Friday, April 19, 2013

Warna warni itu..


 بسم الله الرحمن الرحيم

Huk..huk..(batuk-batuk)
Allah, :O
lama sungguh tak update blog ni dah berkarat+bersawang-sawang. (nampak ke? hehe)
Dah macam tuan punya blog ni pun ada rasanya macam dah berhabuk juga nak menulis,
sebab apa? cuba tanya diri sndiri ?  Allahu rabbi -_-
Selama berbulan tak update ni rasa banyak sangat benda yang berlaku sampai tak tercerita sebab tu la akhirnya blog ni macam terkubur begitu je..(erkk alasan je tu kn..)
Setelah dicabar oleh adik usrah yang sangat osem untuk terus menulis..terus rasa tercabar dan semangat semakin membara nak menulis balik sebab dapat semangat dari seseorang kan.hee thanks adik osem ;)


Apa yang terjadi selama berbulan tu?
(biarlah rahsia..^^)
macam-macam kot ada yang suka ada yang duka..
sebab apa?
kehidupan ni kan warna-warni..
ada yang hitam, putih, biru dan kekadang warna pelangi pun ada (OoSem kan!)
SubhanaAllah, cantikkan aturan Allah.


Kehidupan juga adalah tarbiyah, tanpa tarbiyah mana mungkin kita dapat teruskan kehidupan dengan semangat dan kekuatan dari DIA.  Inilah kehidupan, warna warni yang pelbagai dan ia mencorakkan kita dengan warna-warna yang berbeza.Bagimana kita mencorakkan? terpulang pada individu masing masing mencorakkan kehidupan mereka.

Kehidupan juga adalah ujian. Ujian buat hambanya untuk menilai sama ada kita bersyukur atau kufur pada Allah. Jom kita tadabbur sikit ayat chenta dari DIA dalam surah Al-Mulk ayat 67 yang berfirman:

 " (ALLAH) yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun."
[al-Mulk:67]

Tapi ingat...ujian dalam hidup ni bukan yang melemahkan kita sahaja tapi yang mengembirakan dan membahagiakan kita juga adalah ujian. Disaat kita gembira dengan kesenangan dan kegembiraan, adakah hati kita ingat pada Dia? (muhasabah kembali diri -_-) Allahu Allah.

Ujian adalah peluang bukan penghalang. Peluang untuk kita makin dekat dengan Allah dan bukan menjadi penghalang untuk kita makin lama, makin menjauh dari DIA.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sungguh beruntung seorang mukmin, kerana semua urusan adalah baik baginya, ketika diuji maka dia bersabar ketika ia diberi kenikmatan ia bersyukur"


    
Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah....
Warna warni cinta tarbiyah !

Pesanan buat diri yang sering lupa..-_-

Shah Alam
190413-1349-

No comments:

Post a Comment