Thursday, December 30, 2010

Tahun Baru Sem Baru

2010 bakal melabuh tirai, sem 4 memanggil-manggil…….

Mana lagi banyak?? PAHIT or MANIS??

Rasa cam pahit lagi banyak dari manis……………………..-_-

hmm..tak pe la,biarlah pengalaman lepas tue berlalu

pengalaman yg banyak mematangkan ana

untuk menjadi lebih kuat dan makin dekat dengan Allah

mungkin ini la hikmah disebalik ketentuan Dia

Allah masih sayangkan hambaNya dan Dia tak nak hambaNya terus leka dan lalai

sebab tue Dia datangkan ujian sebegini buat hambaNya kan….

Never mind… athifah dah tak heran dan malas nak fikir dah cerita dulu,buat menyakitkan hati dan buang masa je banyak lagi benda yg lebih penting kena fikir …

Jom kita muhasabah balik sepanjng 2010 ni yg pahit kita maniskn (perbetulkan mana yg silap) yg manis kita manis kn tp jgn smpai kencing manis (da2 merepek plk tfah ni..huh:p)

Btw terima kasih tak terhingga kepada ummi ayah n adik-adik, ahlu bait kahfi,sahabat-sahabat coz dah banyak bagi semangat dan penawar pada saya...luv u all so so much!!!! J

" Trial of life upon me,

Are more precious than diamons and gold

Tested with fire I may be

But I know i'll come out stronger in this world"

-Trial of Life, Sami Yusof-


Teruskan perjuangan athifah untuk 2011 dan sem 4

walaupun result lepas tak gempak mana tp sangat bersyukur sebab exam aritue mmg sgt payah hanya Allah yg tahu betapa sedihnya lepas jwb exam....

Thnx to Allah, semua nie bantuan dan rezeki dari Allah.Alhamdulillah~


Dan ingatlah juga, tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." [14:7]


lepas ni athifah kena work hard lebih, untuk naikkan pointer...insyaAllah akan cuba yang terbaik.


always remember, jgn abaikan dakwah disebabkan belajar coz kejayaan dalam pelajaran hanyalah alat kita utk mencapai redha Dia. 2-2 mesti seiring k...


Matlamat sebenar kita adalah menjadi Hamba Allah ( adz-Dzariat:56) dan Khalifah d'Bumi(al-Baqarah:30) untuk dapatkan kejayaan dan kebahagiaan hakiki......Redha Allah & SYURGA~

Sunday, December 26, 2010

Bila hati+akal berbicara


Di sebuah pondok usang milik seorang hamba, akal dan hati berbual berkenaan kasih dan cinta..

Akal : Assalamualaikum, sahabat.

Hati : Waalaikumussalam...

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati terdiam...

Akal bertanya sekali lagi.

Akal : Apa khabar iman anda?

Hati : Kurang sihat mungkin.

Akal : Mengapa?

Hati : Aku merindui dia segenap jiwaku...

Akal : Dia yang mana, sahabatku?

Hati : Kedua dia. Dia yang hakiki, juga dia yang entah kemana akhirnya..

Akal : Tidak mengapa, Itukan fitrah manusia.

Hati : Tapi rinduku kepadanya kadangkala membuat jiwaku runsing. Fikiranku melayang terbang jauh ke angkasa. Kadangkala ketika beribadah juga aku teringat dia.

Akal : Cintamu padanya, juga cintamu padaNya, cinta padaNya kan yang lebih utama.

Hati : Tapi... Aku benar cinta dia. Aku benar rindu dia. Aku mencintainya kerana Allah. Kami saling menasihati kepada kebaikan. Aku mahu mengejar syurga bersamanya.

Akal : Apa makna cinta?

Hati : Kasih dan sayang.

Akal : Bagiku cinta itu gila.

Hati : Mengapa pula?

Akal : Apabila kita mencintai seseorang, kita asyik teringatkan dia. Apa yang dikata jangan, sebaik mungkin kita elakkan. Apa yang diminta, seboleh mungkin kita usaha. Bila ada yang lain mendekati, bergelodak rasa cemburu. Apa kau rasa begitu?

Hati : Ya. Begitu yang aku rasa.

Akal : Apa kau tahu apa pula ibadah?

Hati : Orang kata ibadah itu taat dan patuh.

Akal : Ibadah itu juga adalah cinta.

Hati : Bagaimana dimaksudkan begitu?

Akal : Ibadah itu cinta. Berkasih-kasihan dengan Tuhan.

Hati terdiam lagi...

Hati : Jadi... Apa sebenarnya yang ingin kau sampaikan wahai akal?

Akal : Fikirkan, kalau kau benar mencintai dia kerana Allah, apa kau ada mengadu kepadaNya?

Hati : Aku puas sudah berdoa. Aku mendoakannya empat puluh kali setiap hari. Siang dan malam! Tegas hati..

Akal : Apa kau berdoa kepadaNya hanya kerana apabila kau terasa jauh dengannya? Apa kau hanya melipatgandakan ibadahmu ketika jiwamu rasa tak tenang?

Hati diam dan tertunduk...

Akal : Bagaimana boleh kau katakan cintamu kerana Allah. Sedangkan kau mengabaikan Dia ketika cintamu dengannya sedang indah bercahaya. Sabarlah wahai hati. Doamu mungkin tidak makbul sekelip mata. Barangkali Allah akan memakbulkannya di lain masa. Barangkali Allah ada hadiah yang lebih berharga untukmu!

Aliran sungai merah terasa semakin deras mengalir ke kepala..

Akal : Cinta kepada manusia yang gila seperti itu, hanya layak disandarkan kepada Allah. Allah menarik cintamu kerana Allah lebih mencintaimu. Allah merindui doa dan tangisan hambanya. Allah mahu kau kembali mengindahkan cintamu kepadaNya!

Hati mulai menangis... Sepi... Kesal...


::Cintailah Allah setulusnya insyaAllah akan hadir insan yang ikhlas hingga ke syurgaNya::
~Jauhkan aku dari putus asa~

Wednesday, December 15, 2010

Minggu yang Menarik~


بسم الله الرحمن الرحيم


Minggu yang menyeronokkan dan sibuk untuk cuti kali ini...

> 11-12/12 (sabtu n ahad) Bermalam d'Homestay Tjg Karang yang sangat besar dan luas bersama-sama family ummi yang ramai, hantar cik Naim (adik ummi ke9) ke rumah pengantin perempuan untuk majlis akad nikah & walimah.




> 13/12 (isnin) hang out g mid bersama my besties atiqa, syatirah,amalina,baitil & abidah. Sangat seronok coz dapat jumpa amal n abid yang sekian lama tidak berjumpa hampir 5 tahun dan meeting secara tak langsung untuk tubuhkan community bg batch untuk bergerak aktif..(masih dlm perancangan) balik dari mid terus ke rumah k.aisyah razak untuk meeting pogram Kem Anak Soleh ala-ala Aliph buat tp lain sedikit.



> 14-15/12 (selasa & rabu) pengalaman yang menarik untuk kali yg kedua menjadi fesi bg kem buat adik-adik sekolah rendah yang sangat comel dan aktif (huhu...) banyak sangat yang ana dapat belajar, bukan mudah untuk mengawal adik2 kecil ni perlukan kekuatan mental n fizikal..sangat menguji kesabaran juga tp sangat best n really exhausted. Yang tak menariknyer ana tak dapat explorace sama-sama dengan adik-adik untuk hari yang terakhir esok (khamis) coz perlu balik ke kampung bagi persiapan walimah pakcik sabtu ni...maaf yer adik-adik, actually terima kasih banyak2 kepada atiqa,syatirah,k.aisyah,k.iman,nisah,nadia dan fesi2 lelaki yang lain kerana dapat sama-sama korbankn cuti beberapa hari ini bersama-sama berjuang untuk sampaikan cara hidup Islam pada adik-adik yang masih kecil dan comel-comel, semoga adik-adik jadi anak yang soleh n solehah k..^_^


Selamat Bercuti!! tp jangan lupa sama2 check mutabaah amal kita, raheeq makhtum hadamkan, dan jangan lupa mikirin ummat..moga2 cuti kita cuti seorang DAIE. bergerak, terus bergerak! (quotes from k.hajar, thnx k.hajar!!)
semoga kita terus tsabat di Daerah Ini~insyaAllah...perlukan sangat kekuatan dari akhwat semua ;)



Wednesday, December 8, 2010

Cukuplah


"Kematian tidak akan menunggu kita" [62:8] &[3:185]



أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ

لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ

Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (57:16)


Di Persimpangan Aku Berdiri

Album : Menjadi Diriku Repackage
Munsyid : EdCoustic

Cukuplah...
kusimpan semua ceritaku
yang dulu

Tentangku...

tentang apapun yang membuatku
tiada berarti

Di Persimpangan aku...
berdiri
membisu
harus kuputuskan
kemanakah ku melangkah...


Jangan lagi
usikku meski aku tak tau
kemana lagi aku berlari
kejar harapan
yang sempat mengelam
biarkanlah
kuhidup dengan nafas yang baru

nafas yang menyimpan kedamaian
di persimpangan
aku berdiri

Cukup Januari kemarin kutinggalkan
kelamku...
tentangku
dan masa lalu yang membuatku
tiada berarti

~Semoga warnawarni tarbiyah akan terus bersinar demi mencapai Redha-Nya~
DnT akan tetap dihati......Ya Rabb,Kuatkan aku utk terus berada di Daerah Ini

Saturday, December 4, 2010

tawakal-_-


“Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluannya). Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki-Nya). Sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (Surah Ath Thalaq : 3).

“it’s ok, yang penting kita da usaha kan? sekarang ni berserah pada Allah(tawakal) k itulah yang terbaik”

Selalu kan kita dengar ayat ni...sebab apa kita perlu tawakal yer??perlu sangat ke tawakal ni??

Sebab,sebagai makhluk ciptaan Allah kita pasti tidak sunyi dengan masalah,yang membezakan kita hanya masalah yang kita hadapi dan orang lain hadapi.Complicated or not complicated…tapi semua tu masalah kn..tapi masalah tidak akan selasai jika kita hanya berdiam diri je,yang penting kita perlu usaha.Usaha dengan terbaik untuk selesaikan sesuatu masalah tu. Kejayaan atau kegagalan seseorang itu semua bergantung pada usaha yang kita da lakukan. Selepas dah berhempas pulas dengan berbagai cara untuk selesaikan, kemudian barulah berserah pada Allah…iaitu…..TAWAKAL~

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: “Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.”

Orang yang bertawakal ini untung tau sebenarnya,sebab orang-orang yang bertawakal ni keyakinan dia pada Allah sangat tinggi.Mereka sentiasa optimis dan tidak pernah resah bila ditimpa masalah,sebaliknya yakin yang setiap perkara dan masalah semua datang dari Allah dan pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua yang berlaku dan Allah lah pemberi segala-galanya. Allah lah yang memberi rezeki,,menentukan jodoh memberi kejayaan, memberi kepandaian, memberi kesenangan, memberi keselamatan dan semuanya datang daripada Allah. Kita hanya berusaha mencari dan mendapatkannya.

“Dan percayalah (tawakallah) dirimu kepada Allah, jika kamu betul-betul beriman.” (Surah al-Maidah : 23)


Allah juga sangat-sangat mencintai hamba-Nya yang bertawakal, bila Allah mencintai hamba-Nya pasti Allah akan sentiasa mempermudahkan dan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka buat hambaNya.Hebat kan?? Boleh la rujuk surah at-Talaq ayat 3 k.

Ibrahnya disini…….sebagai seorang hamba Allah,setelah usaha, kita perlu sangat untuk sentiasa berdoa yang terbaik dan berserah hanya pada Dia.Yakinlah Allah pasti akan berikan yang terbaik buat hambanya, terimalah apapun yang akan berlaku selepas ini, walaupun pahit pasti akan terselit kemanisan.

"Mungkin kita sukai sesuatu perkara itu, namun ia sebenarnya adalah keburukan utk kita dan mungkin kita benci akan sesuatu itu tetapi itulah yg terbaik utk kita. Sedangkan Allah Maha Mengetahui tetapi kita tidak" (al-Baqarah:216)


::post ni ditulis khas buat diri sendiri untuk bermuhasabah kembali selepas merasa tidak tenang setelah exam berakhir...so athifah,tawakal dan doa yang terbaik k!! yang penting kita dah usaha yang terbaik ..dan post ini juga ana tujukan khas wat seorang teman,maaf kerana saya tidak sempurna n maaf juga jika ada berbuat salah dan teruskan langkahmu untuk terus berada dekat dengan Allah…sentiasa mendoakan yang terbaik::