Friday, December 23, 2011

Muhasabah :Hadis 4:

Bismillahirrahmanirahim

Alhamdulillahthumaalhamdulillah…

Hari meniti hari…masa terus berlalu, subhanaAllah sungguh cepat masa meninggalkan KITA

Exam Final semakin dekat menghampiri, semester 5 juga semakin hampir menutup tirainya..bagaimana persediaan? Saya? Anda ? AllahuAkbar…sedar-sedar la diri ya, final dekat sangat dengan kita…wuwu :'(

Ah…

Tiba teringat waktu berbulatan gembira semalam kena bentang pasal Hadith 4, Iaitu hadis tentang Penciptaan manusia..

Ermm…

Awat tiba pasal perciptaan manusia pulak ni ?? Haa…..dalam penciptaan manusia ini sendiri sebenarnyer kita boleh relate dengan kehidupan kita sekarang.. nak tahu tak cane? ? Ana akan cuba relatekan hadis ni dengan situasi kita yang semakin hampir dengan minggu-minggu exam

Jom kita sama-sama fahami apa sebenarnya hadis ni nak ceritakan dan ambil sedikit ibrah sebagai semangat buat diri,insyaAllah

عَنْ أَبي عَبْدِ الرحمنِ عَبْدِ اللهِ بْنِ مَسْعُودٍ رضى الله عنه قَالَ: حَدَّثَنَا رَسُولُ الله صلَّى الله

عليهِ وسَلَّمَ وهو الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُ: (( إِنَّ أَحَدَآُمْ یُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ یَوْمً ا

نُطْفَةً، ثُمَّ یَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یَكُوْنُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ یُرْسَلُ إِلَيْهِ المَلَكُ فَيَنْفُخُ فِيْ هِ

الرُّوْحَ وَیُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ آَلِمَاتٍ؛ بِكَتْبِ رِزْقِهِ وَأَجَلِهِ وَعَمَلِهِ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ. فَوَاللهِ الَّذِي لا إل هَ

غَيْرُهُ إِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْ هِ

الْكتِاَبُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ أَحَدَآُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا یَكُوْنَ بَيْنَ هُ

وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ اْلجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا )). رواه البخاري

ومسلم.

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah ibn Mas'uud r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda, dan Baginda adalah seorang yang benar lagi dibenarkan (iaitu dipercayai):

Sesungguhnya setiap orang di kalangan kamu dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan 4 kalimat; iaitu supaya menulis rezekinya, ajalnya, amalannya dan adakah dia celaka atau bahagia. Demi Allah Yang tiada Tuhan melainkanNya, sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli neraka lalu dia memasuki neraka. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalangan kamu akan beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dengan neraka tidak lebih dari sehasta, lalu dia didahului oleh ketentuan tulisan kitab lantas dia mengerjakan amalan ahli syurga lalu dia memasuki syurga.

[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Ok...

Bila baca sekali lalu hadis ni, apa yang anda faham? mesti tentang penciptaan manusia kan...itu pastilah kan, terang-terang hadis ni menceritakan tentang penciptaan manusia, tapi bukanlah proses penciptaan manusia yang ingin ana huraikan di sini, tapi tentang hikmah Allah menciptakan manusia mengikut fasa dan ketetapan yang Allah telah tetapkan kepada manusia sejak 4bulan usia kita dikandungan ibu...


1) Hikmah Allah menciptakana manusia.

Cuba kita lihat bagaimana Allah menciptakan manusia, selama 40 hari dari air mani, kemudian menjadi segumpal darah selama tempoh yang sama, kemudian menjadi seketul daging selama tempoh yang sama, kemudian dikirimkan kepadanya seorang malaikat lalu dia menghembuskan padanya ruh dan dia diperintahkan dengan beberapa ketetapan...

SubhanaAllah, sangat cantikkan penciptaan DIA untuk kita.Jika diizinkan Allah, sebenarnaya Dia boleh je untuk menciptakan manusia sekali gus tanpa fasa-fasa tersebut tapi dengan hikmah Allah menciptakan manusia itu sendiri dengan sangat tersusun, terancang dan benar-benar teliti. Disini sebenarnya kita boleh lihat bagaimana Allah mengajar KITA supaya melaksanakan sesuatu perkara dengan perancangan dan tersusun dan tidak perlu tergopoh gapah. Kemudian kita relatekan kepada kehidupan kita sebagai khalifah dan pelajar..bagaimana jadual seharian kita? adakah masih terususun atau sudah kelam kelibut dan semakin serabut?

AllahuAkbar..(tepuk dada tanya diri sendiri yer) -_-

Di saat-saat study week ni masih belum terlambat sebenarnya untuk kita merancang walaupun bila difikir-fikirkan balik memang macam dah terlambat tapi usaha tidak pernah akan terhenti walaupun di saat menjawab exam kita masih boleh berusaha untuk menjawab dengan terbaik, jadi cuba untuk melaksanakan perancangan yang teliti dan membuahkan hasil yang sangat mengembirakan, hoyeah ! insyaAllah.


2) Ketetapan yang telah tertulis : Ajal, Rezeki, Amalannya dan Kecelakaan @ Kebahagian

SubhanaAllah, Betapa hebatnya kuasa Allah, Beliau sangat mengetahui ketetapan setiap manusia..Kita sebagai manusia tidak boleh mengharap pada takdir semata.Bukan lah orang pendosa itu akan berdosa sehingga akhirnya, tapi kita sebagai pendosa masih boleh berusaha untuk bertaubat dan berusaha menjadi lebih baik kerana kita sendiri tidak mengetahui apa yang akan berlaku akan datang.

Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar, adakah perlu untuk kita hanya berdoa dan berharap dengan rezeki tanpa usaha? AllahuAkbar, rezeki Allah itu tidak akan datang bergolek, ia perlu bersama-sama usaha. Usaha yang boleh membawa kepada kejayaan tersebut. Tapi janganlah terlalu berduka jika usaha yang kita lakukan dengan bersungguh itu tidak sama dengan kejayaan yang kita perolehi kerana Allah lebih mengetahui baik buruk sesuatu yang berlaku, jangan pernah sesekali kita menyalahkan takdir yang telah ditentukan, setiap yang berlaku pasti ada hikmah yang kita sendiri tidak ketahui yang paling penting usaha kita kepada Allah, kerana Allah akan memandang setiap perbuatan dan usaha kita. InsyaAllah.


Pssst : Kepada sahabat-sahabat fillah semua selamat maju jaya untuk exam yang bakal ditempuhi, teruskan usaha dan teruskan berjuang !! Bitaufikwanajah :) Maaf jika penulisan ini ada yang tersalah bahasa terlanjur bicara. Jika ada yang salah sila betulkan.


BaitiJanati,

teratak 3600

241211-1016-

Friday, December 16, 2011

Pesan buatmu HATI..


Bismillahirrahmanirrahim..

Di saat diri ini berjalan dan terus berjalan mencari RedhaNya,
ujian jalanan datang menjengah,
terkadang ia datang tanpa diduga,
walau sesekali hati ini mengeluh,
resah dengan ujian yang datang silih berganti...
tapi ingatlah wahai hati,
bukankah Allah telah berfirman dengan ayat-ayat cintaNya buat KITA :


"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)


Ya Allah,
betapa sayangNya DIA pada KITA...
mendatangkan ujian buat KITA agar terus mengingati dan mendekatiNya..
bersyukurlah wahai hati,
kerna dengan kepayahan itu,
tarbiyah datang bersama kasih sayang DIA buat KITA,
usah dikenang usah diingat cerita yang lalu,
cerita yang hanya akan membuatkan dirimu lemah dan jatuh,
biarkan ia berlalu dan dibersihkan dengan amalmu,


"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (Surah Yusuf :87)

Jalan KITA masih panjang,
teruskan langkahmu berjalan dan terus berjalan tanpa henti,
menuju Syurga abadi...-_-
Pesanan buatmu,
wahai hati,
kuatkan pendirianmu,
kuatkan semangatmu,
kuatkan mujahadahmu !!!
Demi mengapai REDHA,
Ya Illahi :'(



'Kahfi terchenta'
171211-0127-