Friday, October 8, 2010

syahadatul haq


.::Sedikit perkongsian yang ana teringin sangat-sangat nak share pada semua, iaitu berkenaan dengan syahadatul haq "Penyaksian atas kebenaran" tajuk yang agak berat tp smge anda semua mendapat manfaat dari perkongsian yang ana dapat baru-baru ni. Ana mintak maaf sebab ana sendiri tidak menulis tentang SH ini tp hanya dapat copy dari blog seorang ukhti sebab tulisan ukti ni lebih mudah untuk difahami oleh semua,insyaAllah..selamat membaca::.


SHAHADATUL HAQ atau dlm erti kata lain penyaksian atas kebenaran.apa maksud kebenaran ini??sebagai umat islam,bukankah hari2 kita mengucapkan shahadah “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yg Disembah Melainkan Allah,Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah”. Ini lah kebenaran yang wajib kita saksikan kpd org lain tak kira kpd muslim or non-muslim. Namun, penyaksian bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah TIDAK CUKUP DGN HANYA melaksanakan rukun islam – iaitu solat,puasa,tunaikan zakat dan haji.ianya lebih dr itu.dlm Al-Quran pun byk Allah berfirman tentang tanggungjawab shahadatul haq ini:

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu” [Al-Baqarah:143]

*Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

“Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" [Al-Baqarah:140]


Umat pertengahan… ertinya, kita adalah saksi pada kebenaran. Rasul telahpun menyampaikan kebenaran itu kepada kita. Sekarang, tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran itu pada insan lain...

Jelas kan disini, Allah menuntut kita utk melaksanakan shahadatul haq dan Dia murka kepada org yang xmelaksanakan tanggungjawab ini. Persoalannya bagaimana?? hmm…sebab tu kita kna mengajak insan-insan lain kembali pada Allah... dengan erti kata lain.... dakwah... tapi, perkataan dakwah ni, kadang2 jadi perkataan yang sgt sensitive bukan? Hem.. mengapa ye... salahkah kita nak ajak insan lain kepada yg haq...

Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya..

Tak cukup dengan hanya beriman...
Tak cukup dengan hanya menjadi orang yang melaksanakan solat, puasa, buat perkara2 kebajikan, dan lain2...
Tapi kita perlu pamerkan, perlu demonstrate islam itu.....
Dan yang paling PENTING, kita perlu tunjuk dan ceritakan kepada orang lain... barulah tanggungjawab kita terlaksana...

Contoh yang kita boleh nampak... para sahabat, bile dah dapat islam, mereka tak simpan sorang2... mereka tidak hanya menjadi orang yang solat, puasa, dan lain2. tapi, mereka menjadi orang yang menyampaikan isi islam itu kepada orang lain...

Buktinya? Lihatlah, berapa ramai je sahabat yang dikebumikan di Mekah-tempat asal mereka.. kebanyakan mereka syahid di luar sana- membuktikan mereka berusaha untuk menyampaikan islam itu...

Lihat Mus’ab bin Umair... satu Mekah menerima Islam…
Lihat Abu Dzar.... dapat je dari Nabi Muhammad, segera kembali ke kampung halamannya sampaikan pada seisi kampung...

-saya mahu menjejaki mereka...-

Kalau kita renungkan balik firman Allah dlm kedua2 ayat di atas,jelas pada kita tentang kewajipan shahadatul haq. Jelas juga pada kita bahawa di akhirat kelak,Allah akan mempersoalkan apa yg telah kita lakukan sbg penyaksian kpd kebenaran itu…. Mintak maaf, sebab tak pandai menyusun kata...

Wallahua’lam...

~untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah membaca sendiri di sini.Artikel di atas adalah ringakasan dari buku syahadatul haq ini~

Sedikit gambar sebagai bukti kenangan kami di putrajaya...^_^



Jalan Dakwah by alarme~

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

LANGKAH BERMULA……….

Let's Spread the Voice of Change! [d'Voice@Putrajaya,1-3 Oktober 2010]

No comments:

Post a Comment