dgn menulis nie dpt muhasabah dri saya sendiri yg byk sgt2 wat salah ni,insyaAllah.

so kwn2 mai la lawat blog yg tak seberape ni tolong bg support k~