Sunday, October 31, 2010

optimis+cool

Di suatu petang, di dalam kereta yg bernama ‘aki’: time ni nak hantar k.hajar di KTM,Nilai.Ukht nk blk kg tp dia takut bas tak ada sebab da lewat,so ana pon start la…..

“Akak,optimis saja la”

“btul2….optimis!!cool la..insyaAllah ada tiket untuk akak kn J

"Camtulah akak rumate kita optimis + cool...hehe"


Hmm,mengikut perbualan di atas,nape kita perlu optimis ek?

Optimis + cool = menarik kn?

Rasanya sangat perlu ke semua orang untuk ada perasaan camni?

(Persoalan yang ana saja tinggalkan,fikir-fikirkan)

Bagi sesiapa yang tak jelas dengan maksud optimis ni…OPTIMIS adalah ‘selalu mempunyai harapan yg baik dlm menghadapi sesuatu hal’ dalam perkataan lain ‘think positive’…rasa optimis ini juga sebenarnya adalah pendorong utama untuk mencapai sesuatu kejayaan tau,sebab perasaan ini akan lahirkan satu semangat nakkan kejayaan dan mengerakkan diri untuk terus berusaha tanpa putus asa, berserah pada Allah dan yakin Allah pasti akan membantu atau mempermudahkan sesuatu urusan kita selagi Allah tahu mana yang terbaik buat kita so dengan adanya perasan optimis ini lahirlah perasaan kedua iaitu ‘tenang dalam semua perkara’ baru la menarik combination camtu kan..

Macam mana nak tenang??

“Orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram” (al-Ra`d:28)

Konklusinya,Perbanyaklah amalan kita dengan mengingati Allah kerana dengan mengigati Allah hati akan menjadi tenang.Tenang dikala susah dan senang,sedih ataupun bahagia, dikala sempit dan lapang, dikala jatuh bangkit…sebab kita perlu Optimis, yakin dengan setiap ketentuan Allah dan ketentuan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya.


Sedikit kata-kata dari seorang tokoh:

“Janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlaq kaum Muslimin. Realiti hari ini hakikatnya adalah impian semalam. Dan impian hari ini (itulah bakal menjadi) realiti esok. Sesungguhnya masa itu masih luas dan anasir-anasir yang sejahtera itu masih kukuh terpahat di jiwa bangsamu yang beriman, biar pun dengan kerosakan yang menggila itu. Si lemah tidak akan kekal lemah sepanjang hayatnya, dan yang kuat itu tidak akan kuat selama-lamanya” - Al-Imam al-Syahid Hasan al-Banna.


::post ini khas buat diri sebagai motivasi untuk teruskan perjuangan menuntut ilmu dan lain-lain::

2 comments: