1Sept – "Selamat Hari Lahir athifah" Sedar tak sedar, 20 tahun sudah usiaku. Segala puji bagi ALLAH kerana masih memberi kesempatan untuk terus hidup di muka Bumi Allah ini dan memberi ana peluang untuk terus mempertingkatkan lagi amalan sebelum bertemu dengan-Mu ya Rabb. Buat ummi dan ayah tersayang,terima kasih tidak terhingga kerana telah menjaga sejak kecil sehingga sekarang, tanpa mereka siapalah saya di sini
love forever ^_^ UMMI & AYAH
20tahun???huhu…sangat banyak pengalaman yang ana lalui ada yang pahit,masam,manis..hoho,macam lagi la.Lagi-lagi bila teringat zaman jahiliyyah ana dulu tak boleh cakap la…Bila dah sedar sekarang ini barulah rasa sangat rugi dengan masa dan kecewa dengan diri sendiri.Kenapalah ujian begitu yang Allah uji pada ana???mampukah??berdasarkan firman Allah: Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (2:286) berdasarkan firman Allah tersebut ana yakin ana mampu untuk hadapi semua ini,ayat ini sangat memberi ana kekuatan. Setiap apa yang berlaku dahulu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kesilapan dahulu banyak mengajar ana untuk terus kuat dan mungkin untuk menjadi lebih matang. Ujian hidup ini kan salah satu tarbiyah dan didikan langsung dari Allah kepada hambaNya.Let’s look forward and never turn back…
Umur dah masuk 20tahun, tapi apa usaha kita untuk agama ISLAM??? Ya Allah, semakin meningkat usia semakin terasa besarnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka Bumi Allah ini. Actually, panjang dan pendek umur seseorang itu sebenarnya bukan pada kuantiti tapi pada kualiti,bukan juga pada zahir tetapi pada maknawi.Sebagai contoh yang kita boleh ambil sebagai ibrah adalah Imam Nawawi yang pendek umurnya tapi panjang ilmu dan sangat abdi jasadnya,kemudian Khalifah Umar ibn Aziz walaupun hanya memerintah kurang 2 tahun tapi kesungguhan beliau diibaratkan seperti 20 tahun. Kesungguhan beliau mengatasi Khalifah Umayyah sebelum dan selepas. Hebatkan mereka? KITA??APA PERANAN KITA??? Mari kita sama-sama koreksi diri dan muhasabah kembali…apakah usaha dan amalan kita selama ini adakah kerana ISLAM?
::. Petua panjang umur.::
“ Panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa”
~Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. When there is will,there is a way~
P/s: Jom sama-sama kita tingkatkan ibadah kita agar merasai kemanisannya seperti yang dirasai para sahabat..”Ya Allah Yang Maha Penyayang, pertemukanlah kami dengan malam al-qadrMU…ameen~”
salam alaiki ukhti fillah..
ReplyDeleteasifah jiddan x termenyempat wish.
selamat hari keputrian, moga sentiasa mndapat cinta dan redhaNya.. moga penambahan umur memuhasabahkan diri kita, sebanyak mana 'kerja' dan sumbangan kita terhada ummah yg semakin tenat sekarang..
fi amanillah daiman ya ukhti fillah~
insyaAllah smge Allah sentiasa memudahkan "kerja" kita...syukran;)ukhuwwahfillah.nie nasihah kn?
ReplyDelete