Friday, June 24, 2011

Pelangi itu indah ~

بسم الله الرحمن الرحيم


"Saat kita terjatuh, Allah memberikan kita kesempatan untuk merasakan sakit,

untuk kemudian belajar bagaimana bangkit dan tertatih lagi.

Selalu ada hikmah yg di tersirat dalam setiap kejadian yg kita alami, jika kita berfikir,

dan bukan sibuk mencari kesalahan ataupun meratapi dan menyesalinya"


"Put our trust to Allah and remember.. Allah always be our side."

"Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.

Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.

Setiap kesenangan akan ada bayaran.

Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah

dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. "


~ Pelangi itu indah ~

SubhanaAllah !!

Thursday, June 23, 2011

Moga terus kuat !


بسم الله الرحمن الرحيم

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
[at-Taubah 9 : 41]


Setelah sekian lama tidak update, tiba-tiba terasa terpanggil untuk menulis sesuatu dan meluahkan sesuatu..post kali ini mungkin bagi orang lain biasa je tp bagi ana post kali nie lebih kepada azam untuk diri sendiri dan untuk memberi semangat pada diri sendiri..mungkin dengan sharing seperti ni akan menjadikan ana untuk lebih kuat dan lebih istiqamah dan jika ana terlalai melakukan perkara yang sama ana harap ada sahabat yang sudi untuk tegur, insyaAllah saya terbuka menerima teguran....

Ermmm......apa azam tu yer ??

1. Menjadi seorang yang dapat menjaga pergaulan
2. Katakan tidak pada couple sebelum berkahwin

Kenapa tiba-tiba ada azam ni??

Alhamdulillah, pengalaman lepas banyak mengajar ana, walaupun menyakitkan itulah sebenar-benarnya tarbiyah buat ana untuk lebih sedar dan lebih memahami hakikat sebanar tujuan kita sebagai hamba Allah..ana akui, ana pernah melalui pengalaman yang pahit dan memyebabkan ana jauh dengan Allah, tapi Alhamdulillah pngalaman itu juga yg menyebabkan ana makin dekat dengan Allah, ada hikmah disebalik semua yg terjadi...Thanks to Allah !

Sebab ana yakin Allah tidak menguji dengan sia-sia. Bahkan Dia merancang kebaikan yang tidak dapat kita bayangkan....Lagi sayang, lagi diuji ~

So jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri pada kita cuba untuk menjadi yang terbaik !!

Mujahadatun Linafsihi !
(salah satu muwasafat tarbiyah)

Rasa cam tak sesuai pic ni kt cni.tp tak pe la...sebab saya suka pic ni


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

BaitiJannati, Klang
0020-240611-



Tuesday, June 14, 2011

Taubat di Pinggiran Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini?

Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!

"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."

(An-Nisaa': Ayat 27-28)

Post asal : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2490--taubat-di-pinggiran-hati.html


:: Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang untuk terus bermuhasabah. Semoga artikel di atas dapat memberi manfaat utk semua..::

Jalan KITA masih panjang, mehnah semakin berliku,Jangan pernah putus asa !


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

Wednesday, June 8, 2011

Bumi Cinta


بسم الله الرحمن الرحيم

"Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (QS. Az-Zumar: 53)



seiring waktu berlalu
tangis tawa di nafasku
hitam putih di hidupku
jalani takdirku


tiada satu tersembunyi
tiada satu yang terlupa
segala apa yang terjadi
engkaulah saksinya

reff:
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
padaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

yang dicinta ’kan pergi
yang didamba ’kan hilang
hidup kan terus berjalan
meski penuh dengan tangisan

andai bisa ku mengulang
waktu hilang dan terbuang
andai bisa ku kembali
hapus semua pedih

andai mungkin aku bisa
kembali ulang segalanya
tapi hidup takkan bisa
meski dengan air mata

Credit to K.Lina...thanks ^^

Lirik di atas benar-benar membuat diriku tersentuh, terasa lirik di atas sangat dekat dengan diri sendiri..
Diri yang tak pernah terlepas dengan dosa, yang sememangnya membuatkan iman kita sentiasa turun dan naik tapi.......
Adakah kita mahu selamanya Futur?

oh,Tidak.Jauhkan aku dari putus asaMu, ya Allah.

Sedarkah kita ketika melakukan dosa?

Sedarkah bahawa kita sentisa diperhatikan dengan cctv Allah yang sentisa meihat dan save segala perbuatan yang kita lakukan di Dunia dan akan dipertontonkan oleh sekalian manusia di Akhirat nanti?

Memang diakui manusia apabila telah dilalaikan dan dikuasai oleh hawa nafsu dan syaitan,pasti mereka akan sentisa merasakan apa yang mereka lakukan saat itu adalah benar dan langsung lupa akan azab Allah dan CCTV iaitu Allah yang Maha Melihat.

Tapi adakah kita boleh mendelete segala perbuatan yang pernah kita lakukan dahulu?

"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik."
(HR Tirmidzi)

Untuk jawapan tersebut..Hanya Allah yang tahu tapi kita sebagai hamba perlulah berusaha untuk menghapuskan segala perbuatan jahat tersebut kepada kebaikan dan berusaha menjadi hambaNya yang terbaik yang penting kita menyesali segala perbuatan yang pernah kita lakukan, kerna manusia yang jahat tidak selamanya jahat, jika Allah mentakdirkan kebaikan dan hidayah buat mereka pasti Allah memberikan petunjuk ke jalan yang lurus dan di RedhaiNya. Yang berlalu biarkan berlalu, jadikan perngajaran buat diri walaupun dengan airmata darah sekalipun pengalaman lalu pasti tak akan terpadam...Searching Mardhatillah ♥

:: Alhamdulillah, baru selesai membaca novel Bumi Cinta yang penuh dengan ibrah dan sedikit sebanyak memberi ana idea dan kekuatan, best !::



Dunia adalah bumi cinta bagi pencinta الله....
Bumi cinta inilah yg akan menghantarkan mereka ke bumi cinta yg lebih kekal abadi dan lebih mulia iaitu Syurga Allah ♥♥
[Bumi Cinta, Habiburrahman el-Shirazy]


Baiti Jannati, Klang
0010-090611-