Sunday, May 22, 2011

61:14


بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, hasil dari daurah kami pada 16-20 Mei 2011 akhirnya, terhasil satu blog atas cadangan naqibah kami; k.nida...Terima kasih k.nida atas cadangan agar kami semua "share" apa yang kami dapat sepanjang daurah ini. [ Sabda Rasulullah : Sampaikanlah dari ku walaupun satu ayat ], insyaAllah kami akan cuba utk teruskan dan istiqamah untuk menulis untuk manfaat semua. Blog ni insyaAllah akan ada entri yang akan mengupas slot-slot yang kami telah ikut sepanjang daurah bina iman ini, semoga pengisian yang kami dapat ini dapat dijadikan bekalan dan pedoman dan meningkatkan dakwah dan tarbiyah kami dan pembaca bagi menghadapi hari-hari yang mendatang yg jalannya sangat panjang dan berliku. InsyaAllah, blog ini akan menjadi salah satu wasilah dakwah bagi kami....

Kenapa nama blog ni 61:14 ?
Sebenarnya, nombor di atas menunjukkan pada surah dan ayat di dalam al-quran...so jom kita tadabbur ayat tu,apa sebenarnya maksud ayat ni ek??

"Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penolong (agama) Allah sebagaimana Isa ibnu Maryam telah berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia: "Siapakah yang akan menjadi penolong-penolongku (untuk menegakkan agama) Allah?" Pengikut-pengikut yang setia itu berkata: "Kamilah penolong-penolong agama Allah", lalu segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan lain kafir; maka Kami berikan kekuatan kepada orang-orang yang beriman terhadap musuh-musuh mereka, lalu mereka menjadi orang-orang yang menang." [61:14]

InsyaAllah, kami akan cuba menjadi yang terbaik dan jadikan blog ini sebagai wasilah bagi menyampaikan dakwah dan tingkatkan tarbiyah untuk menegakkan agama Allah. insyaAllah, blog ini juga sebagai salah satu cara kami untuk menjadi أَنصَارُ اللَّهِ iaitu "Penolong-penolong Agama Allah ". InsyaAllah.

"Ya Allah, tsabatkan aku a di jalan dakwahMu
dan terus kuat dalam mujahadahMu
Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkanlah hati-hati kami di atas agamaMu dan ketaatan kepadaMu."

-Blog 61:14 masih in pogress-

jom ke sini, alamat blog :


Baiti jannati, Klang
0141 - 230511-





No comments:

Post a Comment