Thursday, September 19, 2013

Harapan itu..


بسم الله الرحمن الرحيم



Harapan..
satu perkataan yang membawa erti yang sangat dalam.
setiap dari kita pasti ada harapan yang mampu atau tidak mampu dicapai,
tapi adakah kita hanya mahu harapan itu terkubur begitu saja ?

Jangan pernah berhenti berharap,
hakikatnya harapan itu selalu ada.

Jalanlah dengan penuh harapan,
walau hidupmu tidak selalu bahagia,
optimislah selalu kerana Allah sentiasa bersamamu.

Jangan pernah kamu hilang harapan,
walau kamu di saat paling sulit sekalipun
kerana harapan yang akan membuatmu tidak akan penat untuk berputus asa.

Tidak bermakna harapan yang tidak kesampaian itu mematahkan semangat kita,
tapi anggaplah itu sebagai tarbiyah dari Dia,
Tarbiyah untuk kita terus bergantung harap pada Dia.
Allahu Rabbi.

Just do the best, let Allah decide the rest


"Bukan tak boleh berharap. Berharaplah. Tapi jangan sampai harapan tu bunuh redha kita pada Allah bila harapan tak kesampaian."-Quoted

InsyaAllah saya yakin pelangi yang indah akan muncul tak lama lagi,
janji Allah itu pasti,
Terima Kasih Ya Allah ! ;)

“Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat.
Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepadaKu”
 (Surah al-Baqarah, ayat 186)

Terus..dan terus berdoa
May Allah ease !

p/s: Alhamdulillah, masih mampu untuk menulis setelah sekian lama menyepi, terima kasihlah kepada  yang sentiasa memberi semangat tu. May Allah bless :)

Baiti Jannati,
teratak 3600
200913-0930-

Friday, May 31, 2013

"DIA" yang selalu disisi



بسم الله الرحمن الرحيم


Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan mengatakan: Kami telah beriman, sedang mereka belum diuji?” (Surah Al-Ankabut; ayat 2-3)



Allahu Allah..
saya pernah diuji dan akan sentiasa diuji oleh DIA,
mengakui diri ini pernah jauh, jauh dari Dia,
tapi DIA? DIA yang tak akan pernah jauh dariku,
disaat kejauhan itu DIA sering hantar insan-insan yang sentiasa ada yang ingin menarik tanganku utk terus dekat denganNya,
DIA yang sentiasa mengujiku untuk tidak terus terleka dengan nikmat sementara,
walau perit ujian yg melanda tapi aku yakin ini tanda  DIA masih sayang..

Alhamdulillah,Alhamdulillah,Alhamdulillah...
sungguh, nikmat makcik Hidayah dari Allah itu memang tidak terhingga kan,
walau kita pernah jatuh dan jatuh tersungkur macam mana sekali pun,
Allah memang tidak akan pernah jauh tinggalkan kita. 
Alhamdulillah, tanda Allah masih sayang :')




Saya bukanlah yang terbaik, tapi saya akan cuba belajar jadi yg terbaik !


------------------------------
" Saya pernah berada di dalam kegelapan itu, malah saya pernah merasakan suasana berada dalam lubang yang paling dalam. 
Alhamdulillah, kini saya telah keluar. Belum, saya belum lagi berasa di puncak kejayaan tertinggi. Tapi cukup tinggi untuk saya memerhati ke bawah, betapa saya tidak mahu kembali semula ke dalam kegelapan itu" 

 -Inche gabbana



--------------------------------

' Hardships test us. Hardships can also be a blessing and sign of Allah's love '

'often Allah takes thing away from us, only to replace them with something greater'

'in order to save us, sometime Allah will taken away from us or given to us in a way we don't want'

'once you begin to see everything beautiful as only a reflection of God's beauty, you will learn to love in the right way..for His sake 

-yasmin mogahed


-----------------------------


Yakin...pelangi yang indah pasti akan muncul tak lama lagi. moga Allah redha ^^,
Harapan selalu ada. Itu yang saya percaya.


Baiti Jannati,
teratak 3600
310513-2330-

Friday, April 19, 2013

Warna warni itu..


 بسم الله الرحمن الرحيم

Huk..huk..(batuk-batuk)
Allah, :O
lama sungguh tak update blog ni dah berkarat+bersawang-sawang. (nampak ke? hehe)
Dah macam tuan punya blog ni pun ada rasanya macam dah berhabuk juga nak menulis,
sebab apa? cuba tanya diri sndiri ?  Allahu rabbi -_-
Selama berbulan tak update ni rasa banyak sangat benda yang berlaku sampai tak tercerita sebab tu la akhirnya blog ni macam terkubur begitu je..(erkk alasan je tu kn..)
Setelah dicabar oleh adik usrah yang sangat osem untuk terus menulis..terus rasa tercabar dan semangat semakin membara nak menulis balik sebab dapat semangat dari seseorang kan.hee thanks adik osem ;)


Apa yang terjadi selama berbulan tu?
(biarlah rahsia..^^)
macam-macam kot ada yang suka ada yang duka..
sebab apa?
kehidupan ni kan warna-warni..
ada yang hitam, putih, biru dan kekadang warna pelangi pun ada (OoSem kan!)
SubhanaAllah, cantikkan aturan Allah.


Kehidupan juga adalah tarbiyah, tanpa tarbiyah mana mungkin kita dapat teruskan kehidupan dengan semangat dan kekuatan dari DIA.  Inilah kehidupan, warna warni yang pelbagai dan ia mencorakkan kita dengan warna-warna yang berbeza.Bagimana kita mencorakkan? terpulang pada individu masing masing mencorakkan kehidupan mereka.

Kehidupan juga adalah ujian. Ujian buat hambanya untuk menilai sama ada kita bersyukur atau kufur pada Allah. Jom kita tadabbur sikit ayat chenta dari DIA dalam surah Al-Mulk ayat 67 yang berfirman:

 " (ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
[al-Mulk:67]

Tapi ingat...ujian dalam hidup ni bukan yang melemahkan kita sahaja tapi yang mengembirakan dan membahagiakan kita juga adalah ujian. Disaat kita gembira dengan kesenangan dan kegembiraan, adakah hati kita ingat pada Dia? (muhasabah kembali diri -_-) Allahu Allah.

Ujian adalah peluang bukan penghalang. Peluang untuk kita makin dekat dengan Allah dan bukan menjadi penghalang untuk kita makin lama, makin menjauh dari DIA.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh beruntung seorang mukmin, kerana semua urusan adalah baik baginya, ketika diuji maka dia bersabar ketika ia diberi kenikmatan ia bersyukur"


    
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah....
Warna warni cinta tarbiyah !

Pesanan buat diri yang sering lupa..-_-

Shah Alam
190413-1349-