Sunday, March 28, 2010

~Denyut Kasih Medik~

Semalam ana berkesempatan utk pergi ke Pesta Buku, wlpun pada awlnya cam malas gak nk g diasebabkan malas nak bersesak-sesak naik ktm, tapi hari rabu lps da plak kawan offer gi PWTC hari sabtu naik bas Usim, so pe ag ambil la kesempatan yg da tue dari bersesak-sesak nek ktm bek naik bas yg direct trus ke PWTC.Alhmdulillh..smlm smpai jg la ana di sana, igatkan tak yah nk bersesak-sesak da tp rupanya kt PWTC tue ag dasyat...huhu.tp tak pe la disebabkan da sampai bersyukur jg la.
Hmm....kt sne byk jg la ana beli buku,buku yg pling minat sgt nk beli adlh DENYUT KASIH MEDIK..ble bace tajuk buku n penulis buku iaitu Dr. Farhan Hadi yg merupakan suami kepada salah seorng novelis islamik terkenal yg popular ngn buku 'Tautan Hati' dan 'Pemilik Cintaku' ukhti Fatimah Syarha disebabkan mmg minat baca sume tulisan beliau jd buku ni pon terasa b'minat sgt2 nk beli...lagipun rame gk org kate novel ni bes n bgus.Buku yg lain-lain tue da la beli utk family di rumah...adik2 di rumah jgn riso k,tfa beli sorg satu buku tuk korg sume.

********************************

Alhmdulillh,akhirnya habis jg ana bce novel denyut kasih medik tue pg td,bce novel tue sejak smlm ag..naik bas nak blk hostel tue trus bce novel tue smpai la tgh mlm jg la n disebabkan novel ni agk berat ngn ilmu, tak dpt gk nak habis mlm td so smbung la bce pagi td....wah,mmg betul la org ckp novel tue mmg sgt2 bes sbb byk sgt ilmu baru yg ana dpt n padat dgn nasihat yg terkesan dgn term-term medik lagi.Walaupun tak da la ambil dlm bidang ni tp novel ni sangat sesuai dibaca oleh sume lapisan masyarakat. So, tbe2 rse cm berminat sgt2 nk kongsi ngn korg sume psl moral of da story dr novel ni..

::DENYUT KASIH MEDIK::


Mengisahkan tentang sebuah kisah perjuangan seorang doktor muda yang mengaplikasikan syariat di hospital ketika bergelar doktor pelatih(houseman). Ia juga ada menyentuh kisah masyarakat .Bukan itu je,ia kisah seorang pemuda yang sarat impian dan cita-cita.Lebih menarik ia bukan hanya menyentuh fiqh perubatan bahkan turut menyelitkan fiqh wanita dan fiqh cinta...

Ibrah dari novel ni yg ana dpt:-

1. Bagaimana seorang doktor muda yang mementingkan kerjaya n dlm masa yang sama dia berdakwah dlm kerja. Sgt kagum dgn penyampaian dakwah yg dia smpaikan tidak memaksa dan berhikmah.

2.Kepentingan ukhuwwahislamiyah dlm persahabatan.

3. Memasukkan istilah-istilah perubatan dan dpt mengetahui serba sikit tentang fiqh2 perubatan yang menarik.

4. Kepentingan usrah dlm mentarbiahkan peribadi n membincangkan persedian hidup didunia dan akhirat.

5.Bagaimana nikmatnya cinta selepas khawin.Mengisahkan kehidupan baitulmuslim yg sgt bahagia kerana mereka sangat2 menjaga hubngn mereka sebelum kawin dan terlalu iginkan keberkatan dan keredhaan Allah s.w.t.akhirnya ana dpt simpulkan bagaimana DAKWAH+BAITUL MUSLIM+ KERJAYA= adlah utk mencapai MARDHOTILLAH.

6.Dan byk lagi yg tak disebut...nk tw lbih lanjut,bce la k:)

So kepada sahabat-sahabat ana, ana amat galakkan kalian sume dpt membaca novel ni dan ambil la iktibar dr kisah ni k....::Bertemu dan Berpisah kte hnya Kerana Allah::Salam Mahabbah..^_~

Thursday, March 18, 2010

"siapakah kita??"


Siapakah orang yang sombong?

Orang yang sombong adalah orang yang di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud pada yang menjadikankehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yang ada di bumi dan langit pada TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.


Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yang telah mati hatinya adalah orang yang diberi petunjuk melalui ayat-ayat Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di dalam jiwa untuk bertaubat.


Siapakah orang dunggu kepala otaknya?

Orang yang dunggu kepala otaknya adalah orang yang tidak mahu lakukan ibadat tapi menyangka bahawaTuhantidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.


Siapakah orang yang kuat?

Orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.Siapakah orang yang lemah? Orang yang lemah adalah orang yang melihat akan kemaksiatan di depanmatanya tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu

.

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah s. a. w.


Siapakah orang yang buta?

Orang yang buta adalah orang yang tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.



Siapakah orang yang tuli?

Orang yang tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yang baik namun tidak diendahkannya.


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a. s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang di timpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata, "Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.


Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yang menangis airmata mutiara adalah orang-orang yang sedang bersendiri lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu mengalir airmatanya.


Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak loba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.


Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkn harta.

Siapakah orang yang pandai?

Orang yang pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi


Siapakah orang yang bodoh?

Orang yang bodoh adalah orang yang beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkat ilmu agamanya.


Siapakah orang-orang yang mundur hidupnya?

Orang yang mundur dalam hidupnya adalah orang yang tidak memperdulikan akan halal dan haramnyaakan sesuatu perkara itu.


Siapakah orang yang gila itu?

Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua syarat saja yang memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,pertama sekiranya ia haid dan kedua,ketika ia tidak siuman akalnya.


Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yang selalu di tipu adalah orang muda yang menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.


Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.



Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.


* mari kte sme2 renung kembali dimanakah kte??dan siapakah kte???

renung-renunkan selamat bermuhasabah


Saturday, March 6, 2010

3 persoalan penting???

Alhmdulillah selesai sudah exsplorasi duat..byk input2 n pengalaman yang ana dpt selama 2hari ana d'DF.So ana nk kongsi serba sedikit pengisian yang tak seberapa ni kot ingatan wat diri dan sahabat-sahabat yang ana sayang. Hari terakhir kami d'berikan makanan rohani yang sgt sedap..pengisian yg d'bwa oleh k.wardah amat terkesan.....tajuk nmpk cm berat: kepentigan tarbiah.Tapi k.wardah menekankn 3 persoalan ni yg amat penting wat seorang yang ingin mencari dirinya sendiri dan mencari matlamat hidup.Persoalan apa tu????



MIN AINA??

LIMAZA??

ILA AINA??

Jom kita lihat jawapn ni satu persatu dan tanya diri kita sendiri k...


1.MIN AINA??

"Wahai manusia! Jika kamu meragukan(hari) kebangkitan,maka seseungguhnya Kami telah menjadikan kamu dari tanah, kemudian dari setetes mani, kemudian dari segumpal darah, kemudian dari segumpal daging yang sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, agar kami jelaskan kepada kamu; dan Kami tetapkan dalam rahim menurut kehendak Kami sampai waktu yang sudah ditentukan, kemudian Kami keluarkan kamu sebagai bayi, kemudian(dgn beransur-ansur) kamu sampai kepada usia dewasa, dan diantara kamu ada yang diwafatkan dan ada pula di antara kamu yang dikembalikan sampai usia sangat tua,sehingga dia tidak mengetahui lagi sesuatu yang dia telah ketahuinya.Dan kamu lihat bumi ini kering, kemudian apabila telah Kami turunkan air(hujan) di atasnya hiduplah bumi itu dan menjadi subur dan menumbuhkan berbagai jenis pasangan tertumbuhnya yang indah" (Surah Al-Hajj:5)

2. LIMAZA??

a.Mengabdikan diri padaNya.

"Tidak Aku(Allah) jadikan jin dan manusia melaikan untuk mengabdiakan diri kepadaKu" (Surah Az-Zarriyat:56)

b. Khalifah d'Dunia

"Dan(Ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka berkata, "Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosakkan dan menumpahkan darah di sana , sedangkan kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?" Dia berfirman,"Sungguh Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui." (Surah Al-Baqarah:30)

c. Amar ma'ruf Nahi Mungkar.

d. Mendapatkan keredhaan Allah.

"Dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan diri utk mencari keredhaan Allah. Dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hambaNya" (Surah Al-Baqarah:207)

3. ILA AINA??

" Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya (sgl sesuatu), Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menagis, Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan"(Surah An-Najm:42-44)

Kita mestilah mengetahui apa matlamat hidup kita di Dunia if kte tiada matlamat hidup kte hidup ibarat robot mereka tidak tahu apa-apa dan hanya untuk bekerja dan setelah penat kte recharge blk dan kembali bekerja dan ibarat kereta yang tiada arah tujuan.

" Dan Allah berfirman: " Kamu tinggal (di Bumi) hanya sebentar sahaja , jika kamu benar-benar mengetahui", Maka apakah kamu mengira bahwa Kami menciptakan kamu main-main(tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?" (Surah Al-Mu'minun;114-115)

*So kesimpulannya,mari kita renung-renungkan kembali ayat-ayat Quran d'atas supaya kita dpt sama2 muhasabah diri dan mengetahui apa tujuan kita diciptakan. Kita adalah sebaik-baik umat seperti yang disebut di dalam surah Ali Imran:10 " Kamu(Umat islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia,(Kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka.Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang-orang fasik" dan matlamat akhir kita mestilah yang membawa kita kepada kehidupan yang abadi yang bahagia...i'Allah.

Selamat bermujahadah.....^_^

Wednesday, February 17, 2010

~Cukuplah wahai nafsu~

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..


Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)


Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

+::lemahnya diri ini::+

"Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin"

Thursday, February 11, 2010

::Al-fatihah buatmu sahabat (ii)::

After a few month dia sakit, one day ak dapat panggilan telefon dr ummi yg di nk sgt jmpe dgn ak tme tue dia da kt HUKM. Kebetulan, tme tue ak da kt ampang,blk kg so jarak perjalanan ak ke sana tak ada la mengambil masa yg lama sangat.Sampainya ak kt sne ak lihat keadaan dia yg semakin tak bermaya,minum pun kne da org titiskan pakai straw n nak cakap pun da x mampu.Paling terharu sgt,tme ummi dia cerita yg dia nk sgt jmp ak,then dengan menggunakan isyarat tangan dia memberitahu ummi dia no tel ak.Ya Allah, tidak kusangka disaat engkau tak mampu berkata-kata,engkau masih mampu utk memgigatiku.Sebelum blk dia cuba utk berckp dgnku n ak n dia saling berpelukan seperti tidak akan berjumpa lagi.

************************

Keesokan pagi sblm ak ke sekolah ummi memberitahuku bhw dia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3pg. Rupanya malam td merupakan malam terakhir ak bersama dgn dia. Allah lebih menyayangi kamu sahabatku, Allah telah emnjemputmu ketika engkau masih tidak mengerti akan kehidupan.Ya Allah ak rindukan seorang sahabat seperti dirimu,adakah ada lagi sahabat seperti dia??Mungkin da.....tp hnya 1 dalm 1000 n ak cuba utk jd seperti dia. AMIRA engkau akan tetap d'hatiku selamanya~mis u n luv u.....Semoga Allah merahmati rohmu disana. Al-fatihah buatmu tanda ingatanku pdmu......AMIRA

.::As I look back on my past, I remember the jokes I laughed at,the things I missed and lost, but there's one thing I'll never regret, it's the day you become my friend::.....


"KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI"




* maaf ayat tak istiqamah,kjap sempoi kjap skema.Tp yg penting keikhlasan aty kn...:)