Sunday, August 14, 2011

Berjalan Tanpa Henti


Bagaikan jauh jalan yang kutempuh
Langkah demi langkah akan kugagah
Hari demi hari berjalan tanpa henti
Yakinku ada sinar yang menentu
Kalau dah bertemu arah
Yakin penuh pasrah
PadaNya Yang Kuasa dikau berserah
Jika kau rebah jika kau kalah
Bersaksilah rahmatNya akan terserlah
Segala kepahitan segala keperitan
Terima bagai penghapus dosa
Malang yang menimpa duka yang melara
Mungkin di baliknya ada bahagia
Jangan jangan berputus asa
Dari rahmat Yang Maha Esa
Jangan jangan kita lupa
Ujian lumrahnya dunia


Muhasabah buat diri....setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, kesabaran sangat penting dalam mengahadapi segala ujian dari Allah di balik kesabaran itu pasti akan menanti kebahagian yang hakiki dan mungkin ini juga sebagai penghapus dosa buatku yang dahulu sering leka dan lalai...cuba menjadi matang dalam menghadapi setiap ujian dari Allah, insyaAllah ^^

Baiti Jannati, Teratak 3600
140811-2310-




Friday, August 5, 2011

Madrasah Tarbiyah...medan perubahan

بسم الله الرحمن الرحيم



Ramadhan Kareem !! Alhamdulillah, Allah masih memberiku kesempatan untuk terus bernyawa menjadi hambaNya...sesungguhnya hidup ini seperti sebuah perjalanan, bila tiba di destinasinya kita pasti berhenti walaupun ada usaha untuk tegah dari berhenti..Syukur..syukur kepada Allah kerana masih memberi kita peluang menjejakkan kaki di Madrasah tarbiyah iaitu Ramadhan al-Mubarak walaupun ia hanya sebulan tapi ia diibaratkan sebagai terminal atau RnR buat kita dalam meneruskan perjalanan...hebat bukan kuasa Allah merancang perjalanan buat hambanya, Dia sangat sayangkan hambanya kerana masih memberi perluang buat hambanya untuk "Rehat dan Rawat", segala kecederaan di sepanjang perjalanan

Di dalam perjalanan kita, ana yakin..kita pasti akan menghadapi pelbagai halangan dan rintagan di sepanjang perjalanan.....ana dan anda semua pasti tidak pernah terlepas dari dosa kan? Ya, kita sebagai hambaNya sungguh banyak kesilapan dan dosa yang kita lakukan, semuanya hasil dari kelalaian kita selama ini...
Pernahkah kita terfikir, kenapa Allah masih memberi kita peluang untuk bertemu ramadhan walaupun kita selalu lalai dan sering berbuat dosa pada Allah?
Hakikatnya, itulah tanda Allah masih sayangkan kita, Dia masih mahu meberi peluang buat hambanya untuk terus mengejar syurgaNya dan mengapai redhaNya.
buktinya :
" Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan, dalam keadaan beriman dan penuh mengharap, maka akan diampunkan untuknya dosa-dosa yang telah lalu" ( Hadis sohih riwayat Bukhari da Muslim)

Justeru itu,jadikan Ramadhan sebagai terminal merawat luka-luka jahiliyah kita selama 11 bulan yang lalu kemudian menjadi seseorang yang lebih kuat dari sebelumnya..untuk 11bulan akan datang kita menjadi hambaNya yang berjaya.

Jom kita tunjukkan rasa syukur kita kerana terpilih memasuki bulan-bulan yang sangat mulia dengan menghargai pemberian ramadhan ini dengan bersungguh-sungguh melaksanakan amalan di dalamnya kerana mungkin ini adalah ramadhan yang terakhir buat kita.

Adakah kita teramat yakin yang kita masih berpeluang berjumpa ramadhan lagi akan datang?

Adakah kita mahu mensia-siakan ramadhan kita kali ini??

(Tepuk dada tanya iman kita k...)

Moga-moga , "Ramadan kali ini menjadi medan perubahan" buat kita da menjadi batu loncatan untuk untuk mengubah diri kita agar menjadi hambaNya yang lebih baik untuk 11bulan akan datang..tapi jangan jadikan ramadhan sahaja kita bersungguh-sunguh tapi insyaAllah cuba istiqamah untuk bulan-bulan seterusnya....




"Ramadhan Fursah Lit Taghyir"

Baiti Jannati, Teratak 3600..
070811-1145-

Monday, July 25, 2011

Tarbiyah Si Anak Kecil

بسم الله الرحمن الرحيم


Hari ini masuk hari ke-6 bekerja...

Alhamdulillah , Allah masih memberiku kesempatan untuk terus berjuang walaupun pada awalnya diuji dengan ujian dari Allah tapi dengan semangat dari ummi ana yakin ana mampu kuat untuk terus bekerja..^^

wow...
pada awalnya ingatkan kerja menjadi seorang pendidik anak-anak kecil nie mudah, tapi bila sudah diberi tangunggjawab mengambil kelas barulah terasa bahawa bukan mudah mendidik anak-anak kecil yang berumur awal 6tahun ni..memang sangat- sangat memerlukan kesabaran yang tinggi dan perlu pandai bermain kata-kata dengan mereka.

Tapi bila memadang wajah anak-anak kecil ni sejuk mata memandang dan kadang-kadang hilang segala masalah bila pandang wajah mereka yang masih suci dan bersih dari dosa ni. Terhibur juga dengan ragam dan perangai yang bagai-bagai ni...

Pengalaman yang ana dapat sehingga hari ini alhmdulillah mengingatkan ana tentang bagaimana Rasulullah mengasihi anak-anak kecil betapa hebatnya baginda kerana hampir setiap anak kecil yang ditemui akan dikasihi dan dibelai seperti anak baginda sendiri.

Rasulullah telah menunjukkan contoh yang sangat terbaik dalam mentarbiyah anak-anak kecil walaupun mereka belum mumayiz. Rasulullah mengajar mereka dengan erti kasih dan sayang sesama makhluk, malah Rasulullah juga bijak bergurau senda dengan mereka. Rasulullah mengajar rereka untuk gembira apabila bermain dan berasa sedih apabila kehilangan. Emosi anak-anak kecil ini dibina dengan uslub ynag sangat sesuai ditunjukkan oleh peribadi Rasulullah. Contohnya apabila Abu Umair suatu ketika dahulu bersedih, Rasulullah bertanya pada ibunya, "Kenapakah Abu Umair bersedih?" Apabila mengetahui bahawa burung kesayangan Abu Umair telah mati, Rasulullah mengusap-usap kepala Abu Umair dengan penuh kasih sayang sambil menunjukka simpati baginda.

Memang tidak hairanlah bahawa Rasulullah sebaik-baik manusia..kerana beliau berbuat baik dengan setiap lapisan masyarakat dan tidak pernah memandang rendah pada anak-anak kecil yang masih belum mumayiz. Malah kebanyakan anak-anak kecil yang hidup pada zaman Rasulullah, apabila dewasa menjadi antara yang terhebat dalam menegakkan agama Allah..

Semoga kita semua dapat menjadikan peribadi Rasulullah sebagai role model dalam mentarbiyah anak-anak kecil dan dalam semua perkara !

So athifah, Think positive !! inilah sebenarnya pengalaman yang berguna untuk tarbiyah anak-anak akan datang..hohoho ( berfikir untuk masa depan nampaknya..huhu ^^, insyaAllah )


:: Part time mencurahkan bakti dan tenaga di Tadika Islam Naim, tadika ku ketika kecil..bila lihat mereka teringat zaman tadika ku dahulu ^^ hehe..::

Baiti Jannati Jadid ^^
( baru 4hari berpindah )
2315-250711-

Tuesday, July 5, 2011

♥ ♥ Tarbiyah Allah sangat indah ♥ ♥

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah atas kasih sayang Allah yang tidak terhingga banyaknya

Kasih sayang dan cintaNya untuk aku terus kuat dan bangun seusai jatuh

Biarlah hanya kalam yg berbicara hati mengungkap kata

Hanya Allah yang mengetahui rahsia hati ini

Menangis dan menagis??

Tiada guna menangis pada harapan yang tidak pasti

Kerana harapan itu pasti akan menyakitkan jika kita sedar semua ini hanyalah mimpi semata

Biarlah kita menagis kerana mengenang dosa semalam yang pasti membuatkan diri terus sedar yang mimpi pasti akan jadi nyata jika Allah matlamatnya

Walaupun diri ini terkadang jatuh..

tapi ingat jangan terus jatuh tapi kuatkan langkah dan semangatmu untuk terus bangun

dan terus mengejar Cinta dan RedhaNya

Yakinlah, dari kegelapan Allah pasti akan menerangi dengan cahaya yg paling indah

“Allah pelindung bagi orang-orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya(iman)” (2:257)

Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya

Apabila mengenang kembali kegelapan,

Terasa diri malu..malu dengan Pencipta yang Esa

Tapi jika bukan kerana kegelapan tersebut

mana mungkin kita akan mengenal cahaya yang indah itu

dan pelangi pasti indah satu hari nanti

Segalanya akan indah andai diselitkan TARBIYAH dalam setiap perkara yg berlaku

~Thanks to Allah~

"Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." '

(Surah Ali Imran:139)

♥ ♥ Tarbiyah Allah sangat indah ♥ ♥

Teruskan melangkah................hingga ke Syurga yang kekal lagi abadi ~


Percayalah.
Allah pasti akan berikan hadiahNya.

Jika kita bersabar.
Jika kita sentiasa solat dan memohon dariNya.

Dan Allah pasti akan berikan sentuhan-sentuhanNya, kekuatan-kekuatanNya, yang datang dari arah yang tak disangkakan.

Kerana dunia realiti inilah, dunia ujian. Dunia pembuktian.
Bukan dunia ideal kita.
-Muharikah-


Friday, June 24, 2011

Pelangi itu indah ~

بسم الله الرحمن الرحيم


"Saat kita terjatuh, Allah memberikan kita kesempatan untuk merasakan sakit,

untuk kemudian belajar bagaimana bangkit dan tertatih lagi.

Selalu ada hikmah yg di tersirat dalam setiap kejadian yg kita alami, jika kita berfikir,

dan bukan sibuk mencari kesalahan ataupun meratapi dan menyesalinya"


"Put our trust to Allah and remember.. Allah always be our side."

"Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan.

Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan.

Setiap kesenangan akan ada bayaran.

Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah

dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan. "


~ Pelangi itu indah ~

SubhanaAllah !!

Thursday, June 23, 2011

Moga terus kuat !


بسم الله الرحمن الرحيم

"Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah.Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui."
[at-Taubah 9 : 41]


Setelah sekian lama tidak update, tiba-tiba terasa terpanggil untuk menulis sesuatu dan meluahkan sesuatu..post kali ini mungkin bagi orang lain biasa je tp bagi ana post kali nie lebih kepada azam untuk diri sendiri dan untuk memberi semangat pada diri sendiri..mungkin dengan sharing seperti ni akan menjadikan ana untuk lebih kuat dan lebih istiqamah dan jika ana terlalai melakukan perkara yang sama ana harap ada sahabat yang sudi untuk tegur, insyaAllah saya terbuka menerima teguran....

Ermmm......apa azam tu yer ??

1. Menjadi seorang yang dapat menjaga pergaulan
2. Katakan tidak pada couple sebelum berkahwin

Kenapa tiba-tiba ada azam ni??

Alhamdulillah, pengalaman lepas banyak mengajar ana, walaupun menyakitkan itulah sebenar-benarnya tarbiyah buat ana untuk lebih sedar dan lebih memahami hakikat sebanar tujuan kita sebagai hamba Allah..ana akui, ana pernah melalui pengalaman yang pahit dan memyebabkan ana jauh dengan Allah, tapi Alhamdulillah pngalaman itu juga yg menyebabkan ana makin dekat dengan Allah, ada hikmah disebalik semua yg terjadi...Thanks to Allah !

Sebab ana yakin Allah tidak menguji dengan sia-sia. Bahkan Dia merancang kebaikan yang tidak dapat kita bayangkan....Lagi sayang, lagi diuji ~

So jangan sia-siakan nikmat yang Allah beri pada kita cuba untuk menjadi yang terbaik !!

Mujahadatun Linafsihi !
(salah satu muwasafat tarbiyah)

Rasa cam tak sesuai pic ni kt cni.tp tak pe la...sebab saya suka pic ni


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”

BaitiJannati, Klang
0020-240611-



Tuesday, June 14, 2011

Taubat di Pinggiran Hati

بسم الله الرحمن الرحيم


Ketika kita sedang membaca tulisan ini, apakah dosa terakhir yang telah kita buat sebelum ini?

Dalam masa sesaat, seminit, sejam, sehari, seminggu, sebulan dan seterusnya sebelum ini, apakah kita telah melaluinya tanpa sebarang dosa pun yang terpalit di hati?

Hakikatnya, kita semua pasti telah melakukan dosa, daripada sekecil-kecilnya hinggalah sebesar-besarnya. Ya, setiap bani Adam itu pasti melakukan dosa, sebaik-baik orang berdosa ialah mereka yang bertaubat. Persoalannya, adakah kita tergolong di kalangan sebaik-baik orang yang berdosa?

Sehebat mana maksiat yang kita lakukan, kita pasti membencinya tatkala kita kembali merenung dan bermuhasabah sendirian. Sepuas mana hati itu merasa dengan dosa yang kita lakukan, pasti ada tersudut perasaan benci, dan menyesal yang teramat sangat atas apa yang telah kita lakukan. Itulah fitrah yang telah Allah ciptakan dalam diri kita. Bukannya kita tidak merasa menyesal, tapi kita selalu menolak rasa penyesalan dan masih terus memenangkan kemaksiatan. Kita ingin bertaubat dengan sebenar-benarnya, namun perasaan ingin bertaubat itu tersisih di pinggiran hati.

Pun begitu, Allah memahami kita lebih daripada kita memahami diri sendiri. Allah itu terlalu besar pengampunannya buat hamba-hamba-Nya. Namun, kita selalu bongkak dan merasa bahawa dosa kita itu lebih besar daripada rahmat Allah dan tak mungkin terampun. Sombong, tidak mahu kembali kepada Allah. Lalu kita berputus asa daripada menagih keampunan dan Rahmat Allah kerana dibohongi perasaan sendiri, dipalingkan oleh syaitan, dikuasai oleh ego yang tidak selayaknya bagi kita. Kita mengeluh sendirian, "ah, aku terlalu berdosa, tak mungkin aku dapat kembali ke jalan yang lurus", seolah-olah kita itu lemah dan patut dikasihani, namun sebenarnya kita itu sombong dan angkuh terhadap Allah! Sedarkah kita?

Lalu kita terus mengikuti dosa dengan dosa, sedangkan Rasulullah berpesan:

"Bertakwalah kamu kepada Allah di mana sahaja kamu berada, dan iringilah kesalahan kamu dengan kebaikan, nescaya kebaikan itu akan menghapuskan kesalahan tersebut dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik." (HR Tirmidzi)

Jelas bahawa seorang hamba itu tidak dapat lari daripada tergelincir ke lembah maksiat dan dosa, namun dia juga sentiasa dialu-alukan oleh Allah untuk memohon ampunan dan kembali taat. Maka tatkala kita merasakan bahawa kitalah yang paling berdosa dan terlalu besar maksiat yang kita lakukan, kita juga harus sedar bahawa tatkala itu, kitalah yang paling wajib untuk kembali ke pangkuan Ilahi, bertaubat sepenuh hati. Ya, taubat itu bagi seorang Mukmin bukannya satu pilihan, tapi satu kewajipan kerana dosa itu sesuatu yang tidak dapat dielakkan, besar mahupun kecil.

Itu satu sudut pandang buat mereka yang berdosa, agar kita tidak terjerumus ke dalam tipu daya syaitan yang menghalang kita daripada menagih keampunan Allah biar sebesar mana dosa kita. Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, lantas hilang sebelum sempat ia memasuki hati. Namun, dalam satu sudut yang lain, tidak harus kita berangan-angan akan Rahmat Allah lantas selesa dengan berbuat dosa. Kita memujuk hati dengan mengatakan, "Allah itu kan Maha Pengampun, jadi tak ada masalah berbuat dosa berkali-kali." Anggapan yang sebegini akan menjerumuskan kita lebih jauh ke dalam lembah kemaksiatan sehingga semakin sukar untuk kita kembali.

Maka, jangan tunggu dosa itu bertampuk dan semakin menggelapkan hati. Tatkala kita terdetik untuk bertaubat, teruskanlah taubat itu dan jangan lengah-lengahkan atau tangguhkan. Setiap kali kita tergelincir, bertaubatlah. Allah tak mengira berapa kali kita sudah melakukan dosa tersebut, tetapi Allah pasti menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan lahir daripada sudut hati yang sedar akan kekuasaan Allah.

Jangan biarkan taubat itu tersisih di pinggiran hati, masukkan ia ke dalam hati dan laluilah jalan yang diredhai Allah. Mudah-mudahan Allah tidak menyisihkan kita di hari perhitungan di pinggiran Neraka, bahkan di jurang api neraka. Na'udzubillah!

"Dan Allah hendak menerima taubatmu, sedang orang-orang yang mengikuti keinginannya menghendaki agar kamu berpaling sejauh-jauhnya (dari kebenaran). Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, kerana manusia diciptakan (bersifat) lemah."

(An-Nisaa': Ayat 27-28)

Post asal : http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2490--taubat-di-pinggiran-hati.html


:: Alhamdulillah, Allah masih memberiku peluang untuk terus bermuhasabah. Semoga artikel di atas dapat memberi manfaat utk semua..::

Jalan KITA masih panjang, mehnah semakin berliku,Jangan pernah putus asa !


“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.”