Saturday, April 14, 2012

Terima kasih Ya Allah..

بسم الله الرحمن الرحيم
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan".
[ Imam Hassan al-Basri]
Kesempurnaan itu tidak ada siapa yang mampu memilikinya, kerna hanya Allah satu-satunya yang Maha Sempurna. Walaupun tiada siapa yang mampu mencapai kesempuraan tersebut tapi tidak salah bagi kita untuk berusaha menjadi yang terbaik.
Kehidupan KITA diibaratkan seperti roda adakala di atas dan adakalanya di bawah. walaupun adakalanya kita pernah berada di bawah jangan pernah merasakan kita akan sentiasa berada di bawah selamanya, mungkin ini tanda Allah sayangkan kita dengan memberi ujian yang membuatkan kita lebih sedar akan tujuan kehidupan dan lebih mencintai DIA.
Tapi...jangan pernah putus asa dan teruskan berjalan tanpa henti menuju redhaNYA, kerna di luar sana masih ramai yang memerlukan kita..jangan merasa diri ini tidak layak atau tidak mampu, sampai bila kita mahu menunggu sehingga kita bersedia??
Moga dakwah dan tarbiyah akan terus subur dihati selamanya demi mengapai redhaMu ya Allah ! AllahuRabbi :') Tetapkan aku di Jalan ini..Ameen ya Rabb
Kuatkan mujahadahmu walaupun ia pahit utk dijauhi tapi kemanisan itu pasti akan dirasai satu hari nanti, kerna syurga yang manis lagi Osem bakal menantimu nanti...nsyaAllah !
Yakin, Janji Allah itu Pasti !
Terima kasih Ya Allah !
Baiti Jannati
teratak 3600
150412-0041-

( Bakal menghadapi hari-hari yang sibuk lagi memenatkan mulai esok, selamat kembali ke Nilai)


Tiada kata?


بسم الله الرحمن الرحيم


Disaat hati ingin bicara diriku sepi dari kata,
empat bulan sepi tanpa kata,
adakah petanda sudah layu dengan kata-kata??
wahai diri, adakah anda ingin teruskan bicara?

Allahuakbar..
hampir empat bulan blog sepi tanpa kata-kata,
dah nak berhenti berblogging ke??
hmm.. tapi teringin sangat nak meng'update' lagi sebab dengan mengungkapkan bait-bait kata dalam blog, diri sendiri juga dapat bermuhasabah kembali setiap perkara yang diungkapkan tapi di saat nak meyampaikan sesuatu, idea jadi sepi, Allah..-_-
tapi kali ni cuba juga untuk kembali berbicara walaupun idea tidaklah banyak mana kerana kalau nak berbicara biarlah kata-kata itu yang dapat memberi manfaat kepada yang membaca dan diri sendiri yang menulis..
asif jiddan wahai diri, mungkin terlalu sibuk juga dengan tanggungjawab yang semakin bertambah-tambah sehingga terpaksa melupakan blog buat seketika, insyaAllah saya cuba untuk kembali lagi ! :)



Baiti Jannati,
Teratak 3600
140412-2000-