Thursday, September 8, 2011

Wahai diri..silalah semangat !! ^^

بسم الله الرحمن الرحيم


Sem baru semakin dekat menghampiri, 4bulan cuti terasa begitu cepat masa berlalu...walaupun dalam masa 4bulan alhamdulillah, hampir semua yang dirancangkan untuk cuti kali ni berjaya diselesaikan dengan jayanya..huhu..:)

+lesen dah dapat
+projek main masak-masak berjaya
+kerja sebagai muallimah d'tadika walaupun dalam masa sebulan
lebih dapat byk pnglaman,alhamdulillah
+pindah rumah, settle.
+pogram tarbiyah alhamdulillah dapat ikut beberapa walaupun tak dapat memenuhi semua
+ dll.....

Alhamdulillah....walaupun ada sedikit perkara yg tak best berlaku cuti ni, tapi semua tu tak pernah mematahkan semangat sebab dengan mem'busy'kan diri ni la sebenarnya dapat hilangkan dan lupakan semua masalah dan perasaan-perasaan yang tak best. Thanks to Allah ! ^^

Ok la, cuti is cuti..cuti pun da nak habis kan.

So sekarang..
Jom kita mulakan sem baru dengan semangat yang baru !!

Sem berapa sekarang??
Wah...sem 5 dah, semakin bertambah-tambah mencabar la masuk sem baru ni, subjek pun insyaAllah makin 'senang' papepun senang atau susah itu bukan masalahnyer, insyaAllah kalau orang lain boleh buat tak kan saya tak boleh kan,
cuba untuk buat yang terbaik sem ni !
Jom balik kahfi, nilai.. Merindui kawan-kawan dan akhawat usim ♥ ♥

O Allah, please make me strong !
Silalah semangat dan rajin cik tfah ! all the best !!



Senarai subjek sem 5

Baiti Jannati, Teratak 3600
090911 -1330-

Wednesday, September 7, 2011

Yakinlah...

بسم الله الرحمن الرحيم


Andai kita memang dijodohkan.... Apa pun halangannya kita pasti akan disatukan dalam pernikahan ..
Namun andai memang kita tidak dijodohkan apa pun usaha pastikan
tiada hasilnya..

Ya Allah ,
Ajarkan aku mencintai dengan sederhana..
Ajarkan aku agar lebih pandai memendam cinta..
Ajarkan aku untuk lebih mencintai-Mu dan kekasih-Mu
Ya Allah,
jagalah aku dari dosa dunia..
Jagalah dia dari dosa cinta.
.
Aku mencintainya kerana Mu
Aku akan rela melepaskannya apabila Engkau kehendaki..

"Ya ukthi, saat cintamu di ingkari, bersabar dan bersyukurlh meskipun itu sakit, kerana Allah sudah mnjagamu dari cinta yg melalaikan :)"


Trust Him as He knows the best ! ^^


Baiti Jannati, Teratak 3600

070911 -1815-


Monday, September 5, 2011

Mencari BAHAGIA ?

بسم الله الرحمن الرحيم

" (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ingatlah dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenteram" ( 13 : 28 )



* ske sgt dgn video ni..sgt kretif dan b'manfaat semuanye gamba dambo box,huhu :)


Bahagia?? satu perkataan yg mampu mengambarkan maksud yang sangat bermakna bagi orang yg benar-benar memahami ertinya
Sungguh, kebahagian yang sebanar akan hadir jika Allah menjadi paksinya, segalanya akan menjadi tenang dan indah jika hati sentiasa bertaut hanya pada-Nya....kerana itu adalah cinta yg sebenar..cinta yg tidak pernah mengecewakan, menyakitkan, menyedihkan dan lain-lain perasan yg membuatkan hati jauh dari Allah. Sungguh,cinta ini sangat luar biasa..

Wahai hati, mengapa perlu risau mencari cinta?
hakikatnya, Allah kan lebih tahu mana yg terbaik buat kita...yg penting berusahalah menjadi yg terbaik, insyaAllah Allah pasti akan berikan yg terbaik juga buat kita..
Jangan risau, cinta yg luar biasa kan ada..cinta yang sentisa menerima diri kita seikhlasnya, menerima kekurangan,sentisa menerima taubat hambanya dan rasanyer tidak terkira sayangnya Allah pada kita semua...indah kan? MasyaAllah...^^

Optimis + usaha + doa + sabar = Tenang !!
( formula utk capai ketenangan...tp ingat, semuanya haruslah kembali kepada Allah )


"Ya Allah, untuk mengatakan cinta, aku takut derhaka. Untuk mengatakan tidak, aku takut berdusta. Aku hanya insan hina, yang sedang jatuh bangun di jalan berliku menuju-Mu. Bantulah aku, kesihanilah aku, sayangilah aku. Jangan KAU pinggirkan aku wahai Rahman, wahai Rahim.
"

_Muhasabah buat diri dan sahabat_ ^^

* if video d'atas bermasalah, silalah ke sini (maaf d' atas kesulitan) :
http://www.youtube.com/watch?v=erUSu3uc1IM&feature=related


Baiti Jannati, teratak 3600
050911 -2305-