Friday, December 23, 2011

Muhasabah :Hadis 4:

Bismillahirrahmanirahim

Alhamdulillahthumaalhamdulillah…

Hari meniti hari…masa terus berlalu, subhanaAllah sungguh cepat masa meninggalkan KITA

Exam Final semakin dekat menghampiri, semester 5 juga semakin hampir menutup tirainya..bagaimana persediaan? Saya? Anda ? AllahuAkbar…sedar-sedar la diri ya, final dekat sangat dengan kita…wuwu :'(

Ah…

Tiba teringat waktu berbulatan gembira semalam kena bentang pasal Hadith 4, Iaitu hadis tentang Penciptaan manusia..

Ermm…

Awat tiba pasal perciptaan manusia pulak ni ?? Haa…..dalam penciptaan manusia ini sendiri sebenarnyer kita boleh relate dengan kehidupan kita sekarang.. nak tahu tak cane? ? Ana akan cuba relatekan hadis ni dengan situasi kita yang semakin hampir dengan minggu-minggu exam

Jom kita sama-sama fahami apa sebenarnya hadis ni nak ceritakan dan ambil sedikit ibrah sebagai semangat buat diri,insyaAllah

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله

عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا

نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ

الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ

غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ

الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ

وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري

ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Ok...

Bila baca sekali lalu hadis ni, apa yang anda faham? mesti tentang penciptaan manusia kan...itu pastilah kan, terang-terang hadis ni menceritakan tentang penciptaan manusia, tapi bukanlah proses penciptaan manusia yang ingin ana huraikan di sini, tapi tentang hikmah Allah menciptakan manusia mengikut fasa dan ketetapan yang Allah telah tetapkan kepada manusia sejak 4bulan usia kita dikandungan ibu...


1) Hikmah Allah menciptakana manusia.

Cuba kita lihat bagaimana Allah menciptakan manusia, selama 40 hari dari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan beberapa ketetapan...

SubhanaAllah, sangat cantikkan penciptaan DIA untuk kita.Jika diizinkan Allah, sebenarnaya Dia boleh je untuk menciptakan manusia sekali gus tanpa fasa-fasa tersebut tapi dengan hikmah Allah menciptakan manusia itu sendiri dengan sangat tersusun, terancang dan benar-benar teliti. Disini sebenarnya kita boleh lihat bagaimana Allah mengajar KITA supaya melaksanakan sesuatu perkara dengan perancangan dan tersusun dan tidak perlu tergopoh gapah. Kemudian kita relatekan kepada kehidupan kita sebagai khalifah dan pelajar..bagaimana jadual seharian kita? adakah masih terususun atau sudah kelam kelibut dan semakin serabut?

AllahuAkbar..(tepuk dada tanya diri sendiri yer) -_-

Di saat-saat study week ni masih belum terlambat sebenarnya untuk kita merancang walaupun bila difikir-fikirkan balik memang macam dah terlambat tapi usaha tidak pernah akan terhenti walaupun di saat menjawab exam kita masih boleh berusaha untuk menjawab dengan terbaik, jadi cuba untuk melaksanakan perancangan yang teliti dan membuahkan hasil yang sangat mengembirakan, hoyeah ! insyaAllah.


2) Ketetapan yang telah tertulis : Ajal, Rezeki, Amalannya dan Kecelakaan @ Kebahagian

SubhanaAllah, Betapa hebatnya kuasa Allah, Beliau sangat mengetahui ketetapan setiap manusia..Kita sebagai manusia tidak boleh mengharap pada takdir semata.Bukan lah orang pendosa itu akan berdosa sehingga akhirnya, tapi kita sebagai pendosa masih boleh berusaha untuk bertaubat dan berusaha menjadi lebih baik kerana kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku akan datang.

Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar, adakah perlu untuk kita hanya berdoa dan berharap dengan rezeki tanpa usaha? AllahuAkbar, rezeki Allah itu tidak akan datang bergolek, ia perlu bersama-sama usaha. Usaha yang boleh membawa kepada kejayaan tersebut. Tapi janganlah terlalu berduka jika usaha yang kita lakukan dengan bersungguh itu tidak sama dengan kejayaan yang kita perolehi kerana Allah lebih mengetahui baik buruk sesuatu yang berlaku, jangan pernah sesekali kita menyalahkan takdir yang telah ditentukan, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui yang paling penting usaha kita kepada Allah, kerana Allah akan memandang setiap perbuatan dan usaha kita. InsyaAllah.


Pssst : Kepada sahabat-sahabat fillah semua selamat maju jaya untuk exam yang bakal ditempuhi, teruskan usaha dan teruskan berjuang !! Bitaufikwanajah :) Maaf jika penulisan ini ada yang tersalah bahasa terlanjur bicara. Jika ada yang salah sila betulkan.


BaitiJanati,

teratak 3600

241211-1016-

Friday, December 16, 2011

Pesan buatmu HATI..


Bismillahirrahmanirrahim..

Di saat diri ini berjalan dan terus berjalan mencari RedhaNya,
ujian jalanan datang menjengah,
terkadang ia datang tanpa diduga,
walau sesekali hati ini mengeluh,
resah dengan ujian yang datang silih berganti...
tapi ingatlah wahai hati,
bukankah Allah telah berfirman dengan ayat-ayat cintaNya buat KITA :


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Ya Allah,
betapa sayangNya DIA pada KITA...
mendatangkan ujian buat KITA agar terus mengingati dan mendekatiNya..
bersyukurlah wahai hati,
kerna dengan kepayahan itu,
tarbiyah datang bersama kasih sayang DIA buat KITA,
usah dikenang usah diingat cerita yang lalu,
cerita yang hanya akan membuatkan dirimu lemah dan jatuh,
biarkan ia berlalu dan dibersihkan dengan amalmu,


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf :87)

Jalan KITA masih panjang,
teruskan langkahmu berjalan dan terus berjalan tanpa henti,
menuju Syurga abadi...-_-
Pesanan buatmu,
wahai hati,
kuatkan pendirianmu,
kuatkan semangatmu,
kuatkan mujahadahmu !!!
Demi mengapai REDHA,
Ya Illahi :'(



'Kahfi terchenta'
171211-0127-

Sunday, November 27, 2011

Ayuh tajdid niat !

بسم الله الرحمن الرحيم

Tiba timbul minat baru m'edit pic danbo ni....moga kata-kata pd pic ni akan memberi
manfaat pada semua,
Sharing is caring..caring is loving ^^


'Salam Ma'al Hijrah 1433H'

Masa terus berlalu,
maka semakin dekatlah masa pertemuan kita dengan Sang Pencipta..
adakah kita sentiasa bersedia bertemu DIA ? (muhasabah bersama-_-)

"Ya Allah, jadikan kami dikalangan mereka yang engkau redhai"
Ameen

Usah rebah, usah mengalah
biarkan masa lalu terus berlalu
jangan pernah engkau mengalah dengan pekat jahiliyah dahulu
teruskan melangkah,
jangan pernah pandang ke belakang dan ulangi kisah lalu
Ayuh bersama, kita berubah kearah yg lebh baik dengan
sentiasa mentajdid NIAT agar berpaksikan pada Allah yang SATU !


BaitiJanati,
teratak 3600
271111-2301-

Thursday, November 3, 2011

Cerita KAMI (2) !


بسم الله الرحمن الرحيم

Destinasi KAMI :
" Taman Botani Putrajaya"

'Mari berjalan tanpa henti bersama KAMI'


berhenti seketika,

Bersama KITA menyusuri jalan walau jalan masih panjang di hadapan,
berbekalkan iman dihati,semoga KITA terus tsabat !
akhawat memang BEST !!



bermulalah explorasi KAMI !

Jom...kita teruskan
'berjalan tanpa henti KITA'




Berjalan melihat dan mentafsir
KITA tadabbur alam k, mencari BUKTI !


"Berjalanlah di (muka) bumi,maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya,kemudian Allah menjadikan sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu"
[al-Angkabut :20]



berehat seketika
BUKTI hampir ditemui....



Bersama KAMI di sini merungkai...


^-^

dari tadi cakap pasal BUKTI kan..tapi siapa yang boleh teka apa BUKTI yang kami dapat disepanjang berjalan melihat dan mentafsir ??

Bukti?

Bukti?

"SubhanaAllahwaalhamdulillahwaSyukrulillah !"

Buktinya........

" Dan Allah menjadikan tempat bernaung bagimu dari apa yang telah DIA ciptakan, DIA menjadikan bagimu tempat-tempat tinggal di gunung-gunung,dan DIA menjadikan pakaian bagimu yang memeliharmu dari panas dan dan pakaian (baju besi) yang memelihara kamu dalam peperangan. Demikian Allah menyempurnakan nikmat-Nya kepadamu agar kamu berserah diri (kepadaNya)"
[al-Nahl : 81]

Betapa sayangNya Allah pada KITA kan...di setiap penjuru alam, semuanya terdapat BUKTI kekuasaan Allah, DIA menjadikan pokok-pokok, gunung-gunung sebagai tempat perlindungan, makanan dan boleh kata memang 'infinity' la semua ciptaan Allah ni..SubhanaAllah, terlalu sempurna penciptaan DIA buat hambaNya.
betapa banyak nikmat yang tidak terhitung buat KITA, tapi adakah KITA masih lupa tujuan kita d'SINI??

bersama-sama muhasabah kembali !





Jazakillah buat semua yang telah sama-sama menjayakan 'a-day' KITA...




Semoga terus istiqamah dan tsabat..
berjalan dan terus berjalan tanpa henti menuju RedhaNya !

Sayang semua kerana Allah !


psst....: Credit to akhawat syg yang bijak m'snap'pic

'Selamat bercuti dan selamat hari raya Aidil'adha'


Kahfi (Masih d'nilai menanti 'yg tersayang' menjemput pulang,ceh..hehe)
041111 - 1303-

Cerita KAMI (1) !

بسم الله الرحمن الرحيم

AlhamdulillahAlhamdulilahAlhamdulillah...Maha suci Allah Maha Memegang HATI hamba-hambaNya......
Selawat dan salam buat junjungan besar KITA Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa berusaha menyampaikan CINTA ke segenap penjuru alam...

Setelah berminggu-minggu tidak membuat pembersihan, akhirnya...

Jeng3....fuh..fuf...(menghilangkan habuk-habuk kotoran)

Maaf dan terima kasih buat diri sendiri yang sekian lama tidak update dan mampu untuk terus bertahan disebabkan perkara-perkara yang mem'buzy' dari awal sem...dan kini..huhu, dah midsem dah sekarang,silalah percaya wahai diri, paper exam midsem yang akan melambai-lambai selepas cuti ni !

Allahuakbar,cepat benar masa berlalu..untuk post kali ini,tiada kata-kata yang mampu diucap biarlah gambar berbicara...tanda kebahagian dan kemanisan bersama akhawat yang sentiasa menemani disaat diri masih memerlukan kekuatan untuk terus berada di Daerah Ini......Jazakillah :)



So....beginilah cerita KAMI !






Melaju bersama kereta-kereta comei DnT menuju satu tujuan dan jalan yang masih panjang..(awas ! berhati-hati d'hadapan anda, jalan tidak akan selamanya lurus)


Vromm...Vromm...




Ok...kita akan masuk ke satu lorong yang akan menanti berbagai halangan di hadapan yang kita tidak pasti baik atau buruk, berhati-hati yer...Menyusuri jalan yang penuh berliku, begitu juga kehidupan..tidak selamanya kita akan sentiasa berada di atas jalan yang lurus, setiap KITA pasti akan melalui setiap jalan yang penuh dengan onak dan duri..itulah asam garam kehidupan




Setelah 'berjalan tanpa henti' dengan menempuh berbagai halangan, akhirnya kami bakal tiba ke destinasi yang bakal menemukan kami dengan pelbagai BUKTI yang sangat hebat dan sangat menarik..owsem !

tapi....apa BUKTI tu...??

sebelum tu, sama-sama kita ingat kembali apakah niat utama KITA untuk ke destinasi tersebut
adakah untuk berseronok-seronok, beriang ketawa atau berjalan melihat dan mentafsir alam....? Jom sama-sama kita betulkan niat jika ia tersasar dari tujuan asal...



Setelah sampai...perlulah ada bekalan supaya diri sentiasa terisi agar tidak kelaparan di hari kemudian...




to be continue.....

(maaf, diri ini perlu melelapkan mata kita sambung d'kemudian hari k, nite3 -_-)


Kahfi
( menanti petang hari utk pulang ke baiti jannati t'cinta...)
041111 - 0320-

Thursday, September 8, 2011

Wahai diri..silalah semangat !! ^^

بسم الله الرحمن الرحيم


Sem baru semakin dekat menghampiri, 4bulan cuti terasa begitu cepat masa berlalu...walaupun dalam masa 4bulan alhamdulillah, hampir semua yang dirancangkan untuk cuti kali ni berjaya diselesaikan dengan jayanya..huhu..:)

+lesen dah dapat
+projek main masak-masak berjaya
+kerja sebagai muallimah d'tadika walaupun dalam masa sebulan
lebih dapat byk pnglaman,alhamdulillah
+pindah rumah, settle.
+pogram tarbiyah alhamdulillah dapat ikut beberapa walaupun tak dapat memenuhi semua
+ dll.....

Alhamdulillah....walaupun ada sedikit perkara yg tak best berlaku cuti ni, tapi semua tu tak pernah mematahkan semangat sebab dengan mem'busy'kan diri ni la sebenarnya dapat hilangkan dan lupakan semua masalah dan perasaan-perasaan yang tak best. Thanks to Allah ! ^^

Ok la, cuti is cuti..cuti pun da nak habis kan.

So sekarang..
Jom kita mulakan sem baru dengan semangat yang baru !!

Sem berapa sekarang??
Wah...sem 5 dah, semakin bertambah-tambah mencabar la masuk sem baru ni, subjek pun insyaAllah makin 'senang' papepun senang atau susah itu bukan masalahnyer, insyaAllah kalau orang lain boleh buat tak kan saya tak boleh kan,
cuba untuk buat yang terbaik sem ni !
Jom balik kahfi, nilai.. Merindui kawan-kawan dan akhawat usim ♥ ♥

O Allah, please make me strong !
Silalah semangat dan rajin cik tfah ! all the best !!



Senarai subjek sem 5

Baiti Jannati, Teratak 3600
090911 -1330-

Wednesday, September 7, 2011

Yakinlah...

بسم الله الرحمن الرحيم


Andai kita memang dijodohkan.... Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
Namun andai memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan
tiada hasilnya..

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah,
jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta.
.
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..

"Ya ukthi, saat cintamu di ingkari, bersabar dan bersyukurlh meskipun itu sakit, kerana Allah sudah mnjagamu dari cinta yg melalaikan :)"


Trust Him as He knows the best ! ^^


Baiti Jannati, Teratak 3600

070911 -1815-