Wednesday, July 7, 2010

Saya Sudah Bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

***********************

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

copied from here

Wednesday, June 30, 2010

Ukhuwwah Atas Dasar Iman

Nampak menarik dan berat mungkin tajuk post kali ini….tp ana tertarik sangat nak berkongsi tentang UKHUWWAH,mungkin disebabkan pengaruh novel SINERGI terlalu kuat pada ana.Wah…memang mantap dan hebat la novel SINERGI,memberi pengaruh dan impak yang sangat baik.Setelah selesai membaca novel tersebut,baru ana dapat rasakan dan simpulkan betapa indah dan manisnya nilai sebuah UKHUWWAH ini jika diletakkan atas dasar IMAN,untuk diungkapkan lebih-lebih lagi jika sebuah UKHUWWAH ini dihiasi dengan kasih sayang,kejujuran dan keikhlasan. Ana percaya tidak semua manusia menghargai sebuah ukhuwwah,kadang kala kerana ukhuwwah air mata mudah untuk menitis.Ukhuwwah itu begitu indah,ukhuwwah juga merupakan kekuatan iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwwah. Apabila direnung dan muhasabah kembali, nilaian ukhuwwah ini sangat tinggi iaiya tidak dapat dibeli atau diwarisi, tapi ukhuwwah ini merupakan roh yang Allah hidupkan ke dalam hati-hati orang yang beriman tidak kira waktu yang dikehendakiNya supaya mereka bersatu.

“Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudaramu (yang berselisih) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat” (Al-Hujurat 49:10)

Ukhuwwah yang berteraskan ayat ini “Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara” adalah ukhuwwah yang mampu bermuamalah serta berhubung dan memesrakan diri dengan yang lain…Jadi berdasarkan ayat ini kita dapat lihat bahawa IMAN ini merupakan tunjang yang utama dalam pembentukan ikatan sebuah UKHUWWAH. Ini kerana, dengan berlandaskan IMAN kepada Allah,ia dapat memperkukuhkan lagi hubungan sesama manusia itu sendiri.

Islam juga mengajar kita bahawa setinggi-tinggi nilaian ukhuwwah pada seseorang itu adalah mengutamakan saudaranya melebihi keutamaannya sendiri (al-ithaar ‘ala al-nafs) manakala serendah-rendah nilaian ukhuwwah itu adalah pada salaamatus sadr iaitu berlapang dada.

++++++++++++++++++++++++++++++++

Novel ini sebenarnya yang banyak memberi ana ibrah tentang kepentingan UKHUWWAH ATAS DASAR IMAN.Sangat menarik dan mantap kisah mereka.Mari kita salami dan pahami kembali apa sebenarnya erti ukhuwwah ini.

+++++++++++++++++++++++++++++

Coretan ini ana tujukan khas buat sahabat-sahabat,kawan-kawan dan rakan-rakan yang ana amat-amat sayangi…..Jadikanlah UKHUWWAH INI ATAS DASAR IMAN agar kita dapat sama-sama mendapatkan REDHA ALLAH.insya’Allah..(^_^)SALAM UKHUWWAHFILLAH~

Sunday, June 20, 2010

Hakikat Orang Kaya dan Orang Miskin

Dari Abu Dzar r.u, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW ada bersabda
kepadaku, “Wahai Abu Dzar, apakah engkau mengira bahawa orang yang banyak hartanya itu adalah orang kaya?” Saya berkata, “ Benar wahai Rasulullah.” Beliau bersabda, “Apakah engkau juga menyangka bahawa orang yang sedikit hartanya itu adalah orang yang fakir?” Saya berkata, “benar wahai Rasulullah.” Beliau pun bersabda, “Bahawa sesungguhnya yang
dinamakan kaya itu adalah kaya hati dan fakir itu fakir hati. Oleh itu,
sesiapa kaya (merasakan cukup) dalam hatinya maka tidak akan membahayakan dirinya apa yang sedikit dari harta dunia. Sesiapa fakir (merasa kurang)
dalam hatinya maka harta dunia yang banyak tidak akan mencukupi baginya.
Sesungguhnya yang merosak itu adalah sifat kikir yang ada pada dirinya.”
(Hadith riwayat Ibnu Hibban dalam Sahihnya)


Saturday, June 12, 2010

Bowling@JJ Seremban2:adik-adik Tamhidi


Alhamdulillah...6jun yang lepas kami kakak-kakak yang prihatin dan baik (hehe:p) telah membawa 4org adik tamhidi yang pada awalnya peyertaan amat la ramai tapi disebabkan masalah-masalah tertentu kami terpaksa ubah tarikh yg menyebabkan adik-adik yg patut pergi tak dapat join....so kepada adik-adik yang tak dapat join hari tu,
insyAllah ada rezeki kami buat lagi.

Bincang apa la tue adik-adik ni (najihah,amalina,aini,dan marhamah)

Perjalanan amat la penat kerana perlu menaiki prebet+ktm+bas....wah,pelbagai dugaan yg kami terpaksa tempuh,lagi-lagi kami yang tak biasa dengan Seremban.huhu.tp semua tue tak mematahkan semangat kami untuk meneruskan program,bak kata pepatah jauh perjalanan luas pengetahuan(klo tak salah betul la kn??) so ibrah dari perjalanan kami aritu,belajar daripada pengalaman daripada tak tahu jd tahu..(kan thu??^_^)

.....................................................

Sampai sahaja di JJ, alhamdulillah da rezeki line untuk kiteorg actully,ana dan kawan-kawan hanya mampu bertawakal ada tempat untuk main dekat JJ coz hanya itu harapan kami..tanya pekerja kt Seremban Prade bowling penuh so itu la antara sebab kami memilih JJ,walaupun jauh tapi untuk mencapai objektif kami perlu bersusah sikit.Sangat menarik,permainan yang dapat mengeratkan ukhuwwah,seronok+penat bersama-sama.hehe...sgt enjoy:)

akhirnya..........inilah hasilnya.hohoho:p


sikitnya markahku...huhu, its ok budak baru belajar memang camni,kui3 :p


Selesai permainan,apa lagi perlu terus pergi food court untuk makan tengahari+solat zuhur+shopping. Shopping??huhu,alhmdulillah sempat juga mengambil kesempatan yang ada untuk shopping buku di MPH,dapat la 3buku: Perjalanan menuju
ke Syurga, Offline Dengan Syaitan dan Kisah Isteri Hasan Al-banna. Setakat ni,alhmdulillah 2buku sudah habis dibaca,actully bagi ana membeli buku adalah salah satu pelaburan yang amat-amat menguntungkan biarla berbelanja lebih untuk buku,tp yang penting buku-buku yang berfaedah dan berguna. Walaupun duit habis di situ tp ilmu bertambah.

....................................................

Perjalanan kami tidak terhenti di situ,selepas pulang dari JJ dan sampai di KTM Seremban kami mengambil sedikit masa yang ada sementara untuk menunggu train dan solat dengan mengadakan sedikit perkongsian di Surau.Alhmdulillah,respon dari adik-adik yang ikut amat memuaskan mereka sangat enjoy, dapat taaruf lebih lagi dengan kakak-kakak dan kawan-kawan, banyak belajar dari pengalaman awal-awl pogram td.hehe..

ukhuwwahfillah


::Semoga ukhuwwah kita akan tetap utuh dan kekal selamanya, kepada adik-adik tamhidi selamat menempuhi alam yang penuh cabaran ini dan tidak lupa kepada jue,thu dan ikin kerana telah bersama-sama setiap malam untuk meeting d'YM(wlpun selalu ada masalah teknikal),tidak lupa kepada Rin dan Izzati kerana telah bersama-sama kami,thnx a lot sahabat-sahabat fidunia wal akhirat::~semoga kita terus tsabat di jalan dakwah~

maaf ayat tidak seberapa baik