Saturday, December 26, 2009

End Of HoLiDaY+StArt New SEm=HaPPy New yEar

Wah...rse cm kejap je cuti (mmg kjap pon cz x smpy sbln cuti d'sebabkan LSP) sedar-sedar da nak blk da petang ni.trime la wahai athifah yg anda da nk start sem baru so i nid to struggle more afte dis so no play2 k~:)i'Allah i will try my bes for my new sem n dont waste ur tme k.."alwaktu kalsaif".

wlpun cuti hnya skjp je btw a lots of story dlm mse skjp ni da yg happy,sedih,tired,....n byk ag la t'kate(iyer la tu):phehe.

::Happy:: hav fun ngn kwn,b'cuti ngn family...

::Tired:: byk sgt b'jln ngn family tme cuti ni sampy sakit kaki sll kuar pg blk umah je da mlm,
dasyat btul b'jln.

::SediH::ermmm.....reslt yg tidak membanggakan n yg len2 hanya Allah yg tahu.Myb ni sume
Allah nk uji hmba dye kn.mksdyer tnda Allah masih sayangkn kita n Dia tahu yg kita
mampu utk hdapi sgl ujian nie.So amik la pengajaran dari pe yg da b'laku k..caiyo2~

::Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah::^_^

............................................

~APABILA KITA DIUJI~

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut: 2-3

.........................................

SALAM MAAL HIJRAH 1431H & HAPPY NEW YEAR 2010

Monday, December 21, 2009

bUzZz.....bEe...

SubhanaAllah....hebatnya ciptaan Allah.Pagi tadi bosan sje on9 terjumpa plak artikel psl lebah ni,rse t'tarik plak nk kongsi-kongsi cite psl keajaiban bee ni.Apa yg HEBAT sgt psl bee ni???wah....tak tergambar hebatnya bee ni..Dalam al-Quran pun Allah da sebut ttg lebah ni:
Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. (Surah An-Nahl: 68-69)MIRACLE BEE..BuZzZ..

Lebah menghasilkan madu yang melebihi daripada keperluannya dan menyimpannya di dalam sarang. Bentuk heksagon sarang lebah ini telah amat dikenali oleh semua orang. Pernahkah kamu terfikir, mengapa lebah membina sarang berbentuk heksagon bukannya oktagon, atau pun pentagon?

Ahli matematik yang mencari jawapan kepada persoalan ini telah mencapai satu konklusi menarik: "Heksagon adalah sebuah bentuk geometri yang paling sesuai untuk kegunaan maksimum sesuatu kawasan".

Sebuah sel heksagon memerlukan jumlah yang paling minimum untuk pembinaannya serta memuatkan jumlah madu yang maksimum. Oleh itu, lebah menggunakan bentuk yang paling sesuai. Cara yang digunakan untuk membina sarang lebah ini juga amat menakjubkan: lebah-lebah ini memulakan pembinaan sarangnya daripada dua-tiga tempat yang berbeza dan menganyam sarang ini serentak di dalam dua-tiga pintalan. Walau pun, mereka memulakan pembinaan di tempat-tempat yang berbeza, lebah-lebah ini, yang terdiri daripada jumlah yang besar, membina heksagon yang ideal dan kemudian menyulam sarang lebah ini dengan menggabungkannya dan bertemu di tengah. Titik sambungan heksagon disambung dengan begitu baik hinggakan tidak terdapat sebarang tanda yang menunjukkan ia telah disambungkan.

Berhadapan dengan hasil yang menakjubkan ini, kita terpaksa mengakui kewujudan satu kehendak penguasa tertinggi yang memerintahkan makhluk-makhluk ini. Para evolusionis cuba menjelaskan hasil ini dengan konsep "naluri" dan cuba memperkenalkannya sebagai satu sifat lebah. Bagaimana pun, sekiranya terdapat naluri dalam pekerjaan, dan sekiranya ia meliputi seluruh lebah dan menyebabkan mereka dapat bekerja dengan harmoni walau pun tanpa perlu berinteraksi antara satu sama lain, maka ini menunjukkan terdapatnya Kebijaksanaan Agung yang memerintah semua makhluk-makhluk kecil ini.

Jelasnya, Allah, pencipta kepada semua makhluk-makhluk kecil ini, telah memberikan mereka "inspirasi" terhadap apa yang mereka lakukan

*actually...ni bru skit je nk tahu lebih lanjut ag psl honeybee ni sila la buka side HARUN YAHYA kt side ni korang akan tahu lebih byk ag miracle honeybee..so amazing!!huhu..fikir-fikirkan SELAMAT MEMBACA~

Thursday, December 3, 2009

Niat baik VS Niat buruk

Ibnu Abbas r.a. berkata,"Rasulullah s.a.w. meriwayatkan bahawa Allah s.w.t. berfirman, maksudnya: Sesungguhnya Allah mencatatkan seluruh kebaikan dan keburukan.Kemudian Allah menjelaskan,Barangsiapa yang memiliki keinginan untuk melakukan kebaikan,tapi ia tak sempat melakukan, maka Allah mencatatkan untuknya sepuluh kebaikan(pahala) hingga 700 kali ganda, bahkan lebih baik.Jika ia memiliki keinginan melakukan perbuatan yang keji, tapi tak sempat melakukannya, Allah mencatat satu kebaikan yang utuh untuknya.Jika ia memiliki keinginan untuk melakukan perbuatan keji dan benar-benar melakukannya, Allah mencatat untuknya satu kekejian (dosa)." (Riwayat al-Bukhari)