Monday, April 26, 2010

Kelebihan menuntut ILMU

Daripada Abu Darda' ra berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang menyusuri jalan utk menuntut ILMU, maka Allah akan permudahkan baginya jalan untuk ke syurga. Sesungguhnya seorang alim itu akan diminta ampun baginya makhluk yang di langit dan di bumi hinggakan ikan-ikan dilautan. Kelebihan seorang alim berbanding abid ialah rembulan dan bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para ulama ialah pewaris-pewaris nabi-nabi, dan sesungguhnya nabi tidak mewariskan dinar atau dirham, tetapi mereka mewariskan ILMU, barang siapa yang mendapatkannya maka dia telah mendapat satu keuntungan yang besar."
(Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi)

No comments:

Post a Comment