Wednesday, April 13, 2011

masalah?


بسم الله الرحمن الرحيم

Jangan katakan, "Wahai Allah, masalahku sangat besar, " tapi katakanlah, "Wahai masalah, Allah itu Maha Besar"

Kenapa aku masih tidak mampu untuk menghalang masalah itu dari terjadi?

Adakah kerana hati aku masih rapuh?

Kenapa setiap kali ujian itu datang, kadang kala aku masih jatuh dan tak mampu untuk hadapi ujian tersebut?

Adakah kerana masih ada karat jahiliyah pada diri?

Hati ini masih sakit ke?

[Rawatlah hatimu dengan penawar dari Allah, Yunus: 57]
Sabarlah wahai hati aku pasti engkau akan sembuh,
yang penting teguhkanlah hatimu agar tetap dalam mujahadah,
walaupun mujahadah ini amat pahit,tapi yakinlah syurga yang Allah janjikan itu lagi manis


Ya Allah..
aku takut akan azabMu, tidak ingin aku ulangi dosa semalam yang selalu menghantui diri ini yang selalu membuatkan diri ini sedih dan bersalah denganMu

Ya Allah..
kuatkan aku tuk hadapi ujian ini..hanya padaMu tempatku mengadu

Yang Allah..

Kembalikan diri ku kepadaMU dengan belas kasihanMU sebagaimana Engkau hidupkan ku dengan kasih sayangMU


Sesungguhnya, cukuplah Engkau Ya Allah bagiku

Innallaha ma'ana..


‎"Aku mencintai orang-orang soleh sekalipun aku bukan sebahagian daripada mereka, aku berharap mendapat syafaat dari mereka. Aku benci orang yang gemar melakukan maksiat, sekalipun aku juga pernah melakukannya" -Imam Syafie-


kita saling memerlukan,
dalam proses pembinaan,
mesti saling menguatkan,
utk menyusuri jalan ini yg panjang & perlahan! -credit to k.lina-

my hand n k.lina's hand..♥♥ - Broga hill-

Baiti Jannati,Klang
-2303-160411

::Muhasabah Mode::

No comments:

Post a Comment