Wednesday, February 17, 2010

~Cukuplah wahai nafsu~

Di sebalik hijab malu; Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu; Dia berperang,menawan gelodak nafsu…

Neraca nafsu: Penat sungguh menjaga hati..
Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu: Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari..ataupun sekejap lagi..

Neraca nafsu: Aku tak mampu.. Bukankah itu ketentuan Ilahi? tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andai kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amalmu yang terdahulu.. dah banyak!
Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dgn amalku itu.. sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya..


Neraca nafsu: Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yg layak memberi jaminan
Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku..terusan mengejar Cinta Dia..

Neraca nafsu: Cinta Dia.. ya, perlu itu. Tapi, kutahu..nalurimu juga mahukan cinta dunia..bukan? ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?
Neraca iman : Wahai nafsu.. tenang-tenanglah dikau..kankucurahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan..hentikan bicaramu wahai nafsu..

Neraca nafsu: Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?
Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu… huhu~ jika kudihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila, wahai nafsu… Tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah… Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya.. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta yang lebih dari cintamu padaNya.. Jangan pernah kau abaikan Dia.. selangkah kau mendekatinya, seribu langkah Dia akan mendekatimu.. aku rindukan BelaianNya.. jgn kau rayu-rayu aku lagi, wahai nafsu…cukuplah..

Neraca nafsu: ……….. baiklah..bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan..
Neraca iman : Katakanlah (Muhammad),” jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosamu” Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad),”taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir. (Ali Imran:31-32)


Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yg Rasulullah ajarkan, dan apa yg Allah khabarkan.. jgn kau teruskan pujuk rayumu.. kerana aku ingin sahut CintaNya..
Neraca nafsu: Baiklah..Kali ini kau menang.. Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu.. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu..

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan… Wahai Allah..hambamu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan Kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu.. Moga Allah beri kekuatan..dengan kekuatan CintaNya..Amin..

+::lemahnya diri ini::+

"Ya Allah… Lemahnya diri ini.. Kami pohon kekuatan daripadaMu Tuntunilah langkah kami Biar hanya mampu merangkak Itu pasti lebih baik Daripada terus rebah dalam kaku Berikan kami peluang Merentasi jalan yang Engkau redhai Ampunilah kekhilafan semalam Atas kejahilan kami mengenal makna Kasih sayangMu...Ya Rabbal’alamin"

Thursday, February 11, 2010

::Al-fatihah buatmu sahabat (ii)::

After a few month dia sakit, one day ak dapat panggilan telefon dr ummi yg di nk sgt jmpe dgn ak tme tue dia da kt HUKM. Kebetulan, tme tue ak da kt ampang,blk kg so jarak perjalanan ak ke sana tak ada la mengambil masa yg lama sangat.Sampainya ak kt sne ak lihat keadaan dia yg semakin tak bermaya,minum pun kne da org titiskan pakai straw n nak cakap pun da x mampu.Paling terharu sgt,tme ummi dia cerita yg dia nk sgt jmp ak,then dengan menggunakan isyarat tangan dia memberitahu ummi dia no tel ak.Ya Allah, tidak kusangka disaat engkau tak mampu berkata-kata,engkau masih mampu utk memgigatiku.Sebelum blk dia cuba utk berckp dgnku n ak n dia saling berpelukan seperti tidak akan berjumpa lagi.

************************

Keesokan pagi sblm ak ke sekolah ummi memberitahuku bhw dia telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3pg. Rupanya malam td merupakan malam terakhir ak bersama dgn dia. Allah lebih menyayangi kamu sahabatku, Allah telah emnjemputmu ketika engkau masih tidak mengerti akan kehidupan.Ya Allah ak rindukan seorang sahabat seperti dirimu,adakah ada lagi sahabat seperti dia??Mungkin da.....tp hnya 1 dalm 1000 n ak cuba utk jd seperti dia. AMIRA engkau akan tetap d'hatiku selamanya~mis u n luv u.....Semoga Allah merahmati rohmu disana. Al-fatihah buatmu tanda ingatanku pdmu......AMIRA

.::As I look back on my past, I remember the jokes I laughed at,the things I missed and lost, but there's one thing I'll never regret, it's the day you become my friend::.....


"KAU SAHABAT KAU TEMAN SEJATI"




* maaf ayat tak istiqamah,kjap sempoi kjap skema.Tp yg penting keikhlasan aty kn...:)

Saturday, February 6, 2010

::Al-Fatihah buatmu sahabat:::

Di saat aku masih kecil dan tidak mengerti apa-apa aku telah kehilangan seorg sahabat yg amat ak sayangi. 1998,merupakan tahun yg amat ak ingati di mana ketika itu usiaku baru 8tahun,waktu tue ak merasakan terlalu awl utk menghadapi kehilangan seorg insan yg amat ak sayangi...tp sume nie adalah takdir dr Yang Maha Esa.Allah sayangkan mu wahai sahabatku..Allah telah menjemputmu ketika engkau baru ingin mengenali apa itu kehidupan.

Aku mengenalinya,sejak masih tadika ag,ketika itu ak dibuli dgn skmpuln dak2 laki2...klakar plak ble igat blk tme tadika dlu.ish3....tadika ag da buli2 ni.ehehe.tp dia la yg sll tolng ak.thnx sahabat krn membantu ak d'saat ak kesusahan.

1997- ak bersama-sama dgn dia melangkah ke alam persekolahan. Di mana ketika itu ak rapat ngn dye sll main,mkn,borak sme2...wah happy sgt tme tue.zaman kanak-kanak katekan:)Sampaikn da la satu hari ni dye x nk kawan ngn ak sbb ak rapat ngn org len,cemburu btul dye time ak dgn ngn org len.biase la zaman budak2 sme2 tak matang kan.

**************************************

Setahun berlalu, hari-hari yang kami lalui seperti biasa. 1day,ak dapt tau yg dia tak datang sekolah sbb jatuh tergelincir, pd awlnya ak anggap perkara ni biase je tapi sejak peristiwa dia jatuh tue, dia makin kerap tak datang sekolah. Ak makin menjadi bertambah pelik, kebetulan ummi mmg rapat ngn ummi dia. Ummi dia bgtau sejak dia jatuh tue dia sll sgt demam,pening n muntah. Then,bila jumpa doct. rupanya dia da ketumbuhn di otak,stage keberape ak tak igat n actually tme tue family dye dpt tau yg dia tak dapat bertahan lama sbb ketumbuhan otak dia semakin serious...tp da la hikmah yg dia jatuh tme tue klo tak family dia pon tak sedar yg dia sebenarnya da penyakit tue,hebat kan kuasa Allah memberi petunjuk pd sstu tue...Ya Allah,terlalu muda bgmu utk menghadapi ujian seberat tu.Sejak tue,kesihatan dia bertambah lemah,pendengaran berkurang,bercakap bertambah perlahan.Ketika kanak-kanak lain seronok bermain engkau hanya mampu utk mengumpul tenaga utk terus hidup....Ya Allah,kuatnya sahabatku ini melawan penyakit ketika dia masih tidak mengerti apa-apa.Bagiku walaupun ketika itu usiamu masih kecil tp engkau seorg insan yg matang menghadapi liku-liku dan ujian ni.Beliau tidak pernah tunjuk kesedihan d'saat org lain bersama dgn dia.

Dia sgt mementingkan persahabatan,bg ak saat tue terlalu matang utk memikirkan apa itu sahabat yg sbnr..?mungkin ini kuasa Allah,w'laupun masih kecil tp tahap pemikiran memikirkan persahabatan itu amat bernilai.Ketika dia sedang sakit,dia sering mengajakku ke rumah dia utk temankan dia.Teringat balik,ak pernah tak datang sekolah sehari sbb dia ajak ak utk temankan pergi berubat n seharian ak bersama dgnnya.Saat yg pling sedih ble d'igat blk time tue family dia bawa dia g Cameron Highland utk rehatkan dri dgn lihat permandagan hijau cz doctor kate tue salah satu ubat jg...disaat beliau bersama family dia tetap igat pdku,blk dr Cameron dye singgah ke rumah utk menghadiahkan sejambak bunga pdku.Ya Allah, terlalu berharga sejambak bunga yg engkau berikan padaku~
(to be continue)



* maaf la yer x dpt nk abiskan cite,kte smbg mnggu dpn plk k....nk kate cerpen pon, mcm cerpen,tp ni sume cerita hati yg ikhlas wat sahabat-sahabat yg len,mungkin kisah nie boleh m'beri pgjrn wat sume,i'Allah.
*Jika da salh n silap mohon tunjuk,1st tme menulis cerita pnjg ni......:)