بسم الله الرحمن الرحيم
Harapan..
satu perkataan yang membawa erti yang sangat dalam.
setiap dari kita pasti ada harapan yang mampu atau tidak mampu dicapai,
tapi adakah kita hanya mahu harapan itu terkubur begitu saja ?
Jangan pernah berhenti berharap,
hakikatnya harapan itu selalu ada.
Jalanlah dengan penuh harapan,
walau hidupmu tidak selalu bahagia,
optimislah selalu kerana Allah sentiasa bersamamu.
Jangan pernah kamu hilang harapan,
walau kamu di saat paling sulit sekalipun
kerana harapan yang akan membuatmu tidak akan penat untuk berputus asa.
Tidak bermakna harapan yang tidak kesampaian itu mematahkan semangat kita,
tapi anggaplah itu sebagai tarbiyah dari Dia,
Tarbiyah untuk kita terus bergantung harap pada Dia.
Allahu Rabbi.
Just do the best, let Allah decide the rest
"Bukan tak boleh berharap. Berharaplah. Tapi jangan sampai harapan tu bunuh redha kita pada Allah bila harapan tak kesampaian."-Quoted
InsyaAllah saya yakin pelangi yang indah akan muncul tak lama lagi,
janji Allah itu pasti,
Terima Kasih Ya Allah ! ;)
“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat.
Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepadaKu”
(Surah al-Baqarah, ayat 186)
Terus..dan terus berdoa
May Allah ease !
p/s: Alhamdulillah, masih mampu untuk menulis setelah sekian lama menyepi, terima kasihlah kepada yang sentiasa memberi semangat tu. May Allah bless :)
Baiti Jannati,
teratak 3600
200913-0930-