Friday, November 2, 2012

Dimana kesungguhan ?

 بسم الله الرحمن الرحيم

Allahu Allah

Di mana kesungguhan kamu ??

Tatkala orang lain berkejar-kejar mencari Redha, engkau terhegeh-hegeh di belakang dan merasakan masih ada waktu lagi yang menunggu.Kamu yakin ke masa akan menunggu  ?? -_-

Huh,perasaan ini hadir tatkala merasakan banyak perkara yang dilakukan menjadi lambat dan tidak  bersemangat. Disaat aku sedang mentadabbur ayat tilawah yang dibaca...Allah tunjukkan ayat cintanya yg benar-benar terkena pada diri.

Zass..huh.mmg pedih.T_T

"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." (At-Taubah:41)

Allahu rabbi..Dimana kesungguhan dan kekuatan kamu? Gerabak dakwah seperti menaiki kereta api,ia akn terus melaju jika kte tidak mahukannya..ia tidak memerlukan kita tapi kita yg memerlukannya. 


Sungguh...jalan ini memang panjang, ia benar-benar menuntut kesungguhan dan keazaman yang kuat, jika kita masih bermain-main dan tidak serius di jalan ini, gerabak ini pasti akan meninggalkan kita dan ia mungkin akan melambatkan kita bagi mencapai tujuan bagi mengapai redhaNya.

#Introspeksi iman -_-

Baiti Jannati
Teratak 3600
031112

 

Thursday, August 16, 2012

Tarbiyah Allah tanda Cinta ♥

 بسم الله الرحمن الرحيم


Di dalam kehidupan ini,
jatuh bangun itu biasa.

Maka bila jatuh,
jangan kecewa,
segera berusaha naik semula.

Bila mampu bangun,
jangan diri itu lupa,
yang kita ada kemungkinan untuk jatuh semula.

Memahami perkara ini 
kita akan sentiasa siaga!
#via Hilal Asyraf




Allah lebih tahu mana yg terbaik buat KITA...
Kenapa kita perlu risau, kecewa dan susah terima keyataan tersebut?
Think positive la der..trust to Allah.
Tahu tak sebab apa kkdg Allah uji kita dengan ujian yang kkdg ssh utk kita terima?
sebab Allah sayangkan KITA, DIA tak nak kita terus leka dengan kenikmatan dan jahiliyyah yang menghantui hidup kita..sweetkan DIA  :)
Teruskan melangkah k jgn pernah ulang sst yg pernah membuatkan diri kita jatuh dan jauh dari DIA.Allahurabbi ♥

  


Sedang dirimu di uji,
 Allah sebenarnya ingin memeliharamu dari sejuta keburukan,
 
Tarbiyah Allah tanda cinta.......

#tbe terasa rindu utk mencoret sesuatu..biarlah post ni yg meluahkan sglanya ttg sesuatu yg terjadi.Allah lebih tahu..
#maaf, sebab dah terlalu lama meninggalkan blog yg sepi ni.bila diperlukan baru digunakan -_- 
# selamat menghabiskan baki-baki ramadhan yang bakal dirindui..
adakah masih ada ramadhan buat kita yg akan dtg?? 
Moga Allah menerima segala amalan kita disepanjang ramadhan kali ini.ameen~


Baiti Jannati
Teratak 3600
160812-2337- 

Saturday, April 14, 2012

Terima kasih Ya Allah..

بسم الله الرحمن الرحيم
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".
[ Imam Hassan al-Basri]
Kesempurnaan itu tidak ada siapa yang mampu memilikinya, kerna hanya Allah satu-satunya yang Maha Sempurna. Walaupun tiada siapa yang mampu mencapai kesempuraan tersebut tapi tidak salah bagi kita untuk berusaha menjadi yang terbaik.
Kehidupan KITA diibaratkan seperti roda adakala di atas dan adakalanya di bawah. walaupun adakalanya kita pernah berada di bawah jangan pernah merasakan kita akan sentiasa berada di bawah selamanya, mungkin ini tanda Allah sayangkan kita dengan memberi ujian yang membuatkan kita lebih sedar akan tujuan kehidupan dan lebih mencintai DIA.
Tapi...jangan pernah putus asa dan teruskan berjalan tanpa henti menuju redhaNYA, kerna di luar sana masih ramai yang memerlukan kita..jangan merasa diri ini tidak layak atau tidak mampu, sampai bila kita mahu menunggu sehingga kita bersedia??
Moga dakwah dan tarbiyah akan terus subur dihati selamanya demi mengapai redhaMu ya Allah ! AllahuRabbi :') Tetapkan aku di Jalan ini..Ameen ya Rabb
Kuatkan mujahadahmu walaupun ia pahit utk dijauhi tapi kemanisan itu pasti akan dirasai satu hari nanti, kerna syurga yang manis lagi Osem bakal menantimu nanti...nsyaAllah !
Yakin, Janji Allah itu Pasti !
Terima kasih Ya Allah !
Baiti Jannati
teratak 3600
150412-0041-

( Bakal menghadapi hari-hari yang sibuk lagi memenatkan mulai esok, selamat kembali ke Nilai)


Tiada kata?


بسم الله الرحمن الرحيم


Disaat hati ingin bicara diriku sepi dari kata,
empat bulan sepi tanpa kata,
adakah petanda sudah layu dengan kata-kata??
wahai diri, adakah anda ingin teruskan bicara?

Allahuakbar..
hampir empat bulan blog sepi tanpa kata-kata,
dah nak berhenti berblogging ke??
hmm.. tapi teringin sangat nak meng'update' lagi sebab dengan mengungkapkan bait-bait kata dalam blog, diri sendiri juga dapat bermuhasabah kembali setiap perkara yang diungkapkan tapi di saat nak meyampaikan sesuatu, idea jadi sepi, Allah..-_-
tapi kali ni cuba juga untuk kembali berbicara walaupun idea tidaklah banyak mana kerana kalau nak berbicara biarlah kata-kata itu yang dapat memberi manfaat kepada yang membaca dan diri sendiri yang menulis..
asif jiddan wahai diri, mungkin terlalu sibuk juga dengan tanggungjawab yang semakin bertambah-tambah sehingga terpaksa melupakan blog buat seketika, insyaAllah saya cuba untuk kembali lagi ! :)



Baiti Jannati,
Teratak 3600
140412-2000-