Saturday, February 12, 2011

Wahai hati ~



Kau pergi meninggalkanku dengan cintaku,

Telalu sakit bagiku mengharungi liku-liku itu,

Kesetianku dibalas dengan racun….

Namun kesedaran mengigitku,

Mungkin ini balasan dr PENCINTA yg sebenar,


Wahai hati,

usahlah bersedih lagi,

Bangkitlah dengan hamassah yg baru,

Redha dan sabarlah menghadapi ujian ini,

Allah masih menyanyangi dirimu..

DIA tidak mahu engkau terus leka dan lalai dengan CINTA yang bukan dari yg ESA,

DIA masih mahu membantumu untuk terus bangkit,

DIA memilihmu untuk merasai kemanisan hikmah dan iman,

DIA juga mahu dirimu mengerti erti kehidupan yang sebenar

Kesedaran yang membuatkan dirimu sedar siapa AKU yg sebenarnya,


Wahai hati,

Biarlah kenangan itu berlalu,

terlalu perit untukku ingat kembali,

Kenangan lalu benar-benar membuatkan diriku terus leka dengan CINTA yg SEBENAR…


Wahai hati,

Tahukan engkau…kini aku mula sibuk,

Sibuk dengan urusan yang perlu aku laksanakan sebagai Hamba PENCIPTA,

Namun, aku bersyukur kerna DIA membuatkan diriku ‘sibuk’ dengan urusanku ini,

Urusan yang tidak pernah sia-sia,

Urusan yang benar-benar menguatkan diriku dan mengajarku KEHIDUPAN yang sepatutnya,

Aku harap engkau dapat terus tsabat berada di DAERAH INI,

Kerna ku yakin engaku terlalu rapuh..senang dibuai dengan tipu daya syaitan

Tapi aku yakin ini semua adalah ujian yg perlu aku tempuhi,

Kerna DIA sedang mengajarku agar engkau kuat dan tsabat berada di DAERAH INI.

Kerna aku yakin ganjaran yang besar akan menanti di akhirat sana.


Wahai hati,

Jangan pernah jatuh lagi, engkau perlu KUAT…

KUAT untuk terus berMUJAHADAH,

KUATkan hatimu untuk terus tetap berada di Daerah Ini,

Jangan pernah putus asa,

Yakinlah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya,


"Mungkin kita sukai sesuatu perkara itu, namun ia sebenarnya adalah keburukan utk kita dan mungkin kita benci akan sesuatu itu tetapi itulah yg terbaik utk kita. Sedangkan Allah Maha Mengetahui tetapi kita tidak" (al-Baqarah:216)

Wahai hati,

Terima kasih kerana engkau semakin memulih dan kuat untuk terus

Melalui kehidupan yang penuh dengan dugaan dan cabaran,

Aku cuma harap engkau sentiasa sihat dan sentiasa diisi dengan kemanisan iman

Semoga ALLAH sentiasa memberikan daku kekuatan,keyakinan dan keceriaan

dalam kehidupan yang aku rasakan kini.

Kerana DIA benar-benar mengajar diriku akan erti kehidupan

Cuma satu yang ku pinta,

SAHABAT……andai diri ini tenggelam dari kelalaian,

Terangkanlah diriku dengan jalan menuju ILLAHI..

- Strive to Mardhatillah –

~120211~

Kahfi ,16:42pm

No comments:

Post a Comment