Thursday, May 26, 2011

L.I.F.E

بسم الله الرحمن الرحيم

“The people, nowadays are pouncing for wordly benefits as if the purpose of their creation were to compete over the wordly materialistic gains and to collect them. They forgot a day when they will return to Allah”

[Book:The Life of this World is Transient Shade]

Betul ke? Tapi kalau kita lihat segelintir masyarakat sekarang ni memang macam tue, fikiran ‘materialistic’ seolah-olah dunia nie matlamat semata berlumba-lumba nak kejar kemewahan.Sampai lupa yang kita semua akan mati suatu hari nanti dan apa yang kita ada kt dunia nie tak bawa erti apa-apa pun untuk akhirat nanti yang jadi bekalan hanya amalan kita di dunia. Tidak salah mengumpul harta tapi biarlah harta yg kita dapat digunakan untuk kepentingan Islam itu juga, jadikan harta sebagai alat untuk kita gapai matlamat iaitu Mardhatillah.

“My similitude and that of the life of this life of this world is that of traveler who took a rest at midday under a shade of the tree and thrn left it.

(Narrated by Ahmad, at-Tirmidhi ibn Majah dan al-Hakim)

Dunia tempat persinggahan…memamg betul kan, Dunia ini adalah persinggahan yang sangat sekejap. Seperti maksud hadis di atas, hidup atas bumi ini seolah-olah seperti mengembara yang rehat sekejap buat persinggahan bawah bayang pokok dan lepas tu sambung perjalanan ke tempat yang seterusnya. Kemudian hadis seterusnya:-

عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: أخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم بمنكبي فقال: كن في الدّنيا كأنّك غريب أو عابر سبيل

Ertinya: Daripada Ibn Umar r.a., beliau berkata: Rasullah s.a.w. memegang bahuku lalu bersabda: "Jadilah kamu di dunia ini seperti seorang pengembara atau perantau di jalan".

[ Hadis riwayat al-Bukhari]

Kedua – dua hadis ini benar membenarkan bahawa kehidupan di Dunia hanyalah sementara. Kita diibaratkan seperti pengembara,jadi bawalah watak kita sebagai pengembara yang mencari kebaikan untuk manfaat diri dan orang lain. Sedarlah yang waktu kita sangat singkat, kita tak tahu bila ajal akan menjemput, entah esok? Lusa?......so, wajarlah kita sentisa koreksi diri kita sebagai seorang pengembara yang tentunya dihadapan mungkin ada ujian dan bahaya. Maka berhati-hatilah wahai pengembara..!

Adakah kita mahu jadi seperti ini:-

"The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th"

( I like this quote !)

-Taken from hlovate’s novel ‘contengan jalanan’ quotation, tagline in 11th hour short movie-

“Lek la dlu bro, kita kan muda lagi umur baru 21..pas umur 40 nanti kita berubah la.Sekarang kita enjoy la dulu puas-puas”

“ Nanti aku berubah la, masa kan panjang lagi….”

Kalau diikutkan memang la rasa tak takut kan, sebab kita rasa diri masih muda. Tapi pernah tak kita terfikir beberapa minit lepas ni malaikat maut datang jemput kita (seram kn,dosa banyak,amalan tak cukup lagi,huh…) tapi tu la hakikatnya kita memang tak pasti bila ajal akan datang jemput kita.

The Prophet s.a.w. also urged the Muslim to prepare for death and to take provision for the Hereafter, He said: “Be in this world like a stranger, or wayfarer”

Rasulullah s.a.w juga menyuruh agar bersedia untuk mati dan banyak-banyak buat bekal untuk akhirat. Hiduplah di duni ini sebagai dagang bukan pemastautin tetap yang seolah-olah takkan balik jumpa Tuhan. Memang sangat kenelah dengan tagline kat movie 11th hour tu. Setiap orang perlu sentiasa ingat mati dan buat bekalan sebelum bertemu Allah. Kalau pukul 12 baru nak buat bekal tapi pukul 11 da mati…tak ke berputih mata je dan sia-sia je kita di dunia ni.

Bersedia ke kita untuk bertemu dengan Allah?

Berapa banyak bekal yang aku da sekarang ni?

Kenapa still lagi buat salah yang sama?

Saya sayang diri saya dan saya sayang anda semua…..saya taknak saya berubah seorang tapi saya nak orang lain pun sedar cam saya juga.Tolong bantu saya jika saya lalai atau lupa kerana saya manusia yang mudah leka dan tekadang mudah jatuh. May Allah always bless n guide us !


- Idea yang datang selepas menghabiskan bacaan novel ‘Contengan Jalanan’-

“Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu.” -_-

Bangun lah athifah dari mimpimu !

Baiti Jannati,Klang
2205-260511-

No comments:

Post a Comment