Monday, August 30, 2010

usia?

بسم الله الرحمن الرحيم

1Sept – "Selamat Hari Lahir athifah" Sedar tak sedar, 20 tahun sudah usiaku. Segala puji bagi ALLAH kerana masih memberi kesempatan untuk terus hidup di muka Bumi Allah ini dan memberi ana peluang untuk terus mempertingkatkan lagi amalan sebelum bertemu dengan-Mu ya Rabb. Buat ummi dan ayah tersayang,terima kasih tidak terhingga kerana telah menjaga sejak kecil sehingga sekarang, tanpa mereka siapalah saya di sini

love forever ^_^ UMMI & AYAH

20tahun???huhu…sangat banyak pengalaman yang ana lalui ada yang pahit,masam,manis..hoho,macam lagi la.Lagi-lagi bila teringat zaman jahiliyyah ana dulu tak boleh cakap la…Bila dah sedar sekarang ini barulah rasa sangat rugi dengan masa dan kecewa dengan diri sendiri.Kenapalah ujian begitu yang Allah uji pada ana???mampukah??berdasarkan firman Allah: Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (2:286) berdasarkan firman Allah tersebut ana yakin ana mampu untuk hadapi semua ini,ayat ini sangat memberi ana kekuatan. Setiap apa yang berlaku dahulu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kesilapan dahulu banyak mengajar ana untuk terus kuat dan mungkin untuk menjadi lebih matang. Ujian hidup ini kan salah satu tarbiyah dan didikan langsung dari Allah kepada hambaNya.Let’s look forward and never turn back…

Umur dah masuk 20tahun, tapi apa usaha kita untuk agama ISLAM??? Ya Allah, semakin meningkat usia semakin terasa besarnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka Bumi Allah ini. Actually, panjang dan pendek umur seseorang itu sebenarnya bukan pada kuantiti tapi pada kualiti,bukan juga pada zahir tetapi pada maknawi.Sebagai contoh yang kita boleh ambil sebagai ibrah adalah Imam Nawawi yang pendek umurnya tapi panjang ilmu dan sangat abdi jasadnya,kemudian Khalifah Umar ibn Aziz walaupun hanya memerintah kurang 2 tahun tapi kesungguhan beliau diibaratkan seperti 20 tahun. Kesungguhan beliau mengatasi Khalifah Umayyah sebelum dan selepas. Hebatkan mereka? KITA??APA PERANAN KITA??? Mari kita sama-sama koreksi diri dan muhasabah kembali…apakah usaha dan amalan kita selama ini adakah kerana ISLAM?

::. Petua panjang umur.::

“ Panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa”

~Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. When there is will,there is a way~

P/s: Jom sama-sama kita tingkatkan ibadah kita agar merasai kemanisannya seperti yang dirasai para sahabat..”Ya Allah Yang Maha Penyayang, pertemukanlah kami dengan malam al-qadrMU…ameen~”

Sunday, August 15, 2010

Bersabarlah demi redhaNya~



“Ya Allâh, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari beratnya cubaan, dan dari bertemu kecelakaan, dan dari buruknya qadha (taqdir), dan dari gembiranya musuh”.ameen~


~Ya Allah,semoga Engkau dapat memberikan daku kekuatan utk terus tsabat di jalan yang diredhaiMu,walaupun berbagai rintangan yg perlu aku hadapi aku redha dan berharap agar ia menjadi asbab utk aku terus berada di jalanMu~ampunkan dosa2ku ya AllahT_T~

.::"Jom muhasabah diri ,sahabat-sahabat...."::.

Friday, August 13, 2010

Mana yang betul??

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Thuban RA, yang bermaksud. "Setelah aku wafat, setelah lama aku lama tinggalkan,umat islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang mengerumuni hidangan dan mengajak makan bersama" Maka para sahabat r.a. pun bertanya "Apakah kita umat islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda s.a.w. "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna , tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." Sahabat bertanya lagi "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Kerana mereka ditimpa penyakit al-wahan" Sahabat bertanya lagi " Apakah itu al-Wahan?" Rasulullah bersabda "CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT AKAN KEMATIAN"
(Hadis Riwayat Abu Daud & Ahmad)

Melihat pada hadith di atas kita dapat lihat di mana situasi ini amat dekat sekali dengan kita di akhir-akhir ini.Ramai manusia yang beragama Islam tetapi ia seperti buih-buih di lautan,kenapa...dan mengapa terjadi begini??....jom kte uji tatabahasa sekejap...
yang mana satu betul dari penggunaan tatabahasa di bawah??

a) Saya Islam

b) Saya islam

Bila difikir-fikirkan pasti kebanyakan sahabat-sahabat akan menjawab (a) adalah jawapan di atas kan sebab Islam itu adalah kata nama dan agama kita,betul tak?? tapi jika ana katakan yang "Saya islam" ini betul,apa pendapat anda??baiklah mengikut tatabahasa bila kita meletakan "I" ini bermakna ayat tersebut merupakan kata nama tetapi apabila ana meletakkan "i" ia akan menjadi kata kerja..

Apa anda rase ape yang anda paham dari jawapan di atas??

Baiklah,biar ana sendiri menjawab k,baiklah kesemua benda yang ana bincangkan di atas sangat berkait dengan kita sebagai umat Islam. Sahabat, islam itu sebenarnya sebagai nama atau perkara yang perlu kita lakukan??. Dalam al-Quran, Allah menceritakan ketika Nabi Ibrahim berkata, "Aslamtu li Rabbil-'Alamin"(jika salah sila betulkan) mafhumnya "Aku tunduk kepada Rabb seluruh alam". Ayat ini jelas membuktikan bahawa islam itu bermaksud tunduk dan patuh...tunduk itu perbuatan atau kata kerja???hmm...mestilah kata kerja kan.

Sebenarnya,islam itu unik berbanding agama lain. Agama lain diberi nama atas nama satu bangsa atau pengasasnya.. agama Yahudi diberi atas nama kaum Yahuda dan agama Budha diasaskan oleh pengasasnya Gautama Buddha, tapi islam tidak dinamakan agama Muhammad tapi islam iaitu satu kata kerja atau sifat. Siapa sahaja yang bersifat dengan sifat islam, maka dia adalah orang islam.. tidak kira orang itu dilahirkan dikalangan orang inggeris ataupun orang cina, tapi jika dia TUNDUK dan PATUH, dia adalah orang islam. dan walaupun orang itu dilahirkan dikalangan orang islam, dia tidak dinamakan islam jika dia ingkar untuk patuh dan tunduk kepada Allah. Islam itu tidak diwarisi tapi dicari dan dihayati.

Daripada hadith di atas apakah ibrah yang anda dapat???

Kesimpulannya, kini ramai manusia hanya menggunakan "Saya Islam" tetapi bukan "Saya islam". Apabila kita menggunakan "Saya islam" ini bererti kita perlu melaksanakan dan menghayati islam itu sendiri, bukan menganggap Islam sebagai nama tp anggaplah islam itu sebagai perbuatan yang perlu kita lakukan.Jika kita menggangap Islam sebagai nama,kita akan lihat umat islam di dunia ini hanya seperti buih-buih di lautan seperti sabda Rasulullah di dalam hadith di atas yang akhirnya umat islam ditimpa penyakit al-Wahan tersebut iaitu cintakan dunia dan takut akan kematian.Sehingga menyebabkan musuh-musuh mudah mempermainkan kita.

*Perkongsian yang ana dapat dari pogram Ini Sejarah Kita(ISK) di Fraser Hill aritue.Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian yang tak seberapa ini.Sama-samalah kita koreksi dan muhasabah diri kembali adakah kita tergolongan "Saya Islam" atau "Saya islam".Semoga kita semua tergolong di dalam golongan "Saya islam".

hanya seorang hamba yang ingin mengharapkan redha Ilahi

.::Sharing is Caring::.(^_^)

Jika ada salah dan silap silalah betulkan.Apa yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

~Ramadhan Kareem ~
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas .Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.Hidupkan madrasah tarbiyah ini dengan amalan yang mendekatkan diri pada Allah.insya'Allah~

Sunday, July 11, 2010

SEM III TAHUN 2....


Semester I Sesi Akademik 2010/2011
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
No Matrik:1090059


Nama:ATHIFAH BINTI ANUAR


Program:SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
Fakulti:FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

KodKeteranganKredit






LAA1022TARIKH AL-TASHRI'2
LAA1042USUL FIQH I2
MAA3013ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM3
MAB1023INTERMEDIATE ACCOUNTING I3
MAC2013COST ACCOUNTING3
MDB2023MATEMATIK PERNIAGAAN3
MGA3013KELAKUAN ORGANISASI3
MHB4033UNDANG-UNDANG KOMERSAN3
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

*Subjek yg semakin mencabar nmpkyer..huhu,caiyok2 u can do it!! Ikhlaskan hatimu dalam menuntut ilmu athifah..Ya Allah permudahkan aku dalam menuntut ilmuMu.Selamat meneruskan perjuangan dalam medan menuntut ilmu buat sahabat-sahabatku~

Wednesday, July 7, 2010

Saya Sudah Bertunang


Hari-hari berlalu yang dilewati seakan sudah bertahun lamanya, namun yang perlu diakui ialah ianya baru beberapa minggu lalu. Iya, hanya beberapa minggu lalu. Berita itu aku sambut dengan hati yang diusahakan untuk berlapang dada. Benar, aku berusaha berlapang dada. Terkadang, terasa nusrah Ilahi begitu hampir saat kita benar-benar berada di tepi tebing, tunggu saat untuk menjunam jatuh ke dalam gaung. Maha Suci Allah yang mengangkat aku, meletakkan aku kembali di jalan tarbiyyah dan terus memimpin untukku melangkah dengan tabah.

Aku hanya seorang Insyirah. Tiada kelebihan yang teristimewa, tidak juga punya apa-apa yang begitu menonjol. Jalan ku juga dua kaki, lihat ku juga menggunakan mata, sama seperti manusia lain yang menumpang di bumi Allah ini. Aku tidak buta, tidak juga tuli mahupun bisu. Aku bisa melihat dengan sepasang mata pinjaman Allah, aku bisa mendengar dengan sepasang telinga pinjaman Allah juga aku bisa bercakap dengan lidahku yang lembut tidak bertulang. Sama seperti manusia lain.
Aku bukan seperti bondanya Syeikh Qadir al-Jailani, aku juga tidak sehebat srikandi Sayyidah Khadijah dalam berbakti, aku bukan sebaik Sayyidah Fatimah yang setia menjadi pengiring ayahanda dalam setiap langkah perjuangan memartabatkan Islam. Aku hanya seorang Insyirah yang sedang mengembara di bumi Tuhan, jalanku kelak juga sama... Negeri Barzakh, insya Allah. Destinasi aku juga sama seperti kalian, Negeri Abadi. Tiada keraguan dalam perkara ini.
Sejak dari hari istimewa tersebut, ramai sahabiah yang memuji wajahku berseri dan mereka yakin benar aku sudah dikhitbah apabila melihat kedua tangan ku memakai cincin di jari manis. Aku hanya tersenyum, tidak mengiyakan dan tidak pula menidakkan. Diam ku bukan membuka pintu-pintu soalan yang maha banyak, tetapi diam ku kerana aku belum mampu memperkenalkan insan itu. Sehingga kini, aku tetap setia dalam penantian.
Ibu bertanyakan soalan yang sewajarnya aku jawab dengan penuh tatasusila.
"Hari menikah nanti nak pakai baju warna apa?"
Aku menjawab tenang.. "Warna putih, bersih..."
"Alhamdulillah, ibu akan usahakan dalam tempoh terdekat."
"Ibu, 4 meter sudah cukup untuk sepasang jubah. Jangan berlebihan."
Ibu angguk perlahan.
Beberapa hari ini, aku menyelak satu per satu... helaian demi helaian naskhah yang begitu menyentuh nubari aku sebagai hamba Allah. Malam Pertama... Sukar sekali aku ungkapkan perasaan yang bersarang, mahu saja aku menangis semahunya tetapi sudah aku ikrarkan, biarlah Allah juga yang menetapkan tarikhnya kerana aku akan sabar menanti hari bahagia tersebut. Mudah-mudahan aku terus melangkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Mudah-mudahan ya Allah.
Sejak hari pertunangan itu, aku semakin banyak mengulang al-Quran. Aku mahu sebelum tibanya hari yang aku nantikan itu, aku sudah khatam al-Quran, setidak-tidaknya nanti hatiku akan tenang dengan kalamullah yang sudah meresap ke dalam darah yang mengalir dalam tubuh. Mudah-mudahan aku tenang... As-Syifa' aku adalah al-Quran, yang setia menemani dalam resah aku menanti. Benar, aku sedang memujuk gelora hati. Mahu pecah jantung menanti detik pernikahan tersebut, begini rasanya orang-orang yang mendahului.
"Kak Insyirah, siapa tunang akak? Mesti hebat orangnya. Kacak tak?"
Aku tersenyum, mengulum sendiri setiap rasa yang singgah. Maaf, aku masih mahu merahsiakan tentang perkara itu. Cukup mereka membuat penilaian sendiri bahawa aku sudah bertunang, kebenarannya itu antara aku dan keluarga.
"Insya Allah, 'dia' tiada rupa tetapi sangat mendekatkan akak dengan Allah. Itu yang paling utama."
Berita itu juga buat beberapa orang menjauhkan diri dariku. Kata mereka, aku senyapkan sesuatu yang perlu diraikan. Aku tersenyum lagi.
"Jangan lupa jemput ana di hari menikahnya, jangan lupa!"
Aku hanya tersenyum entah sekian kalinya. Apa yang mampu aku zahirkan ialah senyuman dan terus tersenyum. Mereka mengandai aku sedang berbahagia apabila sudah dikhitbahkan dengan 'dia' yang mendekatkan aku dengan Allah. Sahabiah juga merasa kehilangan ku apabila setiap waktu terluang aku habiskan masa dengan as-Syifa' ku al-Quran, tidak lain kerana aku mahu kalamullah meresap dalam darahku, agar ketenangan akan menyelinap dalam setiap derap nafas ku menanti hari itu.
"Bila enti menikah?"
Aku tiada jawapan khusus.
"Insya Allah, tiba waktunya nanti enti akan tahu..." Aku masih menyimpan tarikh keramat itu, bukan aku sengaja tetapi memang benar aku sendiri tidak tahu bila tarikhnya.
"Jemput ana tau!" Khalilah tersenyum megah.
"Kalau enti tak datang pun ana tak berkecil hati, doakan ana banyak-banyak!" Itu saja pesanku. Aku juga tidak tahu di mana mahu melangsungkan pernikahan ku, aduh semuanya menjadi tanda tanya sendiri. Diam dan terus berdiam membuatkan ramai insan berkecil hati.
"Insya Allah, kalian PASTI akan tahu bila sampai waktunya nanti..."
Rahsia ku adalah rahsia Allah, kerana itu aku tidak mampu memberikan tarikhnya. Cuma, hanya termampu aku menyiapkan diri sebaiknya. Untung aku dilamar dan dikhitbah dahulu tanpa menikah secara terkejut seperti orang lain. Semuanya aku sedaya upaya siapkan, baju menikahnya, dan aku katakan sekali lagi kepada ibu...
"Usah berlebihan ya..."
Ibu angguk perlahan dan terus berlalu, hilang dari pandangan mata.
"Insyirah, jom makan!"
Aku tersenyum lagi... Akhir-akhir ini aku begitu pemurah dengan senyuman.
"Tafaddal, ana puasa."
Sahabiah juga semakin galak mengusik.
"Wah, Insyirah diet ya. Maklumlah hari bahagia dah dekat... Tarikhnya tak tetap lagi ke?"
"Bukan diet, mahu mengosongkan perut. Maaf, tarikhnya belum ditetapkan lagi."
Sehingga kini, aku tidak tahu bila tarikhnya yang pasti. Maafkan aku sahabat, bersabarlah menanti hari tersebut. Aku juga menanti dengan penuh debaran, moga aku bersedia untuk hari pernikahan tersebut dan terus mengecap bahagia sepanjang alam berumahtangga kelak. Doakan aku, itu sahaja.
.......................................
"innalillahi wainna ilaihi rajiun..."
"Tenangnya... Subhanallah. Allahuakbar."
"Ya Allah, tenangnya..."
"Moga Allah memberkatinya...."
Allah, itu suara sahabat-sahabat ku, teman-teman seperjuangan aku pada ibu.
Akhirnya, aku selamat dinikahkan setelah sabar dalam penantian. Sahabiah ramai yang datang di majlis walimah walaupun aku tidak menjemput sendiri.
Akhirnya, mereka ketahui sosok 'dia' yang mendekatkan aku kepada Allah.
Akhirnya, mereka kenali sosok 'dia' yang aku rahsiakan dari pengetahuan umum.
Akhirnya, mereka sama-sama mengambil 'ibrah dari sosok 'dia' yang mengkhitbah ku.
Dalam sedar tidak sedar...
Hampir setiap malam sebelum menjelang hari pernikahan ku... Sentiasa ada suara sayu yang menangis sendu di hening malam, dalam sujud, dalam rafa'nya pada Rabbi, dalam sembahnya pada Ilahi. Sayup-sayup hatinya merintih. Air matanya mengalir deras, hanya Tuhan yang tahu.

"Ya Allah, telah Engkau tunangkan aku tidak lain dengan 'dia' yang mendekatkan dengan Engkau. Yang menyedarkan aku untuk selalu berpuasa, yang menyedarkan aku tentang dunia sementara, yang menyedarkan aku tentang alam akhirat. Engkau satukan kami dalam majlis yang Engkau redhai, aku hamba Mu yang tak punya apa-apa selain Engkau sebagai sandaran harapan. Engkau maha mengetahui apa yang tidak aku ketahui..."

Akhirnya, Khalilah bertanya kepada ibu beberapa minggu kemudian...
"Insyirah bertunang dengan siapa, mak cik?"
Ibu tenang menjawab... "Dengan kematian wahai anakku. Kanser tulang yang mulanya hanya pada tulang belakang sudah merebak dengan cepat pada tangan, kaki juga otaknya. Kata doktor, Insyirah hanya punya beberapa minggu sahaja sebelum kansernya membunuh."
"Allahuakbar..." Terduduk Khalilah mendengar, air matanya tak mampu ditahan.
"Buku yang sering dibacanya itu, malam pertama..."
Ibu angguk, tersenyum lembut... "Ini nak, bukunya." Senaskah buku bertukar tangan, karangan Dr 'Aidh Abdullah al-Qarni tertera tajuk 'Malam Pertama di Alam Kubur'.
"Ya Allah, patut la Insyirah selalu menangis... Khalilah tak tahu mak cik."
"Dan sejak dari hari 'khitbah' tersebut, selalu Insyirah mahu berpuasa. Katanya mahu mengosongkan perut, mudah untuk dimandikan..."
Khalilah masih kaku. Tiada suara yang terlontar. Matanya basah menatap kalam dari diari Insyirah yang diberikan oleh ibu.
"Satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku di risik oleh MAUT. Dan satu cincin ini aku pakai sebagai tanda aku sudah bertunang dengan MAUT. Dan aku akan sabar menanti tarikhnya dengan mendekatkan diri ku kepada ALLAH. Aku tahu ibu akan tenang menghadapinya, kerana ibuku bernama Ummu Sulaim, baginya anak adalah pinjaman dari ALLAH yang perlu dipulangkan apabila ALLAH meminta. Dan ibu mengambil 'ibrah bukan dari namanya (Ummu Sulaim) malah akhlaqnya sekali. Ummu Sulaim, seteguh dan setabah hati seorang ibu."

***********************

* Kisah ini bukan kisah ana (Insyirah), ianya kisah KITA (semua yang sedang membaca/tak) *
Mulai hari ini, jangan bersoal tika melihat ana memakai cincin. Kerana, ana sudah bertunang! Bertunang dengan kematian, tidak tahu bila ana akan dinikahkan dan tidak tahu bagaimana rezeki di malam pertama. Tetapi, sekurang-kurangnya apabila sudah dirisik dan bertunang, kita sama-sama akan mempersiapkan diri sebaik-baiknya walaupun bukan yang terbaik untuk hari pernikahan dengan KEMATIAN. Wallahua'lam.

Cukuplah kematian itu mengingatkan kita... Cukuplah kita sedar kita akan berpisah dengan segala nikmat dunia. Cukuplah kita sedar bahawa ada hari yang lebih kekal, oleh itu sentiasalah berwaspada. Bimbang menikah tergesa-gesa, tahu-tahu sudah disanding dan diarak seluruh kampung walau hanya dengan sehelai kain putih tak berharga.
Setidak-tidaknya, Insyirah (watak di atas) sudah 'membeli' baju pernikahannya... Arh... Untungnya Insyirah. (Cemburu! Cemburu! Cemburu!)

~ Kullu nafsin za'iqatul maut ~
Insyirah Soleha,
19 Januari 2010
Baiti

copied from here