Friday, May 28, 2010

Mengukur calon suami




Copied from here

“Bagaimana mencari lelaki yang sesuai untuk dijadikan teman hidup?” tanya Azura kepada rakan-rakannya, memulakan perbincangan pada petang yang amat panas itu. “Ha! Aku teringat nasib kakak aku. Sebelum kahwin teman lelakinya menjanjikan macam-macam. Dua tiga tahun lepas kahwin dah tak nampak batang hidung. Aku tak mahu kahwin, lelaki sekarang tak boleh pakai.” Lisa mengeluh dengan nada benci lelaki. “Ehh! Ada juga jenis yang balik ke rumah, tetapi hanya tonton TV, baca surat khabar dan merungut itu ini. Kalau lelaki macam itu jadi suami, memang lagi bagus tak balik rumah langsung!” Azlin mencelah, menghebatkan lagi analisa mereka tiga sekawan tentang lelaki.

“Issy! Takkan tak ada lelaki yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang untuk kita jadikan teman hidup, untuk kita jadikan suami?” Azura kehairanan. “Ya, tentu ada. Akan tetapi jumlahnya sedikit dan sukar untuk ditemui. Kalau sekadar lelaki memang ada di sana sini. Namun lelaki yang memiliki ciri-ciri suami umpama yang awak cakap tu, susah nak cari.” Azlin menjelaskan hakikatnya. Lisa terus menyampuk: “Lagipun sambil kita mencari dan memilih, bagaimana kita hendak tahu selepas kahwin nanti dia akan OK, atau merudum kualitinya sebagai suami sekaligus lelaki?”

Saya agak yakin perbincangan atau persoalan di antara tiga sekawan di atas merupakan sesuatu yang lazim – atau setidak-tidaknya pernah – bermain-main di fikiran para pembaca sekalian. Iyya! Dalam rangka kita belajar menambah ilmu, dalam rangka kita beramal sebagai seorang muslimat, dalam rangka kita bercita-cita menjadi individu cemerlang, tentu kita juga merancang untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia. Akan tetapi nisbah kebahagiaan rumahtangga mutakhir ini yang lebih condong kepada tidak bahagia dan penceraian menyebabkan ada di antara kita yang merasakan ia satu rancangan yang sukar untuk dicapai.

Namun saya yakin para pembaca sekalian bukanlah orang yang mudah berputus asa. Jangan mengeluh jangan merungut, sebaliknya berusahalah mencari ilmu tentang kehidupan berumahtangga. Ilmu ini bermula sejak awal, sejak langkah-langkah awal mencari pasangan yang sesuai. Berkenaan mencari pasangan ini, Rasulullah s.a.w. telah berpesan: Seorang wanita dinikahi kerana empat sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi.[Shahih al-Bukhari, no: 5090]

Meskipun hadis di atas ditujukan kepada lelaki tentang bagaimana hendak memilih calon isteri, ia juga boleh digunakan oleh wanita tentang bagaimana hendak memilih calon suami. Justeru berdasarkan hadis di atas, ciri yang perlu diberi prioriti ialah kadar dan nilai agama calon suami.

Mengukur Agama Seseorang?

Senang dibaca dan senang disebut, tetapi tidak senang untuk dipraktikkan. Bagaimana hendak mengukur agama calon suami bagi menentukan dia benar-benar sesuai? Izinkan saya berkongsi beberapa tips pada kesempatan ini.

Agama calon suami tidak cukup sekadar Islam, tetapi hendaklah merupakan seorang muslim yang baik, yang shalih. Keshalihan tidak diukur dengan ibadah yang lazim umpama solat lima waktu dan puasa sebulan pada bulan Ramadhan sebab itu memang wajib. Namun ia diukur dengan ibadah yang sukar dilakukan, yang jarang-jarang dilakukan, yang dapat memberi isyarat tentang peranan calon apabila bergelar suami kelak.

Ibadah yang saya maksudkan ialah sikap calon suami terhadap ibubapanya, khasnya ibu. Jika anda mahukan suami yang boleh dipercayai, penyayang, bertanggungjawab dan matang, maka perhatikan sikap calon suami anda terhadap ahli keluarganya. Jika beliau merupakan orang yang dipercayai oleh ibubapanya, menyayangi lagi bertanggungjawab menjaga ibubapanya serta matang membuat keputusan yang melibatkan urusan keluarganya, maka semua itu merupakan isyarat yang amat kuat bahawa beliau juga akan menjadi suami yang bagus. Ini kerana berbuat baik kepada ibubapa merupakan ibadah yang amat tinggi nilainya, sekaligus menjadi alat pengukur yang tepat bagi kadar agama seseorang dan hubungannya dengan Allah s.w.t.. Rasulullah s.a.w. menekankan: Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa. [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899] Dalam sebuah hadis lain: Seorang lelaki datang menemui Rasulullah s.a.w. dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ayah kamu.[Shahih al-Bukhari, no: 5971]

Justeru di antara ibu dan bapa, calon suami hendaklah mengutamakan ibunya. Jika calon suami prihatin kepada ibunya, sentiasa sedia membantu ibunya, kerap berhubung dengan ibunya dan lazim mengeluarkan belanja untuk ibunya, bererti dia seorang anak yang shalih. Jika calon suami bersikap demikian terhadap ibunya, maka ia merupakan petanda yang besar bahawa beliau juga akan bersikap demikian kepada bakal isterinya.

Sebaliknya jika calon suami mengabaikan ibubapa, masih mengharapkan penjagaan ibubapa, kerap menderhakai mereka, maka dia seorang yang memiliki kadar agama yang rendah. Lebih buruk jika calon suami berani meninggikan suara kepada ibu tetapi tidak kepada ayah, bererti dia manusia yang memandang remeh kepada wanita. Lelaki seperti ini tidak patut dijadikan calon suami kerana terdapat kemungkinan yang amat besar dia juga akan bersikap seumpama terhadap bakal isteri dan keluarganya.

Mengukur Agama Sendiri.

Dalam rangka anda mengukur agama bakal suami, jangan lupa untuk mengukur agama diri sendiri. Di samping menjaga amal ibadah yang lazim umpama solat, puasa, membaca al-Qur’an, menutup aurat dan membatas interaksi dengan yang lelaki bukan mahram, jagalah juga hubungan anda dengan ibubapa. Berbuat baiklah kepada mereka, khasnya ibu. Berbuat baik bukan semata-mata untuk lulus penilaian calon suami tetapi sebagai ibadah kepada Allah s.w.t.

.::Sekadar renungan dan peringatan bersama::.(^_^)

Monday, May 17, 2010

Jika Terakhir Buatku - Saujana


Oh Tuhan hambaMu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dariMu

Oh Tuhan hidayahMu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untukku bernafas
Dan sujud mengabdi
PadaMu oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakanMu
Hadirkan damai sebelum di hujung nafasku
Hanya padaMu Tuhan

Oh Tuhan berikan daku petunjukMu
Untukku meniti ke jalan redhaMu
Izinkan daku mengulangi janji-janji yang baru
Taubat nasuha setulus untukMu
Oh tuhan...

Hanya kasihMu Tuhan
AmpunanMu ku damba


Artis:Saujana
Album:Nota Cinta
Lagu:Putra Aiman/Mustaqim
Lirik: Putra Aiman/Mustaqim


Friday, May 14, 2010

S.a.H.a.B.a.T??


  • Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya: “Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia"
  • Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya: “Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat. Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat. Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan"
  • Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata: “Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan. Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”

Thursday, May 6, 2010

.::Damba Kasih::.


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu…

Oh TuhanKasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan Dengan rahmat-Mu
ampunilah diriku..

Manusia???huhu....ada apa pada Manusia??Manusia merupakan khalifah Allah dimuka Bumi dan Manusia juga adalah sebaik-baik ciptaan Allah,tapi manusia juga sering melakukan 3L???LEKA,LALAI & LUPA itulah kelemahan manusia yang sering kita lakukan.WHY WE ALWAYS DO THAT??b'coz Manusia tidak pernah sempurna.betul tak??Iman manusia sendiri adakala naik dan turun.Itulah hakikatnya...Tapi adakah kita sentiasa nak biarkan kelamahan kita menguasai diri??Jangan biarkan kesilapan dan kelemahan memakan diri,cuba untuk sentiasa muhasabah diri sendiri dan zikrul maut sebab itulah sebaik-baik motivasi.Diri ini juga akui pernah juga melakukan kesilapan besar, tp ana bersyukur kerana Allah sentiasa membuka pintu hati ini supaya makin dekat dgn DIA. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang cinta akan keampunan,sentiasalah mohon pada Dia.Ana yakin Allah pasti akan mengampunkan dosa-dosa kita jika kita betul-betul ikhlas untuk berubah dan menDambakan Kasih Ilahi~

:: Always think positive and pray to Allah to give me strenght to continue my life with full of TARBIYAH b'coz i really need that to guide me for SEARCHING MARDHOTILLAH..Don't despair and never lose hope coz Allah is always by my side, Thank Allah~ I will try my best to be a good -muslimah^_^caiyok3!!Don't do the same mistake::