Friday, October 8, 2010

syahadatul haq


.::Sedikit perkongsian yang ana teringin sangat-sangat nak share pada semua, iaitu berkenaan dengan syahadatul haq "Penyaksian atas kebenaran" tajuk yang agak berat tp smge anda semua mendapat manfaat dari perkongsian yang ana dapat baru-baru ni. Ana mintak maaf sebab ana sendiri tidak menulis tentang SH ini tp hanya dapat copy dari blog seorang ukhti sebab tulisan ukti ni lebih mudah untuk difahami oleh semua,insyaAllah..selamat membaca::.


SHAHADATUL HAQ atau dlm erti kata lain penyaksian atas kebenaran.apa maksud kebenaran ini??sebagai umat islam,bukankah hari2 kita mengucapkan shahadah “Aku Naik Saksi Bahawa Tiada Tuhan Yg Disembah Melainkan Allah,Dan Aku Naik Saksi Bahawa Muhammad Itu Pesuruh Allah”. Ini lah kebenaran yang wajib kita saksikan kpd org lain tak kira kpd muslim or non-muslim. Namun, penyaksian bahawa tiada tuhan yg disembah melainkan Allah dan nabi Muhammad itu pesuruh Allah TIDAK CUKUP DGN HANYA melaksanakan rukun islam – iaitu solat,puasa,tunaikan zakat dan haji.ianya lebih dr itu.dlm Al-Quran pun byk Allah berfirman tentang tanggungjawab shahadatul haq ini:

“Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan* agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu” [Al-Baqarah:143]

*Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, karena mereka akan menjadi saksi atas perbuatan orang yang menyimpang dari kebenaran baik di dunia maupun di akhirat.

“Katakanlah: "Apakah kamu lebih mengetahui ataukah Allah, dan siapakah yang lebih zalim dari pada orang yang menyembunyikan syahadah dari Allah yang ada padanya?" [Al-Baqarah:140]


Umat pertengahan… ertinya, kita adalah saksi pada kebenaran. Rasul telahpun menyampaikan kebenaran itu kepada kita. Sekarang, tanggungjawab kita untuk menyampaikan kebenaran itu pada insan lain...

Jelas kan disini, Allah menuntut kita utk melaksanakan shahadatul haq dan Dia murka kepada org yang xmelaksanakan tanggungjawab ini. Persoalannya bagaimana?? hmm…sebab tu kita kna mengajak insan-insan lain kembali pada Allah... dengan erti kata lain.... dakwah... tapi, perkataan dakwah ni, kadang2 jadi perkataan yang sgt sensitive bukan? Hem.. mengapa ye... salahkah kita nak ajak insan lain kepada yg haq...

Dakwah yang kita tujukan kepada umat Islam ialah mengajak mereka merasai tanggungjawab besar yang diletakkan di bahu mereka apabila mereka mendakwa mereka beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan apabila mereka mengaku akur dengan segala perintah Allah dan rasul-Nya..

Tak cukup dengan hanya beriman...
Tak cukup dengan hanya menjadi orang yang melaksanakan solat, puasa, buat perkara2 kebajikan, dan lain2...
Tapi kita perlu pamerkan, perlu demonstrate islam itu.....
Dan yang paling PENTING, kita perlu tunjuk dan ceritakan kepada orang lain... barulah tanggungjawab kita terlaksana...

Contoh yang kita boleh nampak... para sahabat, bile dah dapat islam, mereka tak simpan sorang2... mereka tidak hanya menjadi orang yang solat, puasa, dan lain2. tapi, mereka menjadi orang yang menyampaikan isi islam itu kepada orang lain...

Buktinya? Lihatlah, berapa ramai je sahabat yang dikebumikan di Mekah-tempat asal mereka.. kebanyakan mereka syahid di luar sana- membuktikan mereka berusaha untuk menyampaikan islam itu...

Lihat Mus’ab bin Umair... satu Mekah menerima Islam…
Lihat Abu Dzar.... dapat je dari Nabi Muhammad, segera kembali ke kampung halamannya sampaikan pada seisi kampung...

-saya mahu menjejaki mereka...-

Kalau kita renungkan balik firman Allah dlm kedua2 ayat di atas,jelas pada kita tentang kewajipan shahadatul haq. Jelas juga pada kita bahawa di akhirat kelak,Allah akan mempersoalkan apa yg telah kita lakukan sbg penyaksian kpd kebenaran itu…. Mintak maaf, sebab tak pandai menyusun kata...

Wallahua’lam...

~untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah membaca sendiri di sini.Artikel di atas adalah ringakasan dari buku syahadatul haq ini~

Sedikit gambar sebagai bukti kenangan kami di putrajaya...^_^



Jalan Dakwah by alarme~

Dari barisan usrah
Dan dari umbi tarbiah
Muncullah sinaran fikrah
Islah terus meniti masa

Dari dewan selesa ke jalanan yg berhaba
Pejuang keadilan dan penjulang kebenaran
Bersama islam membina ummah
Usaha daulatkan syariah
Agar hidup penuh barakah

Di dalam sedih dan ketawa
Di dalam susah dan mewah
Tetap teguh iman dan takwa

Sehati sejiwa
Dulu kini selamanya
Walau apa yg melanda hadapi bersama

Ya Allah ya rabbi
Teguhkan iman kami
Moga tabah hati tak berbelah bagi

Berbekalkan islam membina masyarakat
Mengukuh umat insan sejagat
Setiap mehnah pastinya ada hikmah
Berbaik sangka pada yg Esa.

Rasulullah contoh ikutan
Prinsip syura jadikan amalan
Korban masa tenaga kita
Dan fikiran perkasakan maruah kita

LANGKAH BERMULA……….

Let's Spread the Voice of Change! [d'Voice@Putrajaya,1-3 Oktober 2010]

Thursday, October 7, 2010

aku ingin mencintaiMu~

Tuhan betapa aku malu

Atas semua yang Kau beri

Padahal diri terlalu sering

Membuat Mu kecewa


Entah mungkinkah aku terlena

sementara Engkau beri aku kesempatan

berulang kali agar aku kembali


Dalam fitrahku sebagai manuisa

untuk menghambakanMu

betapa tak ada apa-apanya

Aku dihadapanMU


Aku ingin mencintaiMu

setulusnya, sebenar-benar aku cinta

dalam doa, dalam ucapan,

dalam setiap langkahku


Aku ingin mendekatiMu

selamanya, sehina apapun diriku,

ku berharap untuk bertemu denganMu

Ya Rabbi~



.::Ya Allah ya Rabbi,aku memohon padaMu agar diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi segala mehnah dan dugaan, di saat aku makin dekat denganMu.. aku makin diuji,mungkin ini adalah jalan utk aku lebih matang dan lebih dekat denganMu.Permudahkanlah aku untuk terus mengharungi liku-liku hidup yang penuh cabaran dan terus tsabat untuk berada dijalan da'wahMu.Setiap manusia di muka bumi Allah ini pasti tidak terlepas dengan ujian kerana "Dunia merupakan pentas ujian" setiap orang pasti tidak akan terlepas dari diuji mengikut kemampuan masing "Allah tidak membebani hambaNya melainkan kesanggupanNya" (2:286) ..InsyaAllah,ayat di bawah adalah kekuatan untuk aku terus kuat dan yakin dengan janji Allah.''::.



"Allah pasti akan menolong orang yang menolong (agama)Nya."

( al-Hajj 22:40)




وَالَّذِينَ جَاهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ الْمُحْسِنِينَ


“Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami ( yang menjadikan mereka gembira dan beroleh keredaan) dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya”

(al-'Angkabut 29:69)





~Terima kasih kepada sahabat dan akhwat expcially di Kahfi yang telah banyak memberi peluang pada ana untuk terus memperbaiki diri dan terus berada di jalan yang diredhaiNya,tidak lupa kepada sesiapa sahaja yang telah banyak membantu memberi semangat untuk terus kuat disaat diri dalam kelemasan~




Sunday, September 5, 2010

Salam Aidilfitri


"تقبل الله منا ومنكم"

“Semoga Allah menerima amalan kami dan amalan kalian semua”

Salam kemaafan, dikesempatan yang ada ini, saya ingin meminta maaf kepada semua sahabat,kawan dan kenalan yang mengenali diri ini jika ada salah dan silap,maaf zahir dan batin. Semoga kita semua mendapat keberkatan dan keredhaan-Nya kerana menghidupkan dan membesarkan ‘eid Mubarak ini

May Allah bless ^_-

::.Kullu am wa antum bikhair.::

Monday, August 30, 2010

usia?

بسم الله الرحمن الرحيم

1Sept – "Selamat Hari Lahir athifah" Sedar tak sedar, 20 tahun sudah usiaku. Segala puji bagi ALLAH kerana masih memberi kesempatan untuk terus hidup di muka Bumi Allah ini dan memberi ana peluang untuk terus mempertingkatkan lagi amalan sebelum bertemu dengan-Mu ya Rabb. Buat ummi dan ayah tersayang,terima kasih tidak terhingga kerana telah menjaga sejak kecil sehingga sekarang, tanpa mereka siapalah saya di sini

love forever ^_^ UMMI & AYAH

20tahun???huhu…sangat banyak pengalaman yang ana lalui ada yang pahit,masam,manis..hoho,macam lagi la.Lagi-lagi bila teringat zaman jahiliyyah ana dulu tak boleh cakap la…Bila dah sedar sekarang ini barulah rasa sangat rugi dengan masa dan kecewa dengan diri sendiri.Kenapalah ujian begitu yang Allah uji pada ana???mampukah??berdasarkan firman Allah: Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.. (2:286) berdasarkan firman Allah tersebut ana yakin ana mampu untuk hadapi semua ini,ayat ini sangat memberi ana kekuatan. Setiap apa yang berlaku dahulu pasti ada hikmah yang tersembunyi. Kesilapan dahulu banyak mengajar ana untuk terus kuat dan mungkin untuk menjadi lebih matang. Ujian hidup ini kan salah satu tarbiyah dan didikan langsung dari Allah kepada hambaNya.Let’s look forward and never turn back…

Umur dah masuk 20tahun, tapi apa usaha kita untuk agama ISLAM??? Ya Allah, semakin meningkat usia semakin terasa besarnya tanggungjawab kita sebagai khalifah di muka Bumi Allah ini. Actually, panjang dan pendek umur seseorang itu sebenarnya bukan pada kuantiti tapi pada kualiti,bukan juga pada zahir tetapi pada maknawi.Sebagai contoh yang kita boleh ambil sebagai ibrah adalah Imam Nawawi yang pendek umurnya tapi panjang ilmu dan sangat abdi jasadnya,kemudian Khalifah Umar ibn Aziz walaupun hanya memerintah kurang 2 tahun tapi kesungguhan beliau diibaratkan seperti 20 tahun. Kesungguhan beliau mengatasi Khalifah Umayyah sebelum dan selepas. Hebatkan mereka? KITA??APA PERANAN KITA??? Mari kita sama-sama koreksi diri dan muhasabah kembali…apakah usaha dan amalan kita selama ini adakah kerana ISLAM?

::. Petua panjang umur.::

“ Panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa”

~Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang mempunyai tujuan. When there is will,there is a way~

P/s: Jom sama-sama kita tingkatkan ibadah kita agar merasai kemanisannya seperti yang dirasai para sahabat..”Ya Allah Yang Maha Penyayang, pertemukanlah kami dengan malam al-qadrMU…ameen~”

Sunday, August 15, 2010

Bersabarlah demi redhaNya~



“Ya Allâh, sesungguhnya aku berlindung pada-Mu dari beratnya cubaan, dan dari bertemu kecelakaan, dan dari buruknya qadha (taqdir), dan dari gembiranya musuh”.ameen~


~Ya Allah,semoga Engkau dapat memberikan daku kekuatan utk terus tsabat di jalan yang diredhaiMu,walaupun berbagai rintangan yg perlu aku hadapi aku redha dan berharap agar ia menjadi asbab utk aku terus berada di jalanMu~ampunkan dosa2ku ya AllahT_T~

.::"Jom muhasabah diri ,sahabat-sahabat...."::.

Friday, August 13, 2010

Mana yang betul??

Sabda Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Thuban RA, yang bermaksud. "Setelah aku wafat, setelah lama aku lama tinggalkan,umat islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang mengerumuni hidangan dan mengajak makan bersama" Maka para sahabat r.a. pun bertanya "Apakah kita umat islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" Sabda Baginda s.a.w. "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna , tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di lautan." Sahabat bertanya lagi "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di lautan?" Jawab Rasulullah s.a.w. "Kerana mereka ditimpa penyakit al-wahan" Sahabat bertanya lagi " Apakah itu al-Wahan?" Rasulullah bersabda "CINTAKAN DUNIA DAN TAKUT AKAN KEMATIAN"
(Hadis Riwayat Abu Daud & Ahmad)

Melihat pada hadith di atas kita dapat lihat di mana situasi ini amat dekat sekali dengan kita di akhir-akhir ini.Ramai manusia yang beragama Islam tetapi ia seperti buih-buih di lautan,kenapa...dan mengapa terjadi begini??....jom kte uji tatabahasa sekejap...
yang mana satu betul dari penggunaan tatabahasa di bawah??

a) Saya Islam

b) Saya islam

Bila difikir-fikirkan pasti kebanyakan sahabat-sahabat akan menjawab (a) adalah jawapan di atas kan sebab Islam itu adalah kata nama dan agama kita,betul tak?? tapi jika ana katakan yang "Saya islam" ini betul,apa pendapat anda??baiklah mengikut tatabahasa bila kita meletakan "I" ini bermakna ayat tersebut merupakan kata nama tetapi apabila ana meletakkan "i" ia akan menjadi kata kerja..

Apa anda rase ape yang anda paham dari jawapan di atas??

Baiklah,biar ana sendiri menjawab k,baiklah kesemua benda yang ana bincangkan di atas sangat berkait dengan kita sebagai umat Islam. Sahabat, islam itu sebenarnya sebagai nama atau perkara yang perlu kita lakukan??. Dalam al-Quran, Allah menceritakan ketika Nabi Ibrahim berkata, "Aslamtu li Rabbil-'Alamin"(jika salah sila betulkan) mafhumnya "Aku tunduk kepada Rabb seluruh alam". Ayat ini jelas membuktikan bahawa islam itu bermaksud tunduk dan patuh...tunduk itu perbuatan atau kata kerja???hmm...mestilah kata kerja kan.

Sebenarnya,islam itu unik berbanding agama lain. Agama lain diberi nama atas nama satu bangsa atau pengasasnya.. agama Yahudi diberi atas nama kaum Yahuda dan agama Budha diasaskan oleh pengasasnya Gautama Buddha, tapi islam tidak dinamakan agama Muhammad tapi islam iaitu satu kata kerja atau sifat. Siapa sahaja yang bersifat dengan sifat islam, maka dia adalah orang islam.. tidak kira orang itu dilahirkan dikalangan orang inggeris ataupun orang cina, tapi jika dia TUNDUK dan PATUH, dia adalah orang islam. dan walaupun orang itu dilahirkan dikalangan orang islam, dia tidak dinamakan islam jika dia ingkar untuk patuh dan tunduk kepada Allah. Islam itu tidak diwarisi tapi dicari dan dihayati.

Daripada hadith di atas apakah ibrah yang anda dapat???

Kesimpulannya, kini ramai manusia hanya menggunakan "Saya Islam" tetapi bukan "Saya islam". Apabila kita menggunakan "Saya islam" ini bererti kita perlu melaksanakan dan menghayati islam itu sendiri, bukan menganggap Islam sebagai nama tp anggaplah islam itu sebagai perbuatan yang perlu kita lakukan.Jika kita menggangap Islam sebagai nama,kita akan lihat umat islam di dunia ini hanya seperti buih-buih di lautan seperti sabda Rasulullah di dalam hadith di atas yang akhirnya umat islam ditimpa penyakit al-Wahan tersebut iaitu cintakan dunia dan takut akan kematian.Sehingga menyebabkan musuh-musuh mudah mempermainkan kita.

*Perkongsian yang ana dapat dari pogram Ini Sejarah Kita(ISK) di Fraser Hill aritue.Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian yang tak seberapa ini.Sama-samalah kita koreksi dan muhasabah diri kembali adakah kita tergolongan "Saya Islam" atau "Saya islam".Semoga kita semua tergolong di dalam golongan "Saya islam".

hanya seorang hamba yang ingin mengharapkan redha Ilahi

.::Sharing is Caring::.(^_^)

Jika ada salah dan silap silalah betulkan.Apa yang baik itu datang dari Allah dan segala kelemahan itu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

~Ramadhan Kareem ~
Semoga Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan yang lepas .Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaik-baiknya.Hidupkan madrasah tarbiyah ini dengan amalan yang mendekatkan diri pada Allah.insya'Allah~

Sunday, July 11, 2010

SEM III TAHUN 2....


Semester I Sesi Akademik 2010/2011
FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT
SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
No Matrik:1090059


Nama:ATHIFAH BINTI ANUAR


Program:SARJANA MUDA PERAKAUNAN DENGAN KEPUJIAN
Fakulti:FAKULTI EKONOMI DAN MUAMALAT

KodKeteranganKredit






LAA1022TARIKH AL-TASHRI'2
LAA1042USUL FIQH I2
MAA3013ACCOUNTING INFORMATION SYSTEM3
MAB1023INTERMEDIATE ACCOUNTING I3
MAC2013COST ACCOUNTING3
MDB2023MATEMATIK PERNIAGAAN3
MGA3013KELAKUAN ORGANISASI3
MHB4033UNDANG-UNDANG KOMERSAN3
UTA2082PENGAJIAN HALAQAH2

“Barang siapa menuntut ilmu yang dipelajari hanya kerana Allah sedangkan ia tidak menuntutnya kecuali untuk mendapatkan mata benda dunia, ia tidak akan mendapat bau syurga pada hari kiamat.” (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah)

*Subjek yg semakin mencabar nmpkyer..huhu,caiyok2 u can do it!! Ikhlaskan hatimu dalam menuntut ilmu athifah..Ya Allah permudahkan aku dalam menuntut ilmuMu.Selamat meneruskan perjuangan dalam medan menuntut ilmu buat sahabat-sahabatku~